Dalam usaha pihak kerajaan serta orang ramai berusaha keras mencipta serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, jumlah graduan di Malaysia yang masih belum mempunyai pekerjaan nampaknya masih tinggi.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebanyak 200,000 graduan di Malaysia sama ada penerima ijazah tempatan mahupun luar masih belum pekerjaan ketika ini. Jumlah ini dilihat sebagai angka yang sangat merisaukan melihatkan peratusan kadar pengangguran adalah sebanyak 11% atau mungkin lebih.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Pekerjaan melibatkan kejuteraan antara yang turut terlibat dalam kadar pengangguran. Sumber: Pexels

Selain itu, pihak kerajaan juga berusaha untuk mendapatkan lebih banyak data jumlah graduan yang turut terlibat dalam pekerjaan sektor tidak formal seperti di pasar malam atau melibatkan diri dalam sektor e-hailing. Penerimaan data ini dibuat bagi membolehkan pelan kerajaan dijayakan seperti dirancang.

Menerusi program dibawah Budget 2020, graduan yang berjaya mendapatkan pekerjaan selepas lebih setahun bakal menerima insentif sebanyak RM500 sebulan. Hal ini secara tidak langsung bakal memberi motivasi buat para graduan yang sebelum ini gagal mendapatkan pekerjaan untuk berusaha lebih keras lagi.

Lebih merisaukan, difahamkan sebanyak 75 juta pekerjaan bakal hilang menjelang 2022. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

75 Juta Pekerjaan Bakal Hilang Menjelang 2022

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Pensyarah Label Pekerjaan ‘Runner’ Tidak Bermaruah Undang Kemarahan Netizen

Anda Mungkin Suka