Walaupun pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menyediakan 20 tong sampah di sekitar Jambatan Angkat, namun program gotong royong yang diadakan hari ini masih lagi mengumpul 750 kilogram sampah di kawasan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, ratusan kilogram sampah itu berjaya dikutip dalam masa dua jam program gotong-royong merdeka yang dianjurkan Persatuan Belia Hainan Terengganu (PBHT), hari ini.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
angakt

Jambatan Angkat Terengganu. Foto: Berita Harian

“Selepas dua jam program yang bermula 8 pagi itu diadakan, amat mengejutkan kami termasuk anak ahli yang berusia antara tujuh dan 12 tahun menemui putung rokok dan pembalut coklat ditinggalkan di celah rumput di kawasan yang menjadi tumpuan utama pengunjung untuk merakamkan gambar keindahan menara ikonik berkenaan,” jelas Pengerusi PBHT, Heny Eyong.

Jambatan Angkat yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir itu sebelum ini mula mencuri perhatian orang ramai dan pengunjung sejak ia mula dibuka pada tahun lalu.

Reka bentuknya yang unik dan pemandangan indah yang ditawarkan di sekitar jambatan itu menjadikannya sebagai lokasi menarik untuk orang ramai dari dalam dan luar negeri mengambil kesempatan untuk bergambar dan melihat binaan tersebut dengan lebih dekat.

Mengulas mengenai jumlah kutipan sampah yang berjaya dibuat di sekitar kawasan itu, pengerusi PBHT menjelaskan kesedaran sivik pengunnjung kawasan itu masih kurang dengan ada antara mereka yang didakwa sengaja mengotorkan kawasan tersebut.

Perkara itu menurut beliau dapat dilihat dengan jelas apabila pihaknya berjaya menemui pelbagai sampah sarap yang ditinggalkan seperti bekas makanan dan minuman serta putung rokok.

“Masyarakat setempat dan pelancong tempatan perlu mengamalkan kesedaran sivik untuk bersama membantu kerajaan menjaga kawasan tarikan utama pelancong.

“Terutamanya di sekitar kawasan Jambatan Angkat yang menjadi tumpuan utama pada setiap petang dan malam termasuk pada hari cuti kelepasan am,” tambahnya.

Baca juga perkongsian kami mengenai lelaki ini yang berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam masa beberapa jam di Putrajaya sebelum ini di pautan di bawah. 

Lelaki Jepun Ini Dedahkan 4,500 Puntung Rokok Berjaya Dikutip Di Putrajaya Dalam Masa Dua Jam

Sambutan Tahun Baharu Dicemari Sampah Bukti Rakyat Malaysia Masih Belum Bersedia Untuk 2020

Sikap Malas Membuang Sampah Telah Wujud 3,500 Tahun Dahulu Dan Ini Adalah Buktinya

Anda Mungkin Suka