Hai, biasanya hujung minggu buat aktiviti apa? Sekali-sekala ajak kawan-kawan lepak mandi sungai pun best juga. Tapi kalau mandi sungai saja tak cukup, makan-makan mesti kena ada baru ramai yang nak join nanti.

Bila berkelah, tak lengkap rasanya kalau tak barbeku ‘BBQ’. Sebab aktiviti panggang memanggang inilah yang sebenarnya faktor perkelahan anda jadi seronok, serius. Yang menjadi masalahnya, nak bawa alat pemanggang ni pun satu hal juga. Ada yang besar nak bawa masuk kereta pun susah, ada yang jenis klasik bentuk macam pasu bunga tu berat pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu saya syorkan 2 jenis pemangang mini mudah alih ini. Senang dibawa ke mana-mana. Ke dua-dua jenis ini saya suka sebab bentuknya yang compact, mudah nak bawa dan paling penting senang nak guna. Kalau setakat nak berkelah dalam 4 hingga 5 orang dah memadai sangat rasanya.

1. Protable Folding Barbecue BBQ

Jenis ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Tersedia dengan tempat letak arang supaya mudah nak setting api. Baru ayam masak elok, tak adalah luar hangit dalam tak masak. Jika berminat, anda boleh dapatkan pemanggang ini pada harga hanya RM99.00 di sini.

2. Barbecue BBQ Portable

Kalau yang ini pun ok. Fungsi sama tersedia dengan tempat letak arang, cuma ia diperbuat daripada besi. Tapi jangan risau, yang penting tahan panas, non-toxic dan selamat digunakan. Untuk pemanggang ini, ia boleh dimiliki pada harga RM68.90. Dapatkan di sini.

Nak buat bakar sate pun boleh, elok kena ada 1 dekat rumah.