Jepun merancang untuk isytihar darurat COVID-19 di Tokyo, lapor media tempatan selepas kes harian di sana meningkat kepada lebih 900 dalam satu hari sejak 13 Mei. Darurat ini akan bermula pada Isnin depan sehingga 22 Ogos.

Lapor The Japan Times, keputusan ini akan meletakkan Tokyo dalam keadaan darurat dan memberi kesan kepada Sukan Olimpik Tokyo, yang akan bermula pada 23 Julai ini. Keputusan dramatik ini akan memaksa kerajaan dan pihak penganjur melarang penonton untuk menghadiri acara tersebut.

Seorang pegawai, memetik Kyodo News, mencadangkan agar larangan penonton ini juga merangkumi kawasan Olimpik yang berhampiran dengan Tokyo.

Sumber sebelumnya mengatakan Tokyo dan tiga wilayah yang berdekatan akan berada dalam keadaan darurat selama kira-kira sebulan hingga awal bulan Ogos.

Pasukan petugas COVID-19 dari bahagian kerajaan Jepun dijangka bertemu pada hari ini untuk membuat keputusan akhir.

Pada hari Rabu, Tokyo mengesahkan 920 kes baru COVID-19, meningkat dengan ketara daripada 714 yang dilaporkan seminggu sebelumnya, dengan jumlah harian meningkat berbanding minggu sebelumnya untuk hari ke-18 berturut-turut. Jumlah harian adalah yang tertinggi sejak 13 Mei, ketika Tokyo melaporkan 1.010 kes.

Harga cecah RM300,000, ini jentera yang bakal digunakan Azizulhasni untuk Olimpik 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Sumber