Tidak dapat dinafikan, kemajuan teknologi sudah banyak memudahkan masyarakat alaf moden hari ini. Namun begitu, pada masa yang sama, kehidupan dunia tanpa sempadan juga membimbangkan terutama apabila melihat corak kehidupan generasi sekarang.

Menyelam dalam realiti kehidupan, seorang pelukis dari Argentina, Al Margen menggunakan bakatnya dalam menghasilkan beberapa karya berbentuk illustrasi dengan niat menyindir serta mengkritik masalah yang melanda masyarakat zaman sekarang.

Lukisan luar biasa yang jelas untuk menggambarkan kelemahan yang sedang kita lalui pada abad ke-21 ini. Baik dari segi hubungan sosial, ekonomi, politik, kekeluargaan, pilihan hidup, dan sebagainya. Walaupun sebahagian daripada karya ini mungkin agak kasar dilihat secara fizikal, namun ia cukup terkesan bagi sesiapa yang memahaminya.

Kata orang kalau tak boleh cakap, tulis. Kalau tak boleh tulis, lukis!

Sebahagian daripada karya tidak kami paparkan di Vocket atas sebab tertentu. Anda boleh lihat lebih banyak lagi karya Al Margen di sini.

Apa yang anda faham tentang lukisan ini? Kongsikan bersama kami melalui ruangan komen di bawah.

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