Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Facebook keluarkan gambar kenangan ini. Jadi saya nak kongsi pengalaman saya buka restoran. Nama Restoran saya ialah Nasi Ayam Aku Dan Istanbul.

Konsep restoran ni satu nasi boleh makan banyak jenis lauk ayam. Sepiring hanya RM2. Idea saya ialah untuk orang yang suka makan banyak pilihan. Jika nak senang lagi faham, lebih kurang konsep macam Boat Noodle.

Lepas siapkan kertas kerja saya cari pendana. Dalam 2 hari saya dapat 2 orang rakan kongsi dengan modal RM50,000. Cari lokasi restoran. Pilihan terakhir ambil yang di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Ideanya ialah makan murah dekat dan dengan UITM.

Jadi ini 20 perkara yang saya belajar daripada bisnes Nasi Ayam Aku dan Istanbul:

1. Sewa kedai RM4,500. Deposit 5 + 1.

2. Impian saya nak ada semua pekerja Melayu/ tempatan. Saya cari sampai dapat. Alhamdulillah dapat satu team semua Melayu.

View this post on Instagram

Partimer diperlukan. Hubungi Puan Saadah 0133526964

A post shared by Nasi Ayam Aku Dan Istanbul (@nasiayamakudanistanbul) on

3. Dari hari pertama dapat kunci restoran, nak kemas nak ubah suai, setiap hari ada orang Indonesia datang minta kerja. Semua saya tolak.

4. Hari pelancaran, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tetapi, Petang itu chef kedua cabut lari. Mesej saya minta maaf terpaksa berhenti sebab dapat kerja jadi Chef dalam kapal persiaran.

5. Rakan kongsi saya dah menangis. Chef kedua ini penting sebab dia yang bertanggungjawab sediakan/masak semua jenis lauk-lauk.

6. Malam tu saya tak balik rumah. Saya tidur berseorangan di restoran. Saya siapkan apa yang patut untuk hari pertama pembukaan restoran.

7. Jualan hari pertama, masakan semua rasa ke laut. Jualan dapat RM300 lebih. Kecewa + penat. Perlahan-lahan kami baiki masakan & servis.

8. Minggu pertama buka sudah buang seorang pekerja. Kerja baru 2 minggu tapi asyik minta cuti saat akhir.

9. Minggu kedua dah mula terima pekerja orang asing. Saya ambil untuk kerja basuh pinggan sahaja.

View this post on Instagram

😋👍🏻

A post shared by Nasi Ayam Aku Dan Istanbul (@nasiayamakudanistanbul) on

10. Saya cuba iklankan restoran saya di Facebook. Beberapa kali viral. Ada sekali itu teruk kena maki dengan pelanggan. Staf & makanan tak cukup. Jadi sebelum nak viralkan produk anda, pastikan restoran cukup staf & makanan.

11. Minggu demi minggu ramai pekerja Melayu berhenti. Sama ada diberhentikan atau balik universiti untuk sambung belajar.

12. Pekerja Melayu mula berkurang. Pekerja Indonesia mula bertambah. Dalam tempoh 3 bulan buka restoran, 12 orang pekerja sudah bertukar ganti.

13. Akhirnya hanya ada seorang sahaja pekerja Melayu yang setia iaitu Pengurus restoran saya.

14. Selepas beberapa ketika perniagaan mula meningkat. Alhamdulillah. Setiap Sabtu-Ahad kena tambah pekerja separuh masa.

View this post on Instagram

Ok kasi kemas sikit 😁

A post shared by Nasi Ayam Aku Dan Istanbul (@nasiayamakudanistanbul) on

15. Banyak majlis dibuat di restoran kami. Bayangkan dengan harga RM8/pax, pelanggan dapat makan 1 nasi 3 piring lauk & air. Kalau letak atas meja memang meriah.

16. kalau makan 10 orang di kedai tomyam mungkin caj dikena mencecah RM150-200. Tetapi di restoran kami kalau 10 orang makan cajnya mungkin sekitar RM60-80 sahaja.

17. Di sini saya mula sedari kesalahan kami. Restoran kami terlalu murah. Jika di Boat Noodle walaupun makanan semangkuk RM2 lebih tetapi harga airnya mahal. RM5-8 segelas.

18. Akibat guna banyak piring kos membasuh menjadi tinggi. Pekerja membasuh pinggan pula perlu ditambah setiap hujung minggu.

19. Pelbagai cara kami cuba untuk meningkatkan jualan & menukar menu.

20. Akhirnya kami terpaksa mengalah pada bulan Februari 2020. Kami buat keputusan untuk menutup restoran. Bulan Mac Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Alhamdulillah kami buat keputusan yang tepat dengan menutup restoran.

21. Walaupun restoran tutup hubungan saya dengan pekerja & rakan kongsi tetap baik. Duit pelaburan saya bayar ikut perjanjian. Sehingga kini saya dan rakan kongsi masih merancang untuk bangunkan semula konsep Nasi Ayam Aku Dan Istanbul ini.

Terima kasih kepada semua yang menyokong & datang makan di restoran kami. Ramai yang memuji nasi ayam kami dan ramai juga yang memberi kritikan membina.

Doakan kami berjaya pada masa akan datang. Jika ada yang rasa penulisan ini bermanfaat boleh kongsikan pada mereka yang nak buka restoran. Ssmoga tidak buat kesalahan yang kami buat.

“Successful people don’t fear failure but understand that it’s necessary to learn and grow from.” — Robert Kiyosaki

Ini beberapa kisah bisnes lain yang menarik untuk anda baca. Klik pada pautan di bawah.

Jatuh Tak Bangun, 4 Pesanan Berharga Usahawan Di Jepun Kepada Saya

Beli RM380,000 Jual Balik Hanya RM85,000, Usahawan Kongsi ‘Pengajaran’ Miliki Kereta Mewah

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Artikel di atas disumbangkan oleh Khalid Pattali. Beliau merupakan pengasas restoran Nasi Ayam Aku Dan Istanbul. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka