Kebakaran dan letupan yang berlaku di Tianjin pada Rabu lepas, bukanlah kebakaran yang biasa. Letupan ini sangat kuat sehingga ianya memberi kesan seismik di China.

TONTON: 8 Video Ini Menunjukkan Betapa Serius Peristiwa Letupan Di Tianjin, China

tianjin02
Imej satelit sebelum letupan. / Google
tianjin01
Imej satelit selepas letupan. / Google

Ikuti pautan video ini dan 8 video ini untuk melihat letupan yang berlaku. Ianya bukan sahaja menjadikan malam yang gelap menjadi terang, tetapi ia juga menggegarkan bangunan sejauh 4 km jauhnya dari tempat letupan. US Geological Survey menyatakan alat pengesan gempa bumi mereka di Beijing mencatatkan gegaran pada skala 2 hingga 3 magnitud.

tianjin21

tianjin20

Setakat ini jumlah kematian telah mencapai angka 50 orang, dengan 12 daripadanya adalah anggota bomba. 700 orang yang tercedera sedang dirawat di hospital, dengan 71 daripadanya parah.

tianjin19

tianjin18

Letupan yang kuat ini melepaskan bebola api ke udara, dan menyebabkan kecederaan terhadap penduduk yang bertempiaran lari keluar daripada rumah mereka. Di sana sini kelihatan bangunan-bangunan tinggi dengan tingkap-tingkap yang pecah, wajah sedih warga Tianjin, dan kereta-kereta yang hanya tinggal rangka.

tianjin17

tianjin16

Eksekutif syarikat Tianjin Dongjiang Port Rui Hai International Logistics, iaitu syarikat tempat kebakaran ini bermula, telah ditahan untuk disoal siasat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat logistik yang membawa bahan-bahan berbahaya, termasuk bahan kimia. Setakat ini, punca letupan masih belum diketahui.

tianjin15

tianjin14

Ada yang mengatakan letupan yang berlaku ibarat letupan bom nuklear Hiroshima. Setelah pagi Khamis tiba, kemusnahan yang dihasilkan oleh dua letupan di kawasan pelabuhan ini menjadi nyata.

tianjin13

tianjin12

tianjin11

tianjin10

tianjin09

tianjin08

tianjin07

tianjin06

tianjin05

tianjin04

tianjin03

BACA Lagi: 8 Video Ini Menunjukkan Betapa Serius Peristiwa Letupan Di Tianjin, China

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram