20 seni , check list dan tip –tip yang perlu anda ketahui untuk bergelendangan atau sleeping di lapangan terbang.

Siapa yang suka tidur di airport? Kita geng! Siapa yang tidak suka tidur di airport? Kita tetap geng!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pepatah melayu ada mengatakan bagai mengantuk di sorokkan bantal. Itulah yang terbaik bagi menggambarkan sifat asli seorang backpacker yang suka tidur di lapangan terbang.

Pastinya teruja, gembira, dan pelbagai lagi perasaan yang bercambur baur. Gembira bukan kepalang ibarat dapat tidur di hotel bertaraf 5 bintang.

Dua ke tiga hari sebelum terbang sudah termimpi akan kenikmatan yang bakal di lalui dengan ‘keempukkan kerusi, diselimuti dengan kain sarung dan menyucikan diri di tandas yang dikongsi jutaan orang’.

Sepanjang pengalaman mengembara saya pernah tidur di beberapa buah lapangan terbang seperti Bangkok (Suvarnambumi), Tokyo (Haneda), Changi Singapura, Brunei Darulsalam, KLIA , Dubai , Kansai Osaka, London (Heathrow), London (Gatwick ), London ( Stansted), Paris CDG, Edinburgh, Glasgow, Dublin, Helsinki dan Oslo .

Sejujurnya banyak pengalaman pahit dan juga manis. Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah pernah dihalau oleh polis Negro ketika tidur di salah satu café di Paris CDG.

Pada pendapat saya lapangan terbang yang terbaik untuk tidur adalah Changi di Singapura dan juga Tokyo Haneda dan airport yang paling kurang baik adalah London (Stansted).

Sebab paling utama kenapa ada yang memilih untuk tidur di lapangan terbang adalah untuk menjimatkan kos penginapan. Sebab yang lain pula adalah penerbangan yang terlewat atau delayed, penerbangan awal pagi keesokkan harinya dan takut tertinggal kapal terbang.

Tahukan anda untuk tidur atau bergelandangan di lapangan terbang juga memerlukan seni.

Di sini saya denga terujanya berkongsi 20 seni atau tip-tip untuk tidur di lapangan terbang:

1. Datang awal

Jika anda memempunyai penerbangan di awal pagi keesokkan harinya, pastikan anda datang awal. Mungkin seawal jam 9 – 10 malam.

Banyak kelebihan datang awal. Antaranya adalah dapat memilih tempat yang tidur yang selesa atau digelar tempat hot spot. Datang awal juga membolehkan kita mempunyai banyak masa untuk meneroka lapangan terbang tersebut seperti contoh mencari lokasi tandas, tempat pelepasan dan sebagainya.

2. Pilihlah kerusi yang tiada armrest

Sebaik- baiknya pilihlah kerusi yang tiada arm rest. Jika tidak anda pasti kurang selesa untuk tidur kerana ruang yang agak terhad. Kerusi yang tiada arm rest membolehkan anda menggunakan 3 atau 4 kerusi dan boleh berlunjur meluruskan kaki.

Rata-rata airport mempunyai kerusi yang tiada arm rest yang sangat terhad. Jadi pelajari seni nombor 1 di atas dengan jayanya.

3. Kelengkapan tidur

Bawa kelengkapan tidur sendiri seperti blanket yang kecil atau sarung, sleeping bag, bantal kecil dan sebagainya.

Jika anda telah mempelajari seni 1 dan 2, pastikan juga anda membawa kelengapan tidur yang secukupnya. Ingat kita bukannya tidur di hotel bertaraf 5 bintang yang mana semua kemudahan dan kelengkapan disediakan.

Antara kelengkapan asas yang perlu ada adalah seperti blanket kecil atau kain sarung sebagai selimut, kain sarung juga boleh dijadikan sebagai alas, lagi baik jika ada sleeping bag yang boleh dijadikan sebagai alas, selimut dan juga bantal.

Sebagai alternatif yang lain boleh juga menggunakan beg sebagai bantal.

4. Pastikan berdekatan dengan soket

Di era sains dan teknologi kebanyakkan manusia tidak boleh hidup tanpa gajet.

