Pernah baca tak cili boleh memutihkan kulit? Kalau belum tahu lagi, anda boleh baca ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dah baca? Saya tak pasti dari majalah apa. Ia ditemui di Twitter. Hehe. Jangan marah. Saya pun terkena juga. Tapi betullah tu. Harga cili kan mahal, boleh jadi sumber pendapatan tambahan.

Baiklah, sebelum nak tanam cili, ada baiknya anda tahu tentang 20 fakta unik berkenaan cili yang turut dipanggil sebagai cabai, lada dan capsicum ini.

1. Cili mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dan masalah kulit yang ringan. Berani nak cuba krim muka diperbuat dari cili?

2. Ada ladang yang disembur dengan cecair berasaskan cili untuk melindungi tanaman daripada gajah. Dipercayai gajah tidak akan memasuki kawasan tersebut disebabkan bau cili yang menyengat.

3. Cili yang segar paling bagus digunakan dalam masakan. Kulitnya tahan dan tidak hancur apabila dimasak. Cili Poblano pula ialah cili yang paling terkenal dengan keupayaannya untuk mengekalkan bentuknya walaupun dipanaskan.

4. Mahu tanam cili di rumah? Boleh sahaja di kebun sendiri atau balkoni. Pastikan pokok cili anda mendapat banyak cahaya matahari dan disiram setiap hari di samping memerlukan kelembapan yang tinggi.

5. Cili memberikan satu sensasi rasa pedas apabila capsaicin, bahan utama dalam cili, bila dicernakan, saraf deria mulut dan tekak akan menghantar pesanan ke otak. Seterusnya denyutan jantung dan rembesan peluh meningkat seiring dengan paras endorfin.

6. Cili Jalapeno, sama ada yang berwarna oren atau hijau merupakan raja dalam masakan Mexico. Namanya berasal daripada Jalapa, ibu negeri Veracruz.

7. Samurai Jepun memakan cili untuk mengurangkan rasa takut mereka sebelum perlawanan karate. Cili menjadi sebahagian daripada hidangan ritual yang dimakan sebelum perlawanan.

8. Digunakan sebagai ubat. Ekstrak cili membantu mencegah kanser prostat, herpes dan diabetes. Juga merupakan ubat tahan sakit semula jadi kepada penghidap arthritis dan sakit kepala. Cili juga membantu meningkatkan metabolisme.

9. Merupakan salah satu sayuran yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Jadi, selain makan buah-buahan, boleh juga ambil cili sebagai sumber vitamin C harian.

10. Selain sebagai makanan, ubatan dan rawatan kecantikan, cili juga menghasilkan base bagi minyak urut dan krim anti selulit. Serbuk cili pula boleh digunakan sebagai masker anti penuaan.

11. Bertindak sebagai vasolidator (membesarkan saluran darah). Ada bahan yang terkandung dalam cili ini yang bertindak sebagai vasolidator di mana ia dapat meningkatkan pengaliran darah dan prestasi seksual pada lelaki.

12. Zulu zulu peri peri adalah nama sos Afrika yang amat pedas. Tidak mengandungi sebarang pengawet tetapi penuh dengan cili dan tomato. Sos ini merupakan resipi turun temurun Afrika sejak 400 tahun dahulu.

13. Semasa dan selepas menyediakan cili, pastikan tangan dan peralatan yang telah digunakan dibersihkan dengan teliti. Bahan kimia capsaicin yang memberikan rasa pedas dan pedar boleh meninggalkan kesan pada tangan dan peralatan. Maka, dianjurkan basuh tangan dengan air sejuk dulu, kemudian bilas dengan air panas pula.

14. Betulkah biji cili yang menyebabkan masakan jadi pedas? Oh tidak! Makanan menjadi pedas disebabkan plasenta putih yang memegang biji dalam cili itu. Untuk mengurangkan kepedasan, perlu buang biji berserta plasenta putih itu bersama.

15. Cara membuang biji cili dengan betul dan mudah? Cili dihiris memanjang di bahagian tengahnya. Dengan pisau kecil yang tajam, hiris plasenta putih serta buangkan biji bersama.

16. Tip memasak menggunakan cili, masukkan ia di awal proses memasak untuk memastikan cili cukup dimasak, rasa dan kepedasan lebih ketara dan dirasai.

17. Orang Thai biasa menambah sedikit gula dan cuka bila memasak masakan bercili. Gabungan bahan-bahan ini bertindak dengan capsaicin dan mengurangkan rasa pedas.

18. Ada beza tau pedas cili segar dengan cili yang dimasak. Capsaicin pada cili segar boleh menyebabkan lecur bila bersentuh dengan mulut dan lidah. Bila dimasak, rasa pedas cili memberikan sensasi pedas yang berlainan tetapi lazat.

19. Tak tahan dengan rasa pedas? Jangan terus minum air! Air hanya akan bertindak dengan bahan kimia dalam cili dan membuatkan rasanya lebih teruk.

20. Untuk kurangkan rasa pedas selepas makan cili, minum susu atau minuman bersusu. Lemak tenusu mempunyai kesan lega untuk atasi rasa pedas tadi.

Disebabkan itulah, kebanyakan budaya yang mana makanannya banyak menggunakan cili, akan menghidangkan hidangan sampingan jenis tenusu untuk mengatasi rasa pedas.

Contoh hidangan sampingan adalah minuman lassi dalam hidangan India, makanan berasaskan yogurt atau krim masam.