India sememangnya terkenal dengan pelbagai perkara. Baik dari segi keindahannya mahupun dari segi sisi gelapnya. Sekitar 30 November lalu saya sempat untuk mengembara ke negara India ke beberapa buah bandar melibatkan Kashmid, New Delhi serta Agra. Berikut merupakan 20 tips yang boleh anda anda amalkan sekiranya ke India.

1. Sediakan duit lebih

47689607_10214337027032731_4502473998046593024_n

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Sediakan duit lebih khas untuk tipping atau upah sebab budaya mereka, bagi duit tip itu biasa. Dan ada yang jenis cari makan dengan tipping. Tak kira di New Delhi, Agra, mahupun Kashmir, tidak sah jika tidak bagi tip. Jangan terjebak atau biarkan diri dibantu stranger. Takda makna dia tolong tarik-tarik luggage for free. Kena bayar nanti. Kalau tidak bayar dia kejar.

2. Tukar duit sebelum melancong

Tukar duit siap-siap sebelum bertolak ke India. Di Kashmir, ada kalanya duit RM atau USD laku dalam jual beli. Tapi rugi apabila diconvert. Orang Kashmir / New Delhi yang meniaga mostly pandai dan fasih berbahasa Inggeris.

3. Waktu terbaik melancong

Bulan terbaik untuk ke Kashmir ialah bulan Ogos & September iaitu musim Autumn yang pastinya cuaca tidak terlalu sejuk dan pemandangan cantik. Kalau travel pada musim sejuk adalah tidak digalakkan tidur di Guest House sebab mostly guesthouse di Kashmir tidak ada heater kecuali jika mahu tidur hotel 4-5 bintang. Digalakkan tidur di Houseboat. At least ada pemanas even tak cukup panas pun (traditional way — guna kayu api).

4. Makanan halal

Makanan halal senang dicari. Kebanyakkan orang India adalah vegetarian. Cuma tahap kebersihan makanan itu harus dijaga dengan makan di restoran-restoran dan bukan makan street food. Jangan mencuba-cuba nanti sakit perut susah. Jika di Kashmir lagi senang cari makanan halal sebab di Kashmir 95% Muslim, 3% Hindu, 1% Christian, 1% Sikh. Jangan lupa jugak bawa ubat cirit atau demam untuk langkah berjaga-jaga sekiranya terkena keracunan makanan.

5. Kebersihan

Dari segi kebersihan kawasan, Kashmir mendahului. Orang Kashmir lebih menjaga kebersihan berbanding orang New Delhi & Agra. Rumah-rumah di Kashmir macam di Switzerland, kalau di New Delhi biasa sahaja. Jadi bagi saya, Kashmir dan New Delhi tu seolah-olah dua kawasan yang sangat berbeza.

6. Tempat wajib kunjungi

Antara Pahalgam (Mini Switzerland, Kashmir Valley), Gulmarg, Sonamarg, tempat paling cantik adalah Sonamarg. Jangan lupa singgah! Naik kuda dicelah-celah salji. Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan & Mission Impossible. Jika mahu naik kuda pun jangan terima dulu harga dia bagi, mintak tawar. Dia offer Rs1500, minta sampai Rs800. 2 kali kami tunggang kuda iaitu di Pahalgham & Sonamarg.

48079682_10214336960991080_1421512683236098048_n

7. Memohon Visa

Visa India ETA boleh dipohon untuk 3 bulan dan ada yang setahun. Harga Visa untuk setahun dalam RM400++. Tapi kami memohon untuk 3 bulan dalam RM340 sahaja. Apply disini.

Tidak susah untuk apply. Asalkan details yang diisi tu tepat. Dalam masa 2-3 hari settle.

8. Download apps OLACABS

OlaCabs ala-ala Grab kat sana. Jauh lebih murah dari teksi! Jangan suka-suka naik tuktuk, kena caj perhead baru tahu. Daftar guna nombor Malaysia pun bole. Tapi dia nak call tidak dapat la incase tak jumpa kita. Di New Delhi kami guna OlaCabs, di Agra kami charter van. Kenderaan di Kashmir pulak boathouse sediakan sekali. Kiranya bayar untuk boathouse dan driver.

Di Kashmir pun boleh naik public transport untuk ke tempat-tempat lawatan seperti bas macam dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan. Cuma kena study route perjalanan bas-bas tersebut. Setiap tempat tu jaraknya dari 1 jam hingga 3 jam dari Srinagar. Memandangkan musim sejuk maka kami memilih menaiki Toyota Innova yang disediakan pihak boathouse. Selesa dan affordable!

47684556_10214337029112783_3425134065194369024_n

9. Pemilihan Simcard

Simcard yang okay di sana ialah simcard AIRTEL & Vodafone. Beli di airport New Delhi dengan harga Rs999. Sebab airport New Delhi tiada wifi percuma. Nak wifi percuma kena login menggunakan password yang dihantar kepada sim local. Boleh jugak beli kat luar, market di bandar, lagi murah.

Akan tetapi disebabkan nak guna on the spot internet jadi kami beli di airport. Kat Kashmir tidak boleh menggunkana sim dari New Delhi ini sebab Kashmir region special sikit. Nak beli simcard kat sana susah sebab kena ada alamat tetap (local sana inform). So time kat sana saya pinjam simcard kawan (local Kashmiri) kemudian tambah nilai, share hotspot ramai-ramai.

