Tidak dinafikan pada saban hari teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih sehingga boleh melakukan pelbagai perkara kritikal. Selaras dengan itu, ramai juga menjangkakan AI juga mampu melakukan tugasan profesional seperti manusia.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Sham Hardy, beliau telah berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan sebanyak 20 pekerjaan yang mungkin diganti oleh AI GPT-4 pada hari ini. Boleh rujuk gambar di bawah yang mana hadir bersama penerangan ringkas bagi setiap skop kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB @Shamhardy

Malah, senarai ini sendiri berjaya dihasilkan oleh ChatGPT di samping menggunakan Bahasa Melayu untuk penerangannya. Di sini, kita boleh lihat betapa hebatnya AI mampu melakukan beberapa tugasan secara serentak  dengan arahan ringkas yang diberikan oleh beliau.

Dalam pada itu, semua jawatan yang disenaraikan dapat dilihat adalah taraf profesional di mana memerlukan skill dan ilmu pengalaman yang tinggi. Memandangkan AI dapat mengumpulkan segala informasi daripada pengkalan datanya, maka tidak hairanlah jika ia dapat bertugas seperti pekerja berpengalaman.

Sebagai contoh, platform ChatGPT boleh mencipta sesebuah aplikasi atau merangka artikel dengan pantas apabila diminta oleh kita. Jadi, terdapat kemungkinan berlaku pembuangan sejumlah pekerja di dalam sektor teknologi pada masa kelak kerana sudah boleh bergantung dengan AI.

Malah, dilaporkan sebelum ini  bahawa sekitar 43% golongan milinial akui takut akan kehilangan kerja selepas kewujudan ChatGPT. Oleh itu, anda perlu melengkapkan diri dengan pelbagai skil agar boleh kekal relevan pada masa kelak.