Pastinya anda mengimpikan sebuah percutian yang menyeronokkan dan terhindar daripada bahaya. Sebut tentang bahaya, anda tentunya tahu akan kes-kes dimana kamera tersembunyi dijumpai di dalam bilik penginapan.

Berikutan itu, ramai orang berasa tidak selamat ketika berada dalam bilik penginapan dan berasa seperti ada yang memerhati. Terdapat pelbagai cara untuk kesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda, tetapi kami akan senaraikan 2 cara paling mudah anda boleh gunakan.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

1. Suluh lampu pada kawasan tersorok

Selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat pada mata kasar. Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, anak patung, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.

2a20

Kamera tersembunyi yang dijumpai di Airbnb. Sumber: The Korea Times

Oleh itu, anda haruslah menyuluh lampu pada kawasan-kawasan tersebut dan difahamkan kamera tersembunyi akan bertukar warna menjadi warna hijau atau biru apabila terkena cahaya.

2. Padamkan lampu

Pastikan anda padamkan lampu sebelum anda masuk ke dalam bilik. Lalu, pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.

Wyze-lights-off

Sumber: How To Geek

Jika cahaya berwarna ungu berkelip-kelip didapati, mungkin kamera infrared telah disembunyikan di situ.

Diharap perkongsian tip ini akan membantu anda di luar sana agar tidak jadi mangsa penjenayah. Jika anda ingin bercuti ke mana-mana, amalkan cara-cara ini ketika anda sudah masuk ke tempat penginapan anda.

Adakah anda tahu tip untuk mendapatkan harga tempat penginapan dengan murah? Klik pautan di bawah jika anda ingin ketahui lebih lanjut.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

Anda Mungkin Suka