Seramai 20,000 peserta mengambil bahagian dalam The Music Run dianjurkan oleh CIMB di Teknologi Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil. CIMB merupakan Rakan Penyampai buat kali kedua, The Music Run bagi menerusi misi mereka untuk memperjuangkan inovasi, kesan positif kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat.

Acara tahun ini dianjurkan dengan kerjasama YTL-S Carbon yang berjaya mengimbangi pelepasan CO2 melalui pemantauan rapi dan pengesanan pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada inisiatif kelestarian di darat, menjadikan acara neutral karbon terbesar di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut falsafah Live The Beat, The Music Run menggalakkan para peserta untuk menjalani kehidupan yang baik dan gaya hidup yang lebih aktif untuk kesejahteraan fizikal dan mental, selain memainkan peranan kolektif bagi masa depan yang sempurna.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato’ Abdul Rahman Ahmad berkata CIMB berbesar hati membawa kembali The Music Run iaitu sebuah acara unik menghubungkan minat yang sama dalam musik dan larian. Dalam pada itu, dia berharap peserta dapat menikmati dan mencipta kenangan yang menyeronokkan dalam acara itu dengan dapat memberi manfaat pada genersi akan datang.

Bahkan, Pengarah Acara Fresh Events Asia turut menyatakan rata-rata peserta tidak sabar untuk kembali selepas berehat selama tiga tahun. Menurutnya, penjualan tiket memecahkan rekod yang sebanyak 6,000 tiket laris dijual dalam masa 24 jam pertama.

Manakala, Pengurus Besar Fresh Events Asia, Jeffrey Ross menambah, mereka teruja melihat ramai anak muda Malaysia menyertai acara yang sihat ini. Music Run ini juga dikenali sebagai Asia’s Fittest Party dan pastinya kesemua yang menyertai mempunyai semangat yang membara.

Acara larian ini berunsur musik terkenal dengan “Trek Bunyi” iaitu lebih 100 pembesar suara diletakkan sepanjang trek larian sejauh 5KM yang dilintasi oleh 20,000 peserta melintasi garisan penamat. Larian itu berakhir dengan festival Live The Beat, parti yang unik untuk kesemua peserta menikmati pengalaman yang menyeronokkan, bertenaga dan sihat.

Pentas seluas 2,100 kaki panjang turut mengalu-alukan penghibur antarabangsa iaitu Sam Withers dan Jesse Lawrence dari Australia, serta artis tempatan yang sedang meningkat naik, Saint Kylo, Airliftz dan Aida Azrin.

Walau bagaimanapun, juara wanita Larian Bermasa, Penny Loh berkata ini adalah kali pertama menyertai The Music Run dan salah satu pencapaian baginya untuk mendapat tempat pertama sebagai seorang yang gemar kepada larian.

Tambahnya lagi, Music Run adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan aktiviti yang unik baginya dengan aluan musik yang hebat. Dia juga mengucapkan tahniah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam The Music Run pada tahun ini.

Bagi mengurangkan pembaziran makanan dan memberikan bantuan pada mereka yang memerlukan, peserta juga berpeluang mengumpul dana melalu platform, Simply Giving bagi memanfaatkan rmpat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup, Kitchen, Kembara Kitchen dan The Lost Food Project.

Bukan itu sahaja, Yayasan CIMB turut menyumbang RM20,000 kepada empat NGO terbabit bagi menyokong usaha mereka. GroundControl juga mengagihkan semula dan mengompos semua sisa makanan daripada acara tersebut.

Program ini yang dimulakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2014 oleh Fresh Events Asia, misi The Music Run adalah untuk memberi inpsirasi kepada orang ramai bagi menghayati rentak dan menjalani gaya hidup sihat dan aktif. Sehingga kini, ia telah dialami oleh lebih 250,000 pelari merentasi 35 acara di 13 negara.