Sedangkan Ford Mustang pun sudah boleh didapati di Malaysia, kereta awesome ini besar kemungkinan boleh dibawa masuk ke Malaysia jika ada yang berminat.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Pada tahun 1966, Ford telah mengeluarkan model GT40 Mark II yang memenangi tempat pertama di perlumbaan Le Mans. Lebih menarik lagi, bukan setakat kereta ini merangkul kejuaraan pada tahun itu tetapi model GT40 Mark II ini turut meraih tempat kedua dan ketiga. Ford ‘sapu habis’ podium pada tahun itu mengalahkan Ferrari yang merupakan favourite untuk memenangi perlumbaan itu.

Model asal  Ford GT40 Mark II di 24 Hours of LeMans, LeMans, France, 1966.

Model asal Ford GT40 Mark II di 24 Hours of LeMans, LeMans, France, 1966.

Bagi menyambut ulang tahun ke-50 model ini, Ford menghasilkan edisi khas model Fort GT ’66 Heritage Edition yang sangat garang dan seksi. Mengambil skema warna dan details kereta yang dipandu Bruce Mclaren dan Chris Amon pada perlumbaan Le Mans 1966, kereta edisi khas ini didatangkan dengan warna pilihan hitam gloss atau matte dan racing stripes ‘Frozen White’ di bahagian tengah kereta ini.

Kereta ini akan berada di pasaran tahun hadapan. Kalau anda berminat, bolehlah mula menabung dari sekarang.

le mans 3

le mans 4

le mans 5

le mans 6

  • SUMBER
  • HB

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group