Sudah menjadi kebiasaan kucing menjadi haiwan peliharaan ramai. Telatahnya yang comel baik di rumah atau di mana sahaja sekaligus membuatkan orang ramai seakan tidak pernah jemu dengannya.

Malah, bermain dengan kucing atau sering dilabel sebagai ‘Si Comel’ turut menjadi penawar dikala stres. Bulunya yang gebu serta reaksi yang mencuit hati antara sebab utama orang ramai memeliharanya.

Dalam pada anda memastikan pemakanan Si Comel, tidak ada salahnya sekiranya anda hadiahkan Si Comel dengan sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk menjamahnya. Makanan yang kami maksudkan tidak lain dan tidak bukan lagi SmartHeart REFINE.

Ada apa dengan SmartHeart REFINE?

89933405_152985832914540_7074282831295283200_n

SmartHeart REFINE merupakan makanan kucing berkelas premium yang dihasilkan menggunakan isi putih ikan tuna yang terpilih.

Dalam erti kata lain, hanya bahagian isi putih daripada ikan tuna segar dipilih dalam memastikan Si Comel anda menerima nutrisi yang mencukupi dan diperlukan. Menarik bukan?

Nak tahu apa yang lebih menarik mengenai SmartHeart REFINE berbanding makanan kucing lain di pasaran? SmartHeart REFINE merupakan produk makanan kucing berkualiti tinggi sebaris dengan makanan human grade food namun dikhaskan buat kucing.

Rasanya yang enak ditambah pula dengan baunya yang yang menyelerakan pastinya membuatkan kucing-kucing anda berebut untuk menikmatinya.

Ditawarkan dengan 4 citarasa mewah ‘Fine Dining’

SH Refine All SKU

Meskipun kesemua SmartHeart REFINE dihasilkan menggunakan isi putih ikan tuna segar, SmartHeart REFINE turut menawarkan 4 variasi buat Si Comel anda iaitu Selected Tuna with Bonito in Jelly, Selected Tuna with Crab Sticks in Jelly, Selected Tuna with Chicken Flakes in Jelly dan Selected Tuna in Jelly.

Walaupun berbeza daripada segi rasa, kesemua empat variasi ini tetap menawarkan khasiat yang sama buat Si Comel anda. Dalam erti kata lain, bolehlah anda beli keempat-empat variasi ini untuk mengetahui perisa manakah yang paling menyelerakan buat Si Comel anda.

SmartHeart REFINE mahu beri Si Comel anda 2,000 sampel makanan percuma!

Selected phot

Mengetahui mengenai produk serta nutrisi yang ditawarkan pastinya anda sangat teruja untuk mendapatkannya untuk kebaikan Si Comel anda bukan?

Berita baik buat anda kerana kini SmartHeart mahu beri peluang buat Si Comel anda menjamah SmartHeart REFINE secara percuma. Lebih menarik, peluang anda untuk mendapatkannya juga sangat besar kerana SmartHeart mahu beri sebanyak 2,000 SmartHeart REFINE buat pencinta kucing.

Ikuti 3 langkah mudah ini dan SmartHeart REFINE menjadi milik anda

SH Refine Sampling 600 x 442

Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

a)Layari ke laman www.smartheart.my
b) Login / Daftar sebagai ahli
c) Hantarkan maklumat anda dan REDEEM!

Pendaftaran boleh dilakukan bermula 10 April sehingga 31 Mei 2020 (*sementara stok masih ada). Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sampling SmartHeart REFINE, anda boleh klik di sini.

Mudah bukan? Hanya dengan tiga langkah mudah sahaja SmartHeart REFINE sedia menjadi milik Si Comel. Pasti Si Comel lebih berselera untuk menjamahnya nanti.

Apa tunggu lagi? Dengan penawaran sehingga 2,000 SmarHeart REFINE, pastinya peluang untuk anda memilikinya sangat tinggi. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SmartHeart REFINE, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tahukah anda terdapat sebuah hotel di Jepun yang menawarkan kelainan dengan menyediakan ‘view’ kucing comel buat pelanggannya. Peminat kucing pasti suka. Selain itu, di Pahang pula, Pulau Kucing turut menjadi tarikan berikutan lambakan kucing yang berada di Pulau ini.

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya

Pulau Kucing Di Pahang Ini Jadi Tarikan Terbaru Buat Peminat Kucing Di Malaysia