Kadang- kadang bukan setakat satu telefon malahan ada yang dua. Di samping telefon, traveller juga selalu membawa ipad, ipod, kamera, power bank dan lain lain.

Jadi pentingnya tempat yang mempunyai kemudahan soket untuk mengecas kembali gajet-gajet tersebut.

5. Pastikan tidur di tempat yang selamat

Keselamatan merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan. Jangan kerana hendak tidur di tempat yang selesa, kita mengabaikan faktor keselamatan. Antara tempat yang tidak berasa selamat adalah ditengah-tegah laluan orang ramai, ditepi tandas, di kawasan yang mempunyai wayar elektrik dan lain-lain lagi.

6. Tidur bersama-sama traveller atau geng yang lain

Untuk memastikan keselamatan bersama, anda juga digalakkan untuk tidur bersama-sama, maksudnya berdekatan dengan traveller lain.

Jika ada apa apa masalah sekurang-kurangnya ada orang berdekatan dengan kita untuk memberi atau menghulurkan bantuan.

7. Pastikan membawa bersama ear plug dan penutup mata

Lapangan terbang merupakan tempat yang boleh dikatakan agak bising walaupun tidak sebising di pasar. Ada juga sesetengah lapangan terbang yang tidak membuat pengumuman seperti di Dubai.

Di samping persekitaran yang bising, kadang-kadang ianya di tambah dengan penumpang-penumpang yang bercakap dengan kuat tanpa menghiraukan orang lain. Jadi ear plug  amatlah diperlukan untuk menikmati dan mendapat tidur yang berkualiti.

Di lapangan terbang juga lampu sentiasa dipasang. Jadi kawasan persekitaran menjadi cerah dan kurang selesa untuk tidur. Pada saat ini, penutup mata amat diperlukan.

8. Bangun awal keesokkan harinya

Apabila sudah berjaya tidur di tempat yang diidamkan jangan pula terlebih tidur dan lupa untuk bangun keesokkan harinya.

Pastikan anda bangun awal keesokkan harinya. Jika anda mempunyai penerbangan lanjut atau connecting flight keesokkan harinya, pastikan anda perlu bangun awal untuk mengelak daripada tertinggal flight. Kalau tidak anda tahu apa akibatnya. Nanti akan menangis tidak berlagu.

Kebanyakkan lapangan terbang utama akan memulakan operasi seawal jam 4 pagi. Jadi jika anda lambat bangun, anda mungkin akan mengganggu operasi lapangan terbang.

9. Set loceng atau alarm

Salah satu cara untuk bangun awal dan mengelakkan dari terlajak tidur adalah memasang dan setkan alarm. Jika kita seorang yang susah untuk bangun, pastikan alarm diletak di sebelah telinga dengan bunyi yang maksimum. Lagi bagus jika kita mempunyai banyak alarm.

Baca: 6 Punca ‘Flight Delay’ Sesuka Hati Mereka

tip-tidur-di-lapangan-terbang-1

10. Bekalan makanan secukup rasa

Kebanyakkan restoran dilapangan terbang menamatkan operasi lebih awal. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan yang secukupnya. Maklumlah kadang kala perut juga selalu berbunyi mahu diisi di tengah malam.

Selain itu juga, makanan di lapangan terbang agak mahal berbanding di luar. Jadilah pengguna yang bijak.

1. Cari maklumat berkenaan airport

Pastikan anda membuat sedikit survey atau mencari maklumat berkenaan lapangan terbang yang hendak dilawati. Ini adalah kerana sesetengah lapangan terbang tidak beroperasi 24 jam dan akan tutup pada lewat malam.

Selain itu juga sesetengah lapangan terbang hanya membenarkan penumpang sahaja yang boleh berada di dalam terminal.

Bagi sesetengah lapangan terbang pula tidak begitu mesra pengguna untuk golongan yang suka tidur di airport. Sebagi contoh  jumlah kerusi yang tidak mencukupi, tiada kemudahan tandas yang sesuai untuk mandi dan sebagainya.

Jadi, seharusnya kita menyelidik terdahulu lapangan terbang yang akan kita gunakan.

