Tahun 2020 sudah hampir melabuhkan tirainya, pasti ramai antara kita yang tidak sabar ingin menemui tahun baru. Bak kata orang putih, ‘new year, new me!‘.

Meskipun tahun ini merupakan tahun yang memeritkan buat orang ramai berikutan kehadiran pandemik, tahun ini juga turut menyaksikan industri K-drama dihujani dengan pelbagai drama yang menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan dari Netflix, terdapat sebanyak 150 peratus peningkatan dalam purata tontonan drama Korea bagi seluruh Asia yang berjaya direkodkan untuk tahun ini.

Melihat kepada kualiti dan kejayaan yang berjaya diraih oleh drama Korea yang telah ditayangkan, pastinya anda tidak sabar untuk menonton karya-karya unik dari negara tersebut bagi tahun hadapan. Tidak mahu membuat anda tertunggu-tunggu, kami kongsikan senarai 10 drama Korea yang bakal menemui anda pada tahun hadapan.

1. Snowdrop

unnamed
SUMBER: KOREABOO

Kepada para peminat BlackPink, drama ini mungkin merupakan drama yang paling dinantikan kerana Jisoo, ahli kepada kumpulan ternama tersebut bakal membuat kemunculan pertamanya sebagai pelakon drama.

Drama Snowdrop ini merupakan drama di bawah arahan Jo Hyun-tak, iaitu pengarah yang popular dengan drama Sky Castle. Mengisahkan tentang kisah cinta diantara Im Soo-ho yang dilakonkan oleh Jung Hae-in dan Eun Young-cho yang dilakonkan oleh Jisoo, drama dikhabarkan bakal ditayangkan pada Mei tahun hadapan.

2. Money Heist

netflix-korean-adaptation-money-heist-cast
SUMBER: WHAT’S ON NETFLIX

Drama adaptasi dari drama popular Sepanyol ini memang sangat dinantikan sejak dari berita tentang pembikinan semula drama ini dikeluarkan. Khabarnya, Jeon Jong-seo yang popular menerusi watak antagonis dalam filem Netflix The Call bakal memegang watak sebagai Tokyo dalam siri ini.

Apapun, masih belum ada berita lanjut tentang siri ini. Akan tetapi, drama ini difahamkan bakal tamat pengambaran pada akhir tahun akan datang. Sama-samalah kita nantikan perkembangan terbaharu buat drama ini!

3. Hospital Playlist 2

32ad4463451a4284abb2466bec7f3a93
SUMBER: SOOMPI

Sekuel buat drama popular Hospital Playlist yang telah ditayangkan pada tahun ini bakal menemui anda pada tahun hadapan! Mengisahkan tentang kehidupan seharian para doktor, drama ini telah mendapat sambutan hangat dari peminat.

Berdasarkan laporan dari What’s On Netflix, sekuel buat drama ini bakal ditayangkan pada April tahun hadapan.

4. All of Us Are Dead

All-Of-Us-Are-Dead-Season-1
SUMBER: WEBBIES WORLD

Drama ini merupakan siri adaptasi dari sebuah webtoon yang berjudul Now At Our School. Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang terperap di sekolah mereka kerana ada zombi yang menyerang.

Jika anda meminati filem seperti Train To Busan, atau drama siri Kingdom yang berpaksikan genre yang sama, anda pasti akan menyukai drama ini! Khabarnya, drama ini bakal ditayangkan pada bulan Jun tahun hadapan.

5. Mouse

Lee-Seung-Gi-Lee-Hee-Joon-Park-Ju-Hyun-Kyung-Soo-Jin
SUMBER: FORUM SOOMPI

Kalau anda meminati drama aksi yang menunjukkan tentang kehidupan polis, drama ini memang sesuai untuk anda! Dibintangi pelakon dan penyanyi Lee Seung-gi, drama ini mengisahkan tentang seorang polis yang baru mula bertugas yang ingin menyelesaikan kes berkaitan pembunuh bersiri. Drama ini difahamkan bakal menemui anda pada bulan Febuari 2021!

6. Dear.M

akurat_20201013104629_Z25w75
SUMBER: AKURAT.CO

Satu lagi drama yang pasti dinanti-nantikan oleh peminat K-Pop, khususnya peminat kumpulan NCT! Berkisarkan tentang kehidupan empat pelajar yang menyiasat tentang individu yang dikenali sebagai ‘M’, drama ini merupakan drama yang menjadi pintu bagi Jae-hyun NCT ke bidang lakonan.

Difahamkan, drama ini bakal ditayangkan pada bulan Febuari 2021 sama seperti drama Mouse!

7. Cliffhanger (Mount Jiri)

unnamed (2)
SUMBER: ASIAN WIKI

Minat dengan drama Sweet Home dan Goblin? Drama ini merupakan arahan Lee Eung-bok, iaitu pengarah yang sama yang mengarah drama-drama popular seperti Mr. Sunshine dan Goblin. Selain itu, drama ini turut ditulis oleh penulis drama KIngdom, Kim Eun Hee.

Berpaksikan genre triller, drama ini mengisahkan tentang renjer yang menyelamatkan mangsa di Gunung Jiri. Dibintangi pelakon handal, Jun Ji-hyun, drama ini bakal menemui anda ada awal pertengahaan tahun 2021.

8. Joseon Exorcist

Joseon_Exorcist-a00SM1
SUMBER: ASIAN WIKI

Drama seterusnya ini memang sesuai buat anda yang meminati genre seram. Berlatarkan era Joseon, drama ini mengisahkan tentang seorang raja dan dua puteranya yang bersama-sama menentang roh jahat yang berdendam kerana telah dibunuh oleh ahli kerabat pada masa lampau.

Drama ini dikhabarkan bakal ditayang pada bulan Mac 2021. Nnatikan perkembangan terbaharu buat drama ini untuk masa akan datang!

9. Youth

1603214321-image
SUMBER; ALLKPOP

Drama ini pernah terpalit kontroversi kerana ddifahamkan drama ini diinspirasikan dari kumpulan BTS. Berkisarkan tentang kisah kehidupan 7 individu yang sedang meningkat dewasa dan punyai kisah-kisah sendiri.

Drama ini difahamkan bakal mula pengambaran pada Januari 2021 dan diharapkan bakal menemui penonton pada pertengahan akhir tahun 2021.

10. River Where The Moon Rises

unnamed (4)
SUMBER: THEQOO

Drama ini merupakan adaptasi dari cerita rakyat dari zaman Goguryeo. Mengisahkan tentang percintaan diantara Puteri Pyeonggang dan On Dal.

Dibintangi raja second lead syndrome, Ji-soo, drama ini bakal menemui penonton pada bulan Mac tahun hadapan. Sama-sama kita saksikan raja second lead syndrome ini beraksi sebagai watak utama!

Pastinya, bukan ini sahaja drama yang bakal menjumpai anda tahun hadapan. Apapun, melihat kepada variasi genre dan jalan cerita buat drama-drama ini, mungkin peminat drama Korea bakal dilimpahi dengan pilihan drama menarik sekali lagi.

Ingin tahu drama korea yang mana paling popular di Netflix? Klik pada pautan di bawah!

7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini

 

Sumber