Tanggal 13 Julai 2016 saya berangkat meninggalkan Bumi Malaysia dan menuju ke Lapangan Terbang Don Muang di Bangkok untuk memulakan misi yang saya namakan ā€˜Tour Indochina Part 1ā€™.

Antara persinggahan wajib yang telah saya rangka ialah Sukhothai, Chiang Mai dan Chiang Rai di Thailand, Pak Beng dan Luang Prabang di Laos dan Dien Bien Phu, Sa Pa, Ha Giang, Hanoi, Mai Chau, Ninh Binh dan Hoi An di Vietnam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun perjalanan yang saya lalui lebih lagi. Di bawah adalah ringkasan daripada sebahagian pengalaman saya di perjalanan sepanjang kembara 33 hari ini.

Penang – Bangkok – Phitsanulok – Sukhothai – Si Satchanalai/Sawankhalok – Kamphaeng Phet – Chiang Mai – Doi Suthep-Pui – Mae Rim – Chiang Rai – Mae Sai – Golden Triangle Sob Ruak – Chiang Saen – Huay Xai – Pak Beng – Luang Prabang – Oudomxai – Pang Hoc – Tay Trang – Dien Bien Phu – Lai Chau – Sapa – Lao Cai – Ha Giang – Dong Van – Lung Cu – Meo Vac – Bac Me – Hanoi – Mai Chau – Ninh Binh – Phat Diem – Hue – Lang Co – Da Nang – Hoi An – Nha Trang – Mui Ne – Ho Chi Minh City (Saigon) – KLIA2.

tip-jelajah-indo-china-1
Maps lengkap perjalanan saya bermula di Penang dan berakhir di KLIA2. Dari Penang ke Bangkok tu jalan udara sebenarnya dan bukan jalan darat.

Penambahan route dari Hanoi ke Ho Chi Minh City ni disebabkan saya agak kecewa dengan harga tiket pulang dari Hanoi dan Da Nang yang mahal.

Jadi saya lajak ke Saigon yang tiket pulangnya separuh dari harga tiket dari Hanoi. Wang lebihan pula saya gunakan untuk membiayai perjalanan tambahan ini.

Banyak pengalaman suka dan segelintir yang dukanya sepanjang saya berkelana di bumi orang. Antara highlight perjalanan saya ialah.

1. Berbagai jenis pengangkutan

Menggunakan pelbagai jenis pengangkutan sepanjang perjalanan seperti keretapi, tuk tuk, bas besar, sedang, mini. Macam macam jenis bot, perahu dan sampan, motosikal, teksi, basikal elektrik dan lain lain.

2. Bertemu berbagai jenis manusia

Bertemu pelbagai karakter yang menarik seperti Art (Canada) di Chiang Mai, June (China), Carla (Spain) dan Fabrizio (Italy) di Luang Prabang dan ramai lagi di Vietnam.

3. Masalah bahasa

Pengalaman membeli barangan dapur dengan menggunakan bahasa ayam itik. Lain yang diorder lain yang dapat.

4. Kena tipu

Pengalaman di kapak sepanjang perjalanan terutama ketika membeli tiket bas. Penipu penipu ni biasanya datang menghampiri dengan senyuman. Yang palingā€™menarikā€™ ialah ketika menaiki bas mini dari Mai Chau ke Ninh Binh dengan menahan ala ala hitchhike.

Harga sepatutnya dalam VND80,000 ke VND100,000 tapi dimintanya VND250,000. Mereka pandai. Dah atas gunung ganang baru minta tambang bas. Bincang punya bincang akhirnya settle pada harga VND150,000. Kena kapak jugak tapi apa pilihan yang ada.

tip-jelajah-indo-china-2
Wat berukiran gajah ini lebih besar daripada yg saya jumpa di Sukhothai.
tip-jelajah-indo-china-3
Di Kamphaeng Phet pun ada juga.
tip-jelajah-indo-china-4
Wat Phra Singh.
tip-jelajah-indo-china-5
Perkampungan Hmong dari Doi Suthep.
tip-jelajah-indo-china-6
White Temple di Chiang Rai.

tip-jelajah-indo-china-7

5. Lihat traveller lain kena tipu

Pengalaman menyaksikan pasangan dari German ditipu agensi yang tidak membayar tambang bas mereka kepada syarikat bas terbabit. Ianya berlaku di antara Lao Cai dan Ha Giang. Hampir hampir mereka ditinggalkan di tengah hutan tapi settle juga akhirnya.