12. Pastikan ada PLAN B dan be open minded

Plan B amat diperlukan tatkala mana berlaku musibah yang tidak dapat dielakkan. Seperti airport yang terlalu ramai orang yang menyebabkan kurang selesa untuk tidur. Jadi pada ketika ini Plan B boleh digunakan.

Pada ketika ini hendaklah berfikiran terbuka supaya mood untuk berjalan atau mengembara tidak terjejas.

Contoh plan B adalah seperti mencari hotel-hotel atau tempat penginapan yang berdekatan dengan airport.

13. PADLOCK dilupa jangan untuk keselamatan barangan anda

Malang tidak berbau dan langit juga tidak selalunya cerah. Kadang kala kita akan mengalami nasib yang malang seperi kehilangan barangan apabila travel.

Jadi untuk mengelakkan daripada kecurian, padlock hendaklah dibawa bersama. Pastikan juga anda sentiasa bersama dengan barangan anda. Seboleh-bolehnya ikat bagasi dikaki anda.

14. Pastikan membawa beg dan barangan yang paling minimum

Untuk mengelakkan dari mengalami masalah ketika tidur di lapangan terbang seboleh-bolehnya bawa barangan yang diperlukan sahaja atau seminimum mungkin.

Antara masalah yang biasa berlaku jika terlampau banyak barangan antaranya adalah kehilangan barang tertinggal barang dan yang paling utama adalah terlupa dimana barangan yang diperlukan disimpan di dalam beg.

15. Pastikan memakai pakaian yang selesa

Jangan sesekali ambil ringan keadaan di lapangan terbang. Kebanyakkan lapangan terbang mempunyai penghawa dingin yang berfungsi 24 jam dan keadaan akan menjadi sejuk terutama menjelang tengah malam.

Jadi pastikan akan bersedia dengan beberapa helai pakaian yang selesa untuk menikmati pengalaman yang berharga ini.

16. BE SILENT, hormati pengembara yang lain

Jika kita mahu orang menghormati kita, kita terlebih dahulu hendaklah tahu cara menghormati orang lain.

Di lapangan terbang kebanyakkan travel atau pengguna letih kerana perjalanan yang panjang. Jadi seelok nya kita kurangkan nada tone suara apabila bercakap. Lagi elok jika kita kurangkan bercakap dan utamakan aktiviti berehat.

Keadaan yang bising menyebabkan bukan sahaja emosi terganggu malahan juga akan menimbulkan keadaan yang kurang selesa.

17. Asingkan pakaian atau alatan mandi

Pakaian yang akan dipakai keesokkan harinya dan alatan mandi hendaklah di asingkan untuk memudahkan kerja.

Pasti akan timbul masalah jika barangan tersebut masih di dalam beg.

18. SHIFT jika travel bersama members

Salah satu langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan barang adalah mempraktikan sistem shift. Ianya boleh dipraktikkan jika ada 2 atau lebih teman travel bersama.

Sebagai contoh untuk separuh masa pertama kawan yang menjaga beg, dah separuh masa kedua kita yang menjaga beg. Mudah kan?

19. Menggunakan AIRPORT LOUNGE

Jika mempunyai wang yang berlebihan dan menginginkan sedikit keselesaan boleh la mencuba airport lounge. Di kebanyakkan lapangan terbang yang utama dan besar, banyak disediakan lounge.

Bagi sesetengah kad kredit ada disediakan kemudahan kemasukkan percuma untuk masuk ke dalam lounge. Jadi pastikan anda tahu dan gunakan kemudahan tersebut.

20. HAVE FUN!

Apabila anda mempraktikkan semua 19 tip- tip di atas, bergembiralah seperti mana terujanya anda untuk menginap di hotel bertaraf 5 bintang. Kalau tidak percaya cubalah at least sekali. Pasti akan dicuba lagi kemudian nanti.

Diharap, tip-tip ini dapat membantu backpackers sekalian untuk tidur dengan lebih nyaman di lapangan terbang.

Baca lagi: 11 Tip Mendapatkan Harga Murah Untuk Tambang Kapal Terbang