10. Waktu lawatan

Taj Mahal dan kawasan sekitar tutup hari Jumaat untuk lawatan bagi memberi laluan untuk solat. Dan elak pergi waktu weekend sebab ramai sangat manusia. Jangan terpedaya dengar orang yang offer jadi tourguide kat tempat lawatan (contoh di Taj Mahal), nanti kena tips banyak, kecuali tourguide under government. FOC. Tapi dia dah tolong bagi information macam-macam itu bagi sahaja tips sikit.

11. Tidak perlu ambil khidmat tourguide

48362183_10214337028832776_2941415014159876096_n

Di Gulmarg tidak perlu tourguide (ni kat area Gondola). Kami terspend Rs700 (around RM37) untuk tourguide padahal tidak perlu pun! Boleh sahaja survive sendiri. Tidak perlu juga sewa boot & jacket for Rs200.

Pakai sahaja baju sendiri, boot sendiri, Jangan bazir duit kat Gulmarg. Kat sana memang orang-orangnya suka paksa-paksa pakai, nak bagi takut konon-konon atas sana sejuk. Tidak dinafikan memang sejuk tapi baju sendiri dah memadai!

12. Shopping barangan kulit

Shopping barangan kulit (jaket kulit) paling murah di mana? Di Kashmir, bukan di boathouse, bukan di atas shikara, tapi di Ground Market. Jaket kulit asli cuma Rs2500 di Kashmir tapi di Agra Rs12000, keychain, sari, barang-barang souvenir semua beli di Ground Market!

48365464_10214337026832726_1851992590979694592_n

13. Penerbangan ke India

AirIndia merupakan antara flight domestic yang boleh digunakan di India untuk ke Kashmir dari New Delhi. Ada free 25kg luggage per person, siap makan atas flight. Space seat antara seat kita and seat depan sama luas dengan seat hotseat Airasia yg duduk depan sekali. Selain itu ada Vistana Air dan Jet Air (info dari traveller yang menggunakan airlines lain). Oh ya, nama lapangan terbang untuk ke Kashmir ialah Srinagar Airport

14. Makanan wajib dicuba

Jika ke India, makanan yang wajib dicuba adalah Chicken Biryani dan Meggi Massala. Walaubagaimanapun dinasihatkan untuk anda sedikit memilih sebelum membeli untuk mengelakkan daripada masalah melibatkan faktor kesihatan. Buah-buahan kat sana memang terbaik. Berkilau-kilau dan sedap. Cuma di Agra & New Delhi makanan halal mahal sikit berbanding Kashmir since Kashmir ramai muslim.

15. Aktifkan kad ATM untuk transaksi international

Jangan khuatir atau bimbang if tidak cukup duit kat sana, macam biasa boleh keluarkan duit dari ATM asalkan kad atm tu aktif untuk transaksi international. Boleh la shopping sampai lebam even tidak cukup bawa cash!

16. Kereta api pilihan lain pengangkutan

Dari New Delhi-Agra-New Delhi, boleh naik kereta api. Tapi satu-satunya kereta api yang terbaik dan tepat waktunya umpama kereta api kat Jepun ialah Gaatiman Express yang ada setiap hari jam 8.10pagi (New Delhi-Agra) dan jam 5.50pm (Agra-New Delhi).

Naik sahaja first class, duduk dalam aircond dan dapat makanan sampai kenyang. 1 jam 50 minit sahaja sudah sampai memandangkan kereta api itu paling laju. Kalau naik bas/kereta, 3-4 jam! Kalau salah naik kereta api, boleh sampai ke destinasi dalam 6 jam, sebab terlalu banyak berhenti even jarak sama sahaja.Maka anda perlu berhati-hati.

17. Tawar menawar dalam jual beli

Saree dan punjab dalam gambar bukan disewa tapi dibeli kat India. Pure indian silk. Banyak sahaja jual tepi jalan. Bargain elok-elok. Jangan mudah terpadaya dengan harga murah. Kalau dia sebut confirm harga mungkin boleh tawar almost half.

48374252_10214336962031106_1881355422661607424_n

18. Pemilihan hotel

Pilih hotel yang tandasnya molek, since kebersihan harus dijaga. Kalau yang cikai-cikai boleh tapi kena sabar la sikit. Dah la location dalam apps and location sebenar macam tidak betul sikit.

Hotel di alamat sekian-sekian, tapi exact location di tempat lain. Hotel boleh book guna booking.com. Jangan risau sebab mostly bayaran dibuat waktu kita sampai hotel, so hotel kat India kebanyakannya takda yang charge credit card waktu kita book online. Free cancellation cost if nak cancel last minute. Macam tahu-tahu sahaja susah nak cari hotel.

19. Pastikan masa mencukupi

Kalau nak jalan di New Delhi waktu transit, sila pastikan masa yang mencukupi sebab jalan di New Delhi sangat sesak dan sangat tidak digalakkan nak sewa kereta untuk drive sendiri di India. U-turn tengah highway, driving melawan arus itu biasa bagi mereka. Jangan terkejut dan confirm anda menjerit-jerit dalam kereta waktu menyaksikan local kat sana drive.

20. Sediakan duit secukupnya

48357802_10214337117955004_2062352508520497152_n

Sediakan duit yang mencukupi time bayar apa-apa. Kadang-kadang kalau tiada duit baki, mereka akan ambil sahaja semua duit itu. Nak bayar kurang tidak boleh, so kira redho sahaja duit lebih itu since tiada duit kecil.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Saidatul Syuhada Sulaiman. Beliau merupakan seorang guru dan juga seorang yang gemar mengembara. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka