Semasa di awal kemunculan viralnya gadis bertudung ini di media sosial, kami ketengahkan tentangnya kerana dia ada sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan dengan pembaca kami. Ternyata, dia sememangnya istimewa apabila menegaskan 2 perkara penting ini meskipun video di Youtube nya sudah mencecah 1 juta viewer. Sejak itu juga dia berpeluang diundang ke rancangan televisyen terkenal Indonesia, Hitam Putih selama 1 jam.

Baca: Gadis Bertudung Ini Kelihatan Biasa Sehingga Anda Lihat Beliau Main Gitar. Kami Terpaku

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gadis gitaris metal bertudung yang kami maksudkan ini ialah Meliani Siti Sumartini, berusia 17 tahun dari Bandung, Indonesia. Sebelum popular di media sosial, Meliani turut terkenal di kalangan guru dan rakan kerana kepintarannya dalam pelajaran. Dia memegang ranking pertama di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah meraikan bakat Meliani dengan memberikan 3 bulan yuran persekolahan secara percuma.

Sebenarnya Meliani ialah anak yatim, ketiadaan ibu beberapa tahun lalu. Kini dia tinggal di rumah majikan ayahnya. Ayah Meliani bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang usahawan berjaya di Indonesia. Kekerapan abang-abangnya membawa pulang gitar ke rumah mendorong Meliani berminat untuk mempelajarinya. Melihat kesungguhan Meliani belajar bermain gitar melalui Youtube, ayahnya membelikan Meliani gitar elektrik terpakai. Sejak itu Meliani memuatnaik video latihannya di Youtube.

Dia tidak pernah menyangka sekali video Youtube nya yang dimuatnaik pada awal tahun 2014 menjadi viral pada penghujung tahun 2014 apabila sebuah fanpage metal berkongsi video Meliani dengan fans mereka. Meliani hanya menyedari akan hal ini selepas ramai orang menghantar Friend Request di Facebook dan juga menghantar mesej ke inbox Meliani dengan memuji kemahiran Meliani bermain gitar genre metal. Meliani turut dinominasikan sebagai pemain baru gitar Megadeth oleh pengendali laman web MetalSucks, Axl Rosenberg.

Populariti ini tidak akan mengganjakkan Meliani dari 2 perkara utama ini. Ikuti videonya ini:

https://www.youtube.com/watch?x-yt-ts=1421782837&v=kR6c6Ie3bZk&x-yt-cl=84359240

Ya, 2 perkara penting itu ialah agama dan pendidikan.

meliani-siti-sumartini-di-rumahnya

LIKE page Facebook The Vocket disini