6. Jumpa orang yang sama lebih daripada sekali di tempat berbeza

Pengalaman pelik bertembung dengan Cik Rocilla dari Brazil 4 kali sepanjang perjalanan di Vietnam. Hampir ada jodoh tu. Hahaha.

7. Kepuasan maksima

Perasaan puas dan nikmat yang tak dapat saya gambarkan ketika menunggang motosikal di antara Sukhothai dan Si Satchanalai. Ianya adalah tunggangan yang sederhana jauh. Yang pertama sejak saya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Indonesia. Perasaannya. Fuh. Iā€™m back. Cam tu lah.

8. Melihat indahnya alam ciptaan tuhan

Pemandangan indah yang tak terkira banyaknya bermula dengan perjalanan keretapi dari Bangkok ke Phitsanulok hinggalah di Mui Ne, Vietnam. Memang banyak. Tak dapat saya nak sebut satu persatu. Ok lah. Special mention untuk Sa Pa, Vietnam. Mungkin yang terbaik di antara terbaik.

9. Penginapan unik

Tinggal selama 3 malam bersama Suku Black Hmong di Sa Pa. Guesthouse mereka memang tradisional habis. Siap kelambu lagi.

Pemandangan bangun tidur? Lembah menghijau, air terjun dan padi bukit yang memukau. Anjing-anjing berkeliaran jangan cakaplah. Paling rimas bila hujan. Anjing basah. Pandai-pandailah mengelak.

10. Pengalaman ride motorsikal

Pengalaman ride motosikal di Ha Giang Province dengan melengkapi Northern Extreme Loop (termasuk Ma Pi Leng Pass yg terkenal) dan Hai Van Pass di Da Nang (sebahagian Golden Loop). Ha Giang Kearst Hill Geopark memang memukau. Mole Hill di Tam Son amat indah sekali dilihat dari aras yang tinggi.

11. Sesat dan silap jalan

Pengalaman ā€˜menarikā€™ ride skuter hingga hampir ke puncak Doi Pui dan minum kopi bersama Suku Hmong dan kemudian tersilap ambil jalan pulang dengan menggunakan jalan trail dari atas gunung hingga ke kaki gunung.

Skuter terbalik dan enjin tak boleh hidup. Atas gunung, tengah hutan. Akhirnya main brek sampai ke bawah. Terpaksa ā€˜negotiateā€™ dengan jalan yang tak rupa jalan. Pengalaman ngeri sebenarnya. Kalau difikirkan balik, kerja gila tu. Huh.

12. Dikepung anjing di Mai Chau. Ni bukan anjing biasa-biasa.

Dikepung anjing di Mai Chau. 3 ekor semuanya. Saya lari naik tangga rumah orang kampung White Thai. Boleh pulak anjing-anjing ni ikut dan lepak di tangga juga.

Saya terpaksa menjerit memanggil orang kampung berdekatan untuk menghalau anjing-anjing ini. Ni bukan anjing biasa-biasa. Hahaha.

tip-jelajah-indo-china-8
Border control Thailand side
tip-jelajah-indo-china-9
Economic zone sebelah Laos.
tip-jelajah-indo-china-10
Wat Chedi Luang di Chiang Saen
tip-jelajah-indo-china-11
Slow boat yg menanti pelancong.. Kalau high season, banyak lagi bot yg beratur kat sini.
tip-jelajah-indo-china-12
Memang aman damai perkampungan di Pak Beng ni.
tip-jelajah-indo-china-14
Pemandangan sebahagian Luang Prabang dari Mount Phousi.
tip-jelajah-indo-china-13
Indahnya ciptaan tuhan. Banyak perkampungan hill tribe sepanjang pergunungan menuju Pang Hoc seperti di dalam gambar ini.
tip-jelajah-indo-china-15
Pemandangan di Tay Trang sewaktu menuruni gunung ganang utk ke Dien Bien Phu.
tip-jelajah-indo-china-16
Dien Bien Phu di waktu senja.
tip-jelajah-indo-china-17
Semakin menghampiri Sa Pa semakin tinggi gunung ganang di Lai Chau ini.
tip-jelajah-indo-china-18
Gunung Fansipan iaitu gunung tertinggi di Vietnam terletak di pergunungan ini

13. Kena saman dengan polis

Disaman oleh polis ā€˜cari makanā€™ di Mui Ne. Habis VND200,000. Asalnya diminta sebanyak VND1,500,000. Dia ingat kita cop duit kot. Alasan? Speeding lebih 40km/h. Siap ada ā€˜pictureā€™ lagi dia claim hahaha. Errrk.

