Nota Editor : Tips ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Izwan Robotys. Izwan Wahab atau Robotys adalah seorang Programmer Website yang sangat gemar membaca buku-buku bisnes dan kewangan. Beliau juga suka berdamping dengan mentor-mentor dunia bisnes. Impian beliau adalah berjaya menyusun peta lengkap dunia kewangan agar menjadi panduan kepada diri sendiri dan rakan-rakan mencapai destinasi ‘Financial Freedom’. Izwan juga gemar berkongsi tips di blog beliau di http://vckt.co/1EHZwCc

cara-bayar-pinjaman-rumah-dengan-cepat

2 Cara Pantas Melangsaikan Hutang Rumah

Hutang rumah adalah hutang yang paling besar yang dimiliki oelh rakyat marhaen. Oleh itu memang menjadi sasaran kita untuk melangsaikan hutang rumah secepat mungkin.

Semakin cepat kita langsaikan hutang rumah semakin cepat kita ada duit lebihan yang banyak.

Manakan tidak, bayaran ansuran rumah sahaja boleh mencecah sehingga 30% daripada jumlah gaji kita. Jika gaji ialah RM 3000, makan bayaran ansuran rumah adalah RM 900. Sangat banyak!

Cara mudah dan selesa untuk kita melangsaikan hutang rumah dengan pantas ada dua yang boleh kita lakukan serentak:

1) Bayar ansuran rumah setiap 4 minggu

Ya, bayar ansuran rumah setiap 4 minggu sekali, bukan setiap kali dapat gaji.

Mengapa begitu?

Dalam setahun ada 52 minggu, bersamaan dengan 13 kali 4 minggu.

Dibandingkan dengan 12 bulan dalam setahun, kita akan membayar lebih 1 bulan setiap tahun jika kita membayar mengikut minggu berbanding membayar mengikut hujung bulan dapat gaji!

2) Bayar separuh bonus dan wang tambahan atas pinjaman perumahan

Cara ini juga mudah.

Setiap kali kita menerima wang SELAIN gaji, amalkan untuk guna separuh daripadanya untuk membayar pinjaman perumahan.

Separuh sahaja, tidak perlu semua. Lebihnya bolehlah digunakan untuk perkara lain. Ya, pastinya ‘berjoli’ menjadi pilihan kita. grin emoticon

Dengan ini, kita semakin pantas melangsaikan hutang kerana duit tambahan tadi akan mengurangkan capital hutang dengan cepat.

2 Cara di atas berkesan jika pelan pinjaman perumahan kita ‘membolehkan’ duit lebihan dalam bayaran bulanan digunakan untuk mengurangkan capital hutang secara automatik.

Ada bank yang tidak automatik. Ada pula pelan yang tidak menyediakan fasiliti tersebut.

Maka, berbincang dengan pegawai pinjaman kita SEBELUM menyetujui pinjaman tersebut.

Pastikan pelan kita membolehkan kita menggunakan taktik tersebut.

Jika tidak, sia-sialah kita membayar lebih, sedangkan ia tidak dikira dalam mengurangkan hutang perumahan.

Kita sedia maklum, pada fasa awal bayaran ansuran, apa yang kita bayar pada bank majoritinya digunakan untuk menolak kadar ‘bunga’ pinjaman tersebut dan hanya sedikit digunakan untuk tolak capital. Setelah beberapa lama, barulah tiba di fasa kedua iaitu majoriti ansuran bulanan digunakan untuk menolak capital.

Kita mahu cecah fasa kedua itu secepat mungkin. Kerana pada fasa itulah hutang kita paling cepat berkurang dengan sangat drastik.

Ada juga pelan yang membolehkan semua duit lebihan tadi digunakan untuk tolak capital DAN ia dikira sebagai simpanan. Maksudnya kita boleh mengeluarkan semula duit tersebut jika diperlukan. Terbaik! Maka berbincanglah dengan pegawai bank dengan teliti untuk mendapatkan perjanjian yang bagus.

Like Facebook The Vocket di http://vckt.co/1Ly8hFJ