Umum tahu baru-baru ini Tesla dibawah kendalian Elon Musk telah memperkenalkan sebuah trak elektrik yang dinamakan sebagai Tesla Cybertruck.

Meskipun mendapat pelbagai komen dan kritik daripada orang ramai, trak ini nampaknya berjaya menunjukkan angka jualan yang positif seawal tiga hari pelancaran. Pada kali ini, saya akan kongsikan dua sebab Tesla Cybertruck berjaya memperoleh kepercayaan orang ramai untuk menempah trak yang berbentuk unik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang pertama ialah design yang seolah-olah direka oleh budak 5 tahun dan yang kedua ialah cermin yang retak ketika demo menguji cermin dibuat. Akan tetapi, walaupun ramai yang kutuk dan mengata, sudah 200,000 orang buat deposit untuk pre-order.

Screen Shot 2019-11-25 at 12.03.14 PM

Bila kita bandingkan jumlah ini dengan statistik 2018, Tesla yang dari kosong, terus melonjak ke tangga ke-6 untuk industri automotif pickup truck. Ada banyak analisis yang bagi rumusan kenapa Elon Musk, seorang manusia genius yang hidup, pilih design sebegini dan saya hadir dengan sebuah rumusan.

Rumusan yang dimaksudkan adalah Elon ingin traknya berbeza dari trak-trak yang lain. Bagi saya ini benar kerana bila kita sebut pickup truck, dalam kepala kita mesti memikirkan design Hilux dan mungkin disebabkan ini, semua pickup truck di Malaysia dipanggil Hilux.

Bayangkan dalam 3 juta pickup truck yang sedia ada, bagaimana Tesla ingin terjun masuk ke lautan ini dan menjadi tumpuan? Tidak lain dan tidak bukan dengan membawa sesuatu yang aneh.

Bagaimana kalau mereka bawa konsep kereta Tesla yang ala-ala Tron kepada pickup truck mereka? Lawa tetapi lebih kurang sama dengan pickup truck yang sedia ada. Malah, terdapat designer yang muat naik rekaan yang dihasilkan serta mendapat pujian daripada netizen kerana ‘lebih bijak’ dari Elon Musk.

Cybertruck-5-1676×1118

Penganalisis bagi rumusan ini apabila dia melihat pembentangan Elon dari awal sampai akhir,bagaimana Elon memulakan pembentangan dengan design pickup truck yang sedia ada dan lebih kurang sama.

Penganalisis juga membawa idea bagaimana design tiga mata Apple yang dijadikan ‘bahan’ oleh netizen akhirnya diterima secara terbuka apabila ianya dilancarkan. Bahkan, pesaing lain menirunya.

Saya tidak tahu adakah design ini akan menjadi satu fenomena nanti tapi apa yang kita dapat belajar dari strategi Elon Musk ini ialah bila kita ingin dilihat dalam ribuan manusia, pakai lah sesuatu yang lain, pasti orang perasan kita. Berikut merupakan perkongsian daripad Youtuber MKBHD tentang sebab beliau menempah Tesla CyberTruck.

Kami kongsikan kepada anda berita pelancaran Tesla CyberTruck yang penuh dengan kontroversi oleh Elon Musk. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?