Tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Biasa kita dengar pesanan ini untuk memberitahu betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita.

Biasanya selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, anak-anak muda akan terus menyambung pelajaran ke universiti pilihan di dalam dan luar negara. Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Pasti mereka mempunyai sebab yang kuat mengapa tidak berkesempatan untuk menyambung pelajaran dan terus masuk ke alam pekerjaan. Namun ada segelintir yang jauh di sudut hati mereka mengidamkan sekeping sijil sebagai tanda kejayaan.

Bagi dua individu ini, nyata usia bukan penghalang untuk mereka melanjutkan pelajaran. Yusri Adam yang membina kerjaya beliau sebagai pramugara AirAsia ketika muda tidak merasakan bahawa menyambung pelajaran itu suatu keutamaan baginya.

Yusri Adam

Beliau memulakan karier juga sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan selama 10 tahun dan apabila beliau diberhentikan, ianya menjadi sesuatu yang sukar untuk Yusri mencari pekerjaan lain apabila hanya mempunyai sijil SPM. Dari peristiwa itu, beliau sedar akan kepentingan mempunyai segulung sijil dan terus berusaha untuk mendapatkannya.

“Kerja di atas kapal terbang memang letih, kadang-kala dalam masa seminggu saya terpaksa pergi ke dua tiga negara. Memang tiada masa untuk berehat. Tetapi dengan pengurusan masa yang betul, saya tidak pernah gagal menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah. Malahan saya berjaya menamatkan pengajian Diploma dengan anugerah cemerlang,” kata Yusri menceritakan pengalaman beliau belajar sambil bekerja.

A. Majid Isa merupakan seorang pesara yang sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Perikanan Malaysia. Pada usia 75 tahun, ianya tidak langsung menghalang beliau untuk menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Kaunseling di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) Oktober tahun ini.

Walaupun telah menamatkan zaman persekolahan sejak 58 tahun yang lalu, semangat untuk belajar langsung tidak pernah padam dalam diri beliau. Beliau tidak langsung malu kerana baginya, kenapa perlu berasa malu untuk menuntut ilmu walaupun mungkin rakan sekelasnya jauh lebih muda daripada dirinya?

a majid
Tuan A. Majid Isa ketika majlis graduasi

“Akhirnya selepas dua tahun mengikuti program diploma eksekutif di UMCCed, saya berjaya menggenggam segulung diploma, ilmu yang diperoleh hari ini akan dibawa saya sehingga akhir hayat,” katanya.

Jika saudara Yusri dan tuan Majid boleh, kenapa tidak anda? Kedua-dua mereka merupakan graduan di bawah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) yang menawarkan program diploma separuh masa untuk anda yang tidak dapat memberi komitmen untuk pengajian sepenuh masa.

Terdapat sembilan cabang pengajian yang boleh dipilih di UMCCed. Menariknya untuk menyambung pengajian diploma di sini adalah kerana adanya kelas pada hujung minggu dan anda boleh belajar di mana-mana tempat pengajian yang ditawarkan di serata Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Bayan Lepas, Alor Setar, Kulim, Kuantan, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Pengambilan pula terbuka tiga kali sepanjang tahun, pada bulan Januari, Mei dan Oktober. Jika anda berminat boleh memohon secara online di sini atau hubungi 03-2246 3600. Yusri dan tuan A. Majid telah buktikan mereka mampu menghadapi pengajian walaupun di usia 40an dan 70an. Kalau mereka boleh, anda juga boleh.

FLYERS HALF A4-mei 2017