Nampaknya demam Bollywood kembali melanda rakyat Malaysia ketika ini gara-gara lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem Dilwale.

Rata-rata memberikan komen tentang betapa cantiknya pemandangan dalam lagu Gerua. Malahan ada yang menyangka pemandangan indah ini dilakukan melalui teknik CGI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hakikatnya lokasi menarik ini memang wujud di Iceland.

Baca: Dilwale: Kisah Percintaan Pasangan Pertengahan Umur

Dan yang menariknya, 2 traveller Malaysia berikut tidak pernah menyangka kunjungan mereka ke Iceland bakal memberi inspirasi kepada para traveller di negara ini.

Saya telah berjaya mendapatkan izin daripada 2 traveller ini untuk berkongsi tips dan gambar sewaktu kunjungan mereka ke lokasi lagu Gerua di Iceland.

Untuk pengetahuan, kedua-dua traveller ini telah ke Iceland sebelum filem Dilwale ditayangkan.

1. Azwadi

Kita mulakan perkongsian pertama daripada Azwadi yang telah ke Iceland pada bulan Julai 2015. Berikut adalah tips daripada beliau:

ICELAND THE LAND OF FIRE & ICE

  1. Perjalanan ke Iceland ini tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
  2. Iceland dikenali dengan tanah api kerana 1/4 daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana iceberg yang sangat memukau terdapat di sini.
  3. Jangan lupa dengan Auroranya, tetapi kalau itu tujuan anda, musim panas bukan waktu yang sesuai untuk pergi.
  4. Antara tempat yang wajib dilawati adalah :
    1. Jokulsarlon Glacial Lagoon
    2. Geysir
    3. Skogafoss
    4. Gullfoss
    5. Blue Lagoon
  5. Hanya ada 2 pilihan untuk travel di Iceland iaitu sewa kereta atau ambil pakej tour. Jika travel solo atau berdua dan hanya berada di Iceland selama 3-4 hari sahaja, ambil pakej tour adalah lebih mudah.
  6. Semua pakej tour akan pick up dari hotel di Reykjavik, ibu negara Iceland. Jadi sebaiknya book mana-mana hostel bajet di Reykjavik.
  7. Untuk travel di Iceland ini, saya telah ambil 2 pakej tour berikut:

i) Blue Lagoon package : €66

ii) South Coast and Glacier Lagoon : €173 . Pakej yang ni bermula jam 8 pagi hingga 10 malam. Akan dibawa ke  2 air terjun  iaitu Skogafoss dan Seljalandfoss, seterusnya ke Glacier Lagoon tu yang bernama Jokulsarlon Glacier Lagoon (iceberg).

8.  Waktu paling best jika nak travel ke Iceland adalah pada musim panas kerana waktu siang yang lebih panjang. Pada waktu ni juga lebih banyak peluang untuk lihat pelangi di setiap air terjun yang terdapat di sini.

iceland-5

Yang ni Skogafoss Waterfall. Boleh panjat belah kanan tu naik ke atas. Ada tangga disediakan. Tempat tu la SK dan Kajol menari-nari.

iceland-14

Yang ni pun dekat Skogafoss waterfall. Kalau datang masa summer dan ada matahari , boleh nampak la pelangi ni. Sebab tu la digalakkan datang masa summer dan datang ke sini petang-petang skit.

iceland-7

Yang ni Seljalandsfoss waterfall, kat sini lah Kajol dak SRK joget-joget belakang air terjun.

iceland-8

Ni pun Seljalandsfoss

iceland-9

Jokulsarlon Glacial Lagoon. Amphibian boat disediakan di sini. Bolehlah ronda-ronda lagoon ini kalau mahu.

iceland-10

Jokulsarlon Glacial Lagoon. Salah satu destinasi yang perlu dikunjungi andai anda ke Iceland.

iceland-11

Pakej yang Jokulsarlon Lagoon tu termasuk naik amphibian boat ni pusing-pusing lagoon tu.