14. Kehilangan sahabat baik

Hari paling sedih dan agak tunggang terbalik plan perjalanan saya apabila mendapat berita seorang rakan sedang tenat di Johor dan kelam kabut saya tinggalkan Ha Giang untuk pulang ke Malaysia tapi malangnya tak sempat juga kerana beliau meninggal dunia ketika saya baru 2 jam tiba di Hanoi.

Separuh hari saya habiskan masa di Masjid Hanoi. Kaki pun dah tak mampu nak bergerak. Nasib baik ada Imam Besar Hanoi buat peneman bersembang.

15. Bajet sepanjang travel

Kos saya sepanjang perjalanan tak sampai rm4,000. Saya tak kira kos tepat lagi. Tapi rasa-rasanya dalam RM3,800 maksimum untuk 33 hari perjalanan. Saya boleh jimat lagi tapi kerana saya sewa motosikal kerap kali serta tak berkira dengan entrance fee tempat tempat menarik ni.

16. Terpaksa menjadi kreatif untuk mencari tempat bersolat.

Ada beberapa perkara yg menjadi cabaran utk bersolat di tempat orang. Yang pertama ialah air untuk berwuduk. Ianya tidak menjadi masalah besar di Indochina kerana air memang mudah diperolehi. Jadi tak perlu membawa air untuk berwuduk. Cukuplah bawa untuk diminum sahaja.

Cabaran kedua ialah menyesuaikan waktu nak bersolat dengan aktiviti saya. Selalunya saya lakukan jamak takhir untuk zohor dan asar dan jamak taqdim untuk maghrib dan isyak dan kadang-kadang sahaja jamak takhir untuk maghrib dan isyak.

Ini kerana saya jarang keluar malam dan selalunya aktiviti saya habis sekitar 5.30 petang waktu tempatan.

Cabaran ketiga ialah tempat untuk mendirikan solat. Kalau di bilik sendiri ok lah, itu tak mendatangkan masalah. Tetapi kalau di dorm, itu yang masalah sikit.

Pertama ialah ruang. Kalau ruang tak cukup saya terpaksa solat di depan pintu atau di ruang tamu. Biasanya subuh ok. Sama saja semua tempat saya pergi, tak ada backpackers yang bangun lagi hahaha.

Yang problem, biasanya maghrib dan isyak. Yang ni kena negotiate sikit. Biasanya dorm mate ok. Siap terenjit-enjit jalan belakang kita tapi yang tak tahan soalan lepas solat agak sama.

“I’d heard Muslim can marry four wives. How many you have?” hahaha.

Hanya sekali saja saya terpaksa solat di jalanan, iaitu di celah perbukitan di Bac Me, Ha Giang Province. Saya lapik dengan tuala kecil sahaja tempat saya sujud tu dan wuduk di tepian sungai besar berhampiran jalanraya. Nyaman airnya.

Cabaran keempat ialah mencari arah kiblat. Yang ni mudah saja solusinya. Muat naik aplikasi Find Qibla Pro atau Kiblat Kompas. Banyak lagi aplikasi untuk Android dan IOS.

Cabaran terakhir pula ialah masuk waktu Subuh ketika berada di dalam bas dan tahu bas tidak akan berhenti rehat. Boleh saja solat sambil duduk.

Wuduk boleh diambil dalam tandas sleeper bus atau boleh spare botol air dan ambil saja wuduk di tempat duduk anda. Minimalist approach dah ni.

Pengalaman lepas solat paling menarik ialah di Sa Pa. Ruangnya luas cuma apabila habis solat, seorang gadis berbangsa Jewish dari Poland menghampiri dan berkata, “I’m a bit shock. In many ways we are the same.”

Sambil tersenyum dia berkata lagi jarang bertemu Muslim tetapi dia agak teruja kerana family dinner di guesthouse setiap malam kami berdua tak makan daging dan saya memang masak makanan sendiri cuma join diorang makan je tiap-tiap malam.

Awek Jewish tu tak tahulah pulak dia makan apa. Bila bab makan ni nak terangkan kena berhemah sebab tak mahu host terasa hati.

