Batu Pahat, Johor terkenal dengan masakan nasi baryani yang sangat mantap. Kalau pergi ke majlis kahwin di Johor, rata-rata nasi baryani yang akan menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Kali ini kami ingin bawakan kepada anda 2 lokasi terbaik yang wajib anda pergi untuk menikmati nasi baryani di Batu Pahat. Jom!

BACA: Top 7 Nasi Lemak Di Lembah Klang

1. Nasi Baryani Mohd Shah

Lokasi: Kompleks Niaga Benteng Peserai. Berhadapan dengan Hospital Putra Batu Pahat.

Kedai ini sangat terkenal di Batu Pahat. Bukan sahaja dikenali oleh penduduk tempatan, malahan orang dari Melaka, Kuala Lumpur, Singapura turut datang ke Batu Pahat semata-mata ingin menikmati nasi baryani dari gerai Mohd Shah.

Dibuka seawal 8 pagi. Yang menariknya, kedai ini dibuka sehingga pukul 10 malam, tapi lauk dah habis seawal pukul 2 petang lagi! Kedai ini sering ditutup lebih awal dari masa yang ditetapkan kerana orang terlalu ramai pada waktu tengah hari. Boleh tengok gambar di bawah betapa ramainya orang menunggu untuk membuat tempahan. Memang laku keraslah!

Keistimewaan nasi baryani Mohd Shah ini adalah kepada lauk daging, kambing dan ayamnya yang sangat lembut dan banyak. Rempah yang digunakan untuk memasak lauk juga terasa enaknya kerana telah dimasak dalam tempoh yang lama agar rasanya sebati di dalam lauk. Kalau nak tambah sedap lagi, anda boleh cuba acar buah yang disediakan.

BACA: 7 Tempat Makan Wajib Pergi Di Pulau Pinang

2. Restoran BP Baryani Power

Lokasi: Taman Soga

BP Baryani Power juga merupakan satu lokasi wajib pergi untuk menikmati nasi baryani di Batu Pahat. Restoran ini memiliki cawangan di Melaka dan juga di Kuala Lumpur.

Nasi baryaninya penuh lemak. Selain itu, cara untuk menikmati nasi baryani ini juga sedikit berlainan. Nasi baryani ini perlu dimakan bersama sambal cili pedas-pedas manis. Rasa lemak pedas ini yang betul-betul menarik minat pelanggan untuk datang ke restoran ini.

Lauk istimewa restoran ini adalah ayam masak merah yang dihidangkan pada hari hujung minggu. Kepada yang nak merasa nasi baryani bersama ayam masak merah kena datang hujung minggu sahaja ya.

Like The Vocket di Facebook