Selain menonton konten menarik di TikTok, kini ramai individu yang menjual barangan untuk menjana pendapatan. Namun, tidak semua barangan yang ditawarkan dijamin keasliannya.

Menerusi akaun TikTok @azlansutera, beliau telah berkongsi pengalaman membeli telefon pintar baharu di TikTok namun gagal berfungsi selepas dihidupkan dua jam kemudian. Beliau lalu membuang telefon tersebut ke sungai kerana merasa geram dan tertipu dengan produk yang diterima daripada penjual itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @azlansutera

Berdasarkan video tersebut, kita dapat melihat kotak telefon pintar ini tampil tanpa sebarang logo jenama pengeluar peranti. Telefon pintar itu disyaki hanyalah telefon klon yang sedia ditawarkan secara meluas di dalam pasaran dengan harga yang murah.

Terdapat kemungkinan mangsa telah memberi daripada salah satu live jualan yang biasa menawarkan telefon pintar pada harga yang terlalu murah. Telefon pintar klon ini menyerupai telefon pintar serta nama model yang ditawarkan oleh pengeluar terkemuka seperti Xiaomi, realme, vivo atau Huawei.

Sumber Gambar: TikTok @azlansutera

Jadi, ramai yang terperangkap kerana menyangka dapat membeli telefon pintar baharu dengan harga ‘jackpot’. Realitinya, ia hanyalah telefon pintar klon yang tidak boleh berfungsi dengan baik kerana mempunyai spesifikasi yang rendah.

@azlansutera

#fypシ #viraltiktok

♬ bunyi asal – lan cangkul – lan cangkul

Ekoran insiden itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli telefon pintar menerusi TikTok. Luahan kecewa yang dibuat turut mendapat pelbagai respon di kalangan netizen yang mana terdapat netizen memaklumkan turut pernah terkena dengan pembelian telefon pintar ini.

Sumber: TikTok @azlansutera
Sumber: TikTok @azlansutera

Anda sebaiknya mendapatkan telefon pintar di kedai rasmi atau pun kedai yang dipercayai. Jangan hanya kerana tawaran harga yang murah, anda menjadi rambang mata lalu ditipu dengan sewenang-wenangnya.