17. Orang Vietnam yang agresif belajar bahasa Inggeris

Di Vietnam, lebih kurang 5 orang menyapa saya di jalanan dan ajak berbual dalam Bahasa Inggeris. Golongan muda di Vietnam ini amat agresif mempelajari Bahasa Inggeris. Ini diakui oleh Big Nev semasa saya bertemu lelaki dari Australia ini di Dien Bien Phu.

18. Tercapainya salah satu cita-cita saya

Cita-cita saya nak tahu lebih lanjut dan saksikan kesan Perang Dien Bien Phu 1954 akhirnya tercapai. Terima kasih kepada remaja bernama Coffee yang membawa saya melihat Kota DBP ini.

19. Naik slow boat

Pengalaman menaiki slow boat dari Hua Xai ke Luang Prabang memang awesome. Walaupun kadang-kadang tertidur dan lenguh kaki duduk lama-lama dalam bot tu. Tapi ianya pengalaman yang amat berbaloi dan tak dapat nak dilupakan.

20. Bertekak dengan pengurus restoran

Kuangsi Waterfall memang indah dan di situ juga saya bertekak dengan pengurus sebuah restoran kerana caj kopi panas cawan kertas lebih kurang RM35. Nasib baik dapat balik duit tu.

tip-jelajah-indo-china-19
Speechless.
tip-jelajah-indo-china-21
Yg ni pun speechless… melihat sunset di sini bersama 3 orang pemuda Belanda dan Itali.
tip-jelajah-indo-china-20
Bac Me ini memang kawasan kampung sungguh… aman damai suasananya.
tip-jelajah-indo-china-22
Mole Hill di Tam Son.
tip-jelajah-indo-china-23
Dari menara ini boleh melihat China.
tip-jelajah-indo-china-24
View dari Ma Pi Leng Pass
tip-jelajah-indo-china-27
Mai Chau yg feelingnya seperti kawasan sekitar Gunung Jerai. Dan di Kedah tu lebih indah.
tip-jelajah-indo-china-26
Red Bridge di Hanoi
tip-jelajah-indo-china-28
Ninh Binh terkenal dengan sampan ride nya. Ianya digelar Halong Bay daratan. Dua-dua tempat ni tujuannya nak tengok karst hill. Cuma Halong itu di lautan.

Banyak lagi pengalaman yang boleh dikongsikan tapi mana mungkin di dalam satu artikel untuk 33 hari perjalanan yang penuh warna.

Akhir kata, ingin saya ingatkan, saya menulis bukan kerana nak bagitau semua orang. Yeay! Aku travel. Tapi sebab saya nak menyumbang info pada komuniti traveller kerana saya sendiri dapat info pun dari traveller terdahulu.

Kalaulah info yang saya bagi ni dapat selamatkan traveller daripada kena kapak dan bohong, apatah lagi dapat mengelak traveller dari mengambil risiko yang tak perlu, saya anggap itu sumbangan saya yang secubit nilainya untuk komuniti ini.

Alhamdulillah, sejak perkongsian hariĀ  pertama diterbitkan di Facebook kini saya sedang membantu 3 orang pemuda dan pemudi yang sedang merangka perjalanan solo dan berkumpulan mereka.

Ok lah. Panjang lebar dah ni. Enjoy gambar-gambar di tempat-tempat yang saya pergi. Banyak tu gambarnya. Satu tempat satu gambar.

tip-jelajah-indo-china-29
Hue Royal Palace. Dulu pusat pemerintahan Vietnam di Hue.
tip-jelajah-indo-china-30
Pemandangan Da Nang City dari Hai Van Pass.
tip-jelajah-indo-china-31
Perkampungan nelayan Lang Co memang memukau. Suatu hari nanti tempat ini akan menjadi kawasan pelancongan yg amat terkenal.
tip-jelajah-indo-china-32
Kota Lama Hoi An semacam Bandaraya Melaka. Tapi Melaka best lagi.
tip-jelajah-indo-china-34
Lama juga nak sampai ke rumah api purba ini. Dari Mui Ne lepas Bandar Phan Thiet .
tip-jelajah-indo-china-33
Pemandangan di tepian pantai di Nha Trang.
tip-jelajah-indo-china-35
Cantik pemandangan perbukitan berbatu di Phan Rang ini.
tip-jelajah-indo-china-36
Fairy Stream di Pekan Mui Ne.
tip-jelajah-indo-china-37
City Hall dan Tugu Ho Chi Minh.

Baca lagi: 12 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke IndoChina