Percutian singkat ke Istanbul bagaikan mimpi. Mana tidaknya selama ini hanya menjadi bahan gurauan dan angan-angan aku saja sampai satu ketika ketika di sana terasa macam nak menjerit je “Istanbul! Aku datang!”

Eh, tiba-tiba kaki sudah berpijak di bumi Istanbul dah. Rasa tak percaya tambahan lagi kota ini sangat terkenal dengan keramahan masyarakatnya selain popular dengan juadah manisan yang enak dan menggiurkan seperti Turkish Delight dan baklava.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sini saya sertakan 20 perihal ketika di Old Town dan Modern Town, Istanbul Turkey sebagai panduan ringkas buat korang nanti.

1. Single trip bagi Tram di Istanbul adalah berharga 2.40 Lira

2. Kanak-kanak dan remaja yang berkeliaran di kawasan Old Town yang meminta sedekah agak kasar dan menjengkelkan. Warning alert untuk anda agar berhati-hati dan jaga beg anda sebaiknya! Ingat sebelum kena.

3.Single Trip bagi Metro Bus di Istanbul adalah berharga 3.50 Lira

4. IstanbulKart yang digunakan sebagai pas bagi kenderaan awam di sekitar Istanbul berharga 10 Lira dengan isian 6 Lira dan boleh digunakan secara berkumpulan. Top Up dijual berasingan di mesin sekitar stesen tram.

5. Roti berbentuk bulat yang terkenal dijual dimerata-rata Istanbul dikenali sebagai Simid dan ia berharga sekitar 2.00 – 2.50 Lira. Rasalah keraaa ia sangat enak.

6. Kebanyakan jalan-jalan di Istanbul sangat berbatuan dan tidak rata jadi bersedialah sekiranya anda membawa bagasi beroda. Kesian bagasi. Bertabahlah!

7. Kedai manisan popular iaitu Hafiz Mustafa yang menjual pelbagai manisan Turkish Delight dan Baklava telah beroperasi semenjak 150 tahun yang lalu iaitu sekitar 1864 dan banyak sekali cawangan mereka di sekitar Istanbul dan anda sangat-sangat wajib mencubanya! Awesome!

8. Sekiranya anda tidak membawa atau terlupa keperluan ‘thermal wear’ semasa menghadapi musim sejuk di Istanbul, percayalah anda amat-amat memerlukannya. Sila beli di Grand Bazaar dengan harga 20 Lira. Pengalaman sendiri. Tempat lain susahnya nak jumpa benda ni kat sana. Hahaha.

9. Turkish Delight dengan pelbagai perisa yang sedap gila boleh didapati dengan harga paling murah sekitar 30 Lira sehingga 80 Lira mengikut kualitinya.

Baca: 21 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Bila Anda Travel Ke Istanbul, Turki

10. Keychain atau rantai kunci souvenir Istanbul boleh didapati dengan harga paling murah 1 Lira di Grand Bazaar, jadi pilihlah kedai yang mana berbaloi untuk anda.

11. Tawar-menawar di Grand Bazaar Istanbul adalah satu perkara biasa, tapi berilah harga rendah yang logik agar anda tak kena marah dengan tuan kedai tau. Hehe.

12. Malam di kawasan Sultan Ahmet memang sunyi dan agak suram seakan bandar mati tapi percayalah pada waktu siangnya kawasan ini sangat meriah dan riuh rendah dengan aktiviti dan peniaga.

13. Sunset yang dilihat dari kawasan Sultan Ahmet sangat cantik, romantik dan menerujakan. Cubalah cari penginapan di kawasan tersebut. Pasti tak cari lain. Hehe.

14. Kalau anda ke Istanbul, jangan lupa ke Galata Tower kerana suasana di sekitarnya sememangnya terasa seperti anda sebahagian masyarakat tempatan. Menarik!

15. Hati-hati memilih restoran seafood di Istanbul. Dalam kad menu memang dorang letak harga tertentu tapi bila nak bayar harga jadi dua tiga kali ganda. Hati-hati tau!

16. Bagasi anda akan diperiksa sepenuhnya oleh pihak kastam semasa enter lapangan terbang dari ruang masuk tram! Itu perkara biasa tapi hairan apa ntah yan dicari. Letih nak packing balik oi.

17. Istiklal Street atau Istiklal Avenue adalah satu kawasan yang popular di Istanbul dan dikunjungi oleh hampir 3 juta pelancong setiap hari.

18. Kalau dah jemu makan kebab atau makanan Turki, restoran KFC di sana terdapat kombo yang menarik dengan 2 burger, 2 minuman dan kentang goreng. Murah dan sangat berbaloi untuk 2 orang tau!

19. Penduduk tempatan sangat mengenali Malaysia dan Kuala Lumpur. Anda akan dapat mendengar jeritan ‘Malaysia Truly Asia’ dan ‘Malaysia Boleh’ kerana mereka gemar menyebutnya kalau bertemu pelancong dari Malaysia. Jadi tunjukkanlah sikap mesra rakyat Malaysia.

20. Sekiranya anda adalah orang terakhir yang membeli belah di Grand Bazaar sekitar jam 7.30 petang, anda akan mendapat tepukan gemuruh daripada peniaga-peniaga yang sedang menutup pintu kedai di situ kerana selagi anda tidak keluar dari kawasan itu mereka juga tidak digalakkan keluar! Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Terasa teruja pula walaupun duit habis dah di poket. Hehe!

Sekian sahaja panduan dan tips terpaling ringkas buat anda yang ingin ke sana. Walaupun hanya sempat menjejakkan kaki di dua bandar ini ketika di sana, keterujaan kami masih terasa kerana Istanbul sememangnya kota istimewa dan sesuai dilawati seisi keluarga.

Semoga bermanfaat.

Baca lagi: 100 Tip ‘Survival’ Sewaktu Travel Sendiri Di Turki Berdasarkan Pengalaman Saya