9. Next ke Blue Lagoon pula.

iceland-12

Blue Lagoon Iceland. Jaraknya lebih dekat dengan Keflavik International Airport. Apa kata singgah dahulu di sini sebelum ke bandar utama Reykjavik.

iceland-13

10. Jika dah sampai ke Reykjavik, jangan lupa singgah ke Masjid Ar Rahman. Sebenarnya ada 2 masjid di Reykjavik tapi saya hanya berpeluang ke Masjid Ar Rahman saja.

Untuk pengetahuan, seorang imam dari Mesir telah dibawa oleh Kerajaan Iceland untuk menjadi imam di masjid ni.

11. Masjid Ar rahman ni salah satu masjid yang baru dibuka 2 tahun lalu. Daripada perbualan saya dengan Imam Ahmad dan penduduk di sini, saya nak kongsikan juga fakta berikut:

12. Populasi penduduk Iceland adalah 323,000 orang. Di negara ni hanya ada sekitar 1500 – 2000 Muslim yang terdiri daripada orang-orang dari Asia dan Afrika yang telah menetap di Iceland.

13. Daripada jumlah di atas, kira-kira 100 orang daripada mereka adalah Icelandic yang telah memeluk Islam.

iceland-3

Masa kat bandar Reykjavik saya tercari-cari masjid nak solat asar. Cari punya cari tak jumpa. Then tanya seorang lelaki tempatan Icelandic, dia dengan baik hati drive saya ke masjid ni.

iceland-4

Alamat masjid: Skogarhlio 20, Reykjavik, Iceland. Boleh jugak try google search Islamic Cultural Center of Iceland / Menningarsetur muslima a islandi.

Jika korang ke masjid ni, sampaikan salam saya kat Imam Ahmad.

Tonton: Keunikan Iceland Umpama Anda Mengembara Ke Pelusuk Dunia Berbeza

14. Restoran halal – ada 2 restoran halal di sini iaitu Ali Baba dan Mandi. Saya makan di Mandi tapi tuan restoran ni bagitau ayam dia tak halal. Jadi saya makan ikan saja di sini.

iceland-2

iceland-1

Last but not least, Kalau anda ke restoran Mandi di bandar ini, silalah jawab pantun saya pada dinding dan snap gambar ye. Terima kasih. 

2. Zahariz Khuzaimah

Jika disebut nama beliau pastinya ramai yang sudah kenal. Zahariz yang terkenal dengan kisah ‘Dengan Basikal Aku Menjelajah’ telah ke Iceland pada tahun 2012.

Zahariz menjelajah di negara ini dengan mengayuh basikal sambil merakam kisah pengembaraan beliau. Kami kongsikan di sini gambar-gambar menarik berikut yang telah dirakam oleh Zahariz sewaktu pengembaraan beliau dulu:

  1. Seljalandsfoss Waterfall – scene menari di belakang air terjun.

iceland-zahariz-1

View sewaktu matahari terbenam. Memang super cantik.

iceland-zahariz-2

Malahan, dah hampir malam pun masih tetap cantik.

Baca: Fenomena Matahari Tengah Malam Di Iceland Yang Menakjubkan

2. Skógafoss Waterfall – scene menari tepi air terjun dan ada pelangi

iceland-zahariz-3

Iceland sebenarnya kaya dengan air terjun. Terdapat banyak lokasi air terjun dengan pemandangan menarik dan ini salah satu darinya.

3. Vatnajokull Glaciers – hampir sama seperti scene menari di iceberg Jökulsárlón

iceland-zahariz-4

Dan hakikatnya Vatnajokull Glaciers adalah lokasi glasier terbesar di dunia.

iceland-zahariz-5

Saiz Vatnajokull Glaciers ini hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia.

Perbelanjaan di Iceland adalah tinggi kerana harga barang yang mahal di sana. Tapi jika anda adalah kaki kayuh basikal, berkayuh di Iceland mungkin tidak mustahil bagi anda. Tak perlu sewa kereta dan ambil pakej tour.

Zahariz Khuzaimah dah buat la brader. Anda boleh baca perkongsian lanjut pengembaraan Zahariz di Iceland di website beliau Zahariz.com.

Baca lagi: 10 Tip Travel Ke Lokasi Indah Dalam Filem Dilwale Di Iceland

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram