Ramai yang suka menulis di media sosial tapi kadang kala apa yang ditulis boleh sebabkan korang bertekak dengan kawan-kawan di alam maya korang.

Meh abang nak kasi tips sikit kat korang cara bersosial yang boleh menjaga keharmonian di alam maya ni:

1. Tulis post dan komen dengan ejaan yang betul

Menulis dengan ejaan yang betul akan mengelak dari salah faham, silap baca silap fikir, salah sangka dan kesalahan-kesalahan lain.

2. Ulas sesuatu isu selepas siasat dan kaji

Buat kajian dan siasatan terhadap satu-satu isu dengan membaca lebih dari satu sumber. Barulah buat ulasan sebaiknya.

3. Post hal-hal peribadi dengan ada had dan limitasi

Elakkan mengemaskini hal-hal peribadi terlalu kerap. Hadkan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

tip-media-sosial-4

4. Kawal emosi saat membaca berita trending atau viral

Relaks dan cool semasa membaca. Kemudian :
• Siasat dahulu.
• Baca dengan rasional
• Jika sesuai, kongsi. Jika tidak, terus tinggalkan.

5. Kenali rakan-rakan yang rajin kemaskini posting, suka like dan komen

Beri mereka perhatian lebih. Rakan-rakan ini biasanya orang yang sama. Sungguhpun begitu, mereka tidak akan komen berlebih-lebih. Tetapi kita boleh kenal yang mereka ini sangat banyak beri input positif dalam komen. Beri mereka perhatian dengan melihat post-post mereka juga.

6. Raikan pandangan, cadangan dan penambahbaikan dalam satu-satu post

Raikan pandangan dengan klik like, komen terima kasih dan menyatakan kesetujuan.

7. Elakkan bergurau untuk post berkaitan fakta atau maklumat

Elakkan bergurau dengan post yang sedang memberi maklumat atau fakta. Ia tidak lawak okey.

8. Post Bergurau

Elakkan beremosi. Jika post gurauan, elak pula beremosi. Tetapi hati-hati kawan, nak bergurau juga ada batas.

tip-media-sosial-1

9. Hormati privasi dengan soalan-soalan yang tidak diperlukan / tidak ada kaitan dengan post

Kenali pemilik posting. Jika dia sudah berkahwin, elakkan komen mengenai hal-hal sensitiviti perkahwinan. Begitu juga dengan hal-hal yang masih bujang dan sebagainya. Komen yang ada kena mengena dengan post sahaja.

10. Elakkan terlalu over atau kerap memberi komen.

Kau jangan nak komen kat semua post dia. Kau akan jadi manusia yang pelik dan mula rasa ada secret admire. Hui seram.

Baca: 10 Cara Mohon Maaf Fitnah Yang Telah Dibuat Atau Terbuat Di Media Sosial

11. Kurangkan berpolitik

Elakkan post-post politik dengan kerap. Post begini biasanya mengundang perdebatan dan pergaduhan yang tak pernah ada kesudahan.

12. Kongsi perkara-perkara kebaikan

Kongsi / share perkara-perkara baik di post / wall sendiri. Jika nampak di post orang lain, klik share juga.

13. Tegur dengan hemah

Tegur dengan PM, atau dengan komen dengan kata-kata yang baik. Elakkan mengajar-ajar tetapi banyakkan didik-didik.

14. Jika posting yang tidak sesuai dengan diri, elak baca dan skrol terus

Tak perlu baca posting yang tidak sesuai dengan emosi kita. Kita tentukan apa yang kita mahu baca.

15. Bantu mana yang memerlukan

Kita juga boleh menambah pahala dengan membantu mereka yang memerlukan di media sosial.

tip-media-sosial-2

16. Jika ada perselisihan pendapat, elakkan peperangan perli memerli di post masing-masing. Selesaikan

Perli-perli di post masing-masing selepas ada perselisihan pendapat tidak akan menyelesaikan masalah. Malah akan memburukkan lagi. Selesaikan dengan bersua atau PM, atau Inbox atau tulis surat dan hantar guna burung merpati.

17. Jika baik untuk dikongsikan, kongsi

Kenapa macam dah sebut yang ini? Ok bolehlah kita baca sekali lagi. Ulang lagi ya 40 kali.

18. Jika tidak baik untuk dikongsikan, JANGAN kongsi.

Ha macam sama juga dengan yang sebelumnya. Belasah sahajalah.

19. Jaga maruah orang lain

Pastikan post anda tidak menjatuhkan maruah orang lain. Aurat, peribadi dan hal-hal ehwal kehidupan orang lain juga perlu dijaga dengan baik. Kita jaga maruah orang, Tuhan akan jaga maruah kita.

20. Fikir sebelum post

Ini yang terbaik. Fikir dulu sebelum membuat posting. Jangan semberono, relaks dan cool dan ambil masa untuk berfikir sama ada post kita itu positif atau negatif.

Menulis adalah perkara yang baik. Jangan cemarkan dengan perkataan yang jelek. Bersosial adalah perkara baik, jangan hancurkan dengan perbuatan yang buruk.

Baca lagi: Kebenaran Disebalik Gambar Cantik Dalam Media Sosial Terbongkar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram