Ramai yang ada kamera GoPro, tapi tak ramai yang tahu pengasasnya Nick Woodman pernah gagal dalam membangunkan 2 startup terawal beliau, EmpowerAll dan Funbag.

Selepas itu beliau mendapat idea untuk mengeluarkan kamera aksi pula yang boleh menghasilkan gambar berkualiti sewaktu percutian luncur air di Australia.

Bagi mendapatkan dana, beliau dan isteri membeli beratus unit tali pinggang yang dibuat daripada cengkerang laut di Bali dengan harga USD1.90 seunit dan menjualnya dengan harga USD60. Modal permulaan beliau juga turut dibantu oleh keluarga.

Nilai aset syarikat Woodman hasil daripada produk-produk GoPro kini dianggarkan sebanyak USD1.6 billion. Pekerjanya pula melebihi 1400 orang.

Nick Woodman pengasas GoPro
Kevin Plank pengasas Under Armour

Cerita 2

Ramai yang pakai jenama ‘Under Armour’ sama ada yang tulen atau palsu, tapi tak ramai yang tahu pengasasnya Kevin Plank pernah gagal di sekolah dan gagal mendapatkan biasiswa sukan.

Namun beliau berjaya sehingga ke peringkat universiti dan menjadi kapten tim NFL Universiti Maryland. Selepas tamat pengajian, beliau mencipta prototaip jersi ‘Under Armour’ untuk pasukan Maryland menggunakan fabrik sintetik yang dipakai semasa perlawanan di NFL.

3 tahun kemudian Warner Brothers telah menggunakan jenama ‘Under Armour’ untuk pakaian para pelakonnya. Plank mengambil peluang untuk membeli ruangan iklan di ESPN The Magazine dan berjaya membuat jualan sebanyak USD750,000.

Pada tahun 2003, sebuah firma ekuiti telah melabur sebanyak USD12 juta ke dalam syarikat Plank.

Kesimpulannya, sesiapa saja boleh berjaya jika mempunyai impian yang tinggi dan tidak gentar untuk mencuba.

“It requires bravery to do something no one else around you is doing.” – Amber Heard.