Seorang ibu telah menceritakan detik paling gembira dalam hidupnya apabila dapat bertemu kembali dengan anaknya di Dubai selepas di bawa lari oleh bekas suaminya.

Dengan bantuan polis Dubai, Rose Hu, dari Malaysia bertemu anaknya yang berumur 9 tahun di ibu pejabat Polis Dubai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, dia dan anaknya berjumpa kali terakhir adalah pada Disember 2018 sebelum ayahnya membawa anak itu ke Dubai dengan alasan untuk bercuti.

Namun, setelah sampai di sana, tiada khabar berita yang dia terima mengenai anaknya.

“Tidak ada satu malam atau hari yang saya tidak merindukannya atau memikirkannya dan menangis, tetapi semuanya sudah berakhir sekarang,” kata Hu kepada The National.

Awal tahun ini, Rose berjaya memenangi hak jagaan anak dan Mahkamah Status Peribadi Dubai memerintahkan bekas suaminya untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya. Tetapi bekas suaminya itu hilang setelah mahkamah mengeluarkan perintahnya.

“Polis telah mencari anak saya selama hampir empat bulan,” katanya. “Peguam menelefon saya memberitahu bahawa anak saya telah dijumpai. Saya tidak dapat menggambarkan kebahagiaan. ”

Hu mengemukakan kes hak penjagaan pada tahun 2019 tetapi dua mahkamah Dubai menolak kesnya kerana berada di luar bidang kuasa. Tetapi Mahkamah Kasasi Dubai membatalkan keputusan itu dan memerintahkan perbicaraan semula.

Semasa proses mahkamah, difahamkan bahawa bekas suami telah melanggar janji yang dia tandatangani di mahkamah Malaysia di mana dia berjanji akan membawa anak itu kembali.

“Seorang ibu adalah yang paling layak mendapat hak jagaan anaknya,” kata hakim Faraj Al Galawi di Mahkamah Status Peribadi Dubai setelah memberikan hak penjagaan anak kepada Rose pada bulan April tahun ini.

Terdahulu, seorang lelaki untung besar apabila mendapat balasan wang sebanyak RM3 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hasil Pinjamkan Wang Kepada Pelancong Dubai, Lelaki Ini Mendapat RM3 Juta Sebagai Balasan

Marah Anak Tidak Faham Matematik, Lelaki Ini Sampai Kena Serangan Jantung

Pelajar Sekolah Tahfiz Dari Sarawak Juara Kejohanan Matematik Dunia