Selamat menjalani Latihan Industri. Sebagai penyelaras jabatan, saya akan berkongsi sedikit tip (versi baik):

1. Be punctual. Jangan berani untuk masuk kerja lewat tanpa sebab. Latih diri dari sekarang sebelum terlambat apabila masuk alam kerjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Pakai pakaian bersesuaian. Penampilan luaran paling mudah untuk dinilai. Kalau disediakan uniform, sarung saja tanpa perlu membebel dalam hati tidak suka pada warna tersebut atau alasan tidak biasa memakai uniform.

3. Siapkan tugasan ikut ketetapan. Biasalah kalau terasa macam dibuli sedikit. Layankan sahaja. Tidak perlu merungut “Asyik kena suruh fotostat sahaja.”

4. Saya selalu galakkan pelajar memilih tempat yang sesuai dengan bidang supaya tidak terpinga-pinga tidak tahu arah. Saya utamakan tempat yang beri elaun munasabah dan ada potensi diserap bekerja.

5. Siapkanlah buku log sebaik-baiknya. Catatan harian anda amat penting. Sekurang-kurangnya anda boleh buat sebagai refleksi harian untuk performance yang lebih baik esok hari.

6. Pastikan kamu faham apa tugas kamu sepanjang internship. Biasanya pegawai penyelia akan memberikan penerangan tugas dan jadual. Bersedia juga dengan kerja ad-hoc.

7. Jangan mengular walau anda nampak staf-staf di sana mengular. Kalau ada yang ajak mengular, janganlah ikut ya.

8. Semasa lawatan penilaian pensyarah, pastikan anda memang dah mahir dengan tugas anda. Jangan sampai ‘gabra’ tak dapat jawab soalan. Bentangkanlah sebaiknya, jangan malukan jabatan dan syarikat.

9. Selepas penilaian, jangan buat perangai. Mentang-mentang sudah dinilai. Pegawai penyelia boleh saja memohon pihak jabatan mengubah semula markah jika prestasi anda merudum serta merta selepas penilaian dibuat.

10. Jangan hanya fokus tugas yang diberikan sahaja, saya lebih suka pelajar melihat dan belajar pengurusan syarikat secara lebih menyeluruh. Jangan curi maklumat rahsia sudahlah.

Internship

11. Jangan beralasan. “Saya tidak tahu”, “Saya tidak mahir”. “Saya tidak belajar ini di universiti”. Bersedialah belajar perkara baharu. Inilah peluang untuk mencuba kemahiran baru.

12. Boleh jadi tempat latihan industri anda terlalu padu sampai anda tidak menang tangan sampai menangis malam-malam. Boleh jadi terlalu sendu sampai anda goyang kaki dan ambil kesempatan. Sesuaikan diri segera. Ambil inisiatif untuk jadi lebih produktif.

13. Bina hubungan baik dengan pegawai penyelia dan staf di sana. Jangan berat mulut. Jangan pula membawang pasal penyelia anda. Pasti sampai ke telinga dia. Ingat, penyelia anda memegang markah yang agar besar.

14. Siapkan laporan latihan dan selalu update progress dengan coordinator anda. Jika anda mengalami apa-apa gangguan tidak wajar, sila laporkan juga.

15. Jaga nama baik universiti. Senior anda telah membina reputasi yang baik. Muka kena ceria. Semangat kena tinggi. Penat? Masa ini anda akan hargai penatnya belajar lebih bahagia dari penatnya bekerja.

16. Employer dan lecturer mahu melihat peningkatan hard-skills dan soft-skills anda. Jangan sia-siakan tempoh ini. Kalau tiada peningkatan, buat habis duit minyak motor sahaja ulang-alik.

17. Dalam diam, penyelia anda memerhatikan leadership anda, teamwork dan ability anda to menyelesaikan masalah. Ada banyak ‘CCTV’ memerhati.

18. Selalu jadi isu apabila student tidak faham arahan penyelia. Jika tidak faham bertanyalah. Berbincanglah. Berikan kerjasama. Semasa menjalankan arahan, penyelia anda akan perhatikan sama ada anda seorang yang independent & self-reliant.

19. Tunjukkan minat dengan tugasan. Macam mana? Dapatkan pengetahuan. Baca info lanjutan. Cari maklumat tambahan dari sumber lain. Tunjukkan sikap kebertanggungjawaban.

20. Phone detox. Nanti kerja tak jalan sebab main phone. Bijak-bijaklah menggunakan telefon bimbit ketika menjalani latihan industri. Jangan sampai ada yang report.

Sekian, sekadar catatan peribadi untuk panduan yang sedang dan bakal menjalani latihan industri.