Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Di bumi dua benua ini iaitu Istanbul banyak menyimpan sejarah-sejarah peradaban dunia yang penting. Trip kami ke Istanbul pada mulanya adalah untuk melihat sendiri kehebatan bumi Istanbul ini namun lain pulak yang jadi.Trip kami telah bertukar kepada trip jalan-jalan cari makan.

Disini kami nak share apa yang kami makan sepanjang trip kami. Tak nak share kebap, adana kebap(best kebap), iskander kebap dan segala kebap sebab nanti orang kata cliché pulak kan.

  1. Sarapan pagi di  Restoran Van Kahvalti Evi.

Menyediakan sarapan pagi Turki (Turkish Breakfast) yang kaya dengan keju dan manisan. Roti (ekmek) diberi percuma dan boleh tambah selagi mampu. Kami order set untuk dua orang tapi makan empat orang tapi masih lagi berlebihan. Teh turki sorang satu boleh tambah sampai kembung perut. Jumlah kos TL50.

2. Yumurta dan Menemen

Yumurta adalah telur tapi kalau order boleh pilih nak dimasak dengan sosej, pastrami, daging bakar dan pelbagai pilihan. Menemen pula telur yang dimasak dengan tomato juga dicampur dengan pelbagai pilihan daging awet. Biasanya kedua jenis hidangan ini dimakan dengan roti pada waktu pagi. Semangkuk sekitar TL12.

3. Baklava

Sejenis manisan yang sememangnya manis potong kaki. Baklava di Turki ada sedikit berbeza berbanding baklava dari Negara Timur Tengah yang lain. Baklava Turki lebih moist berbanding Negara lain. Pada kebiasaan baklava pastri yang lebih berbanding kekacang tapi di Turki mereka mempunyai baklava yang kekacangnya lebih dari pastry sampai nampak hijau pistachio tu terang benderang. Boleh rujuk gambar kat bawah. Harga ikut berat dan ikut kedai mana korang pergi. Lagi eksklusif lagi mahal.

4. Kunefe

Manisan yang sangat sedap. Ditengahnya ada keju krim. Menjadi pelengkap makan tengah hari memang mantap.

5. Nasi campur

Restoran nasi campur ni anda boleh dapatkan dimana-mana sahaja di Istanbul dan sesuai untuk orang yang tak boleh tinggal nasi. Dari Jalan Sultan Ahmet, Jalan Istiklal dan juga Besiktas.

Tapi nasi campur mereka bukan seperti Malaysia yang kaya dengan belacan dan ulam-ulam. Mereka kaya dengan rempah ratus dari timur tengah. Kos juga ikut apa yang korang pilih. Biasanya kalau nasi campur satu lauk lebih kurang TL15-20. Saya sarankan korang pilih lauk daging yang ada keju kat atas dia. Pilihan kedai adalah Piknik Kofte dan Balkan Lokantasi.

6. Hot Halva bersama aiskrim

Sedap dimakan pada musim sejuk. Rasa manis dan teksturnya yang kenyal dicampur pula dengan halva panas, memang menghilangkan rasa penat berjalan.

7. Kumpir

Ubi kentang besar gila yang dipotong dan digaul dengan keju lalu dicampakkan saja apa sahaja isi yang kita mahu. Pelbagai topping boleh pilih. Biasanya satu kumpir harganya TL14.

8. Simit

Snek jalanan yang sangat popular dikalangan orang tempatan. Nak lagi layan korang boleh nutella sebotol besar pastu buat dip simit ni. Nutella kat Turki amatlah murah. TL14 boleh dapat 750g/850g.

9. Pide dan Lahmacun

Kedua jenis makan ini adalah sama asasnya. Yang membezakan keduanya adalah bentuk iaitu pide berbentuk seperti kapal manakala lahmacun berbentuk bulat. Topping biasanya daging cincang, keju dan ada yang letak sayur.

10. Lokma

Lokma ni macam goreng pisang kat Malaysia la. Vendor yang jual ni biasanya diorang akan goreng panas-panas tepi jalan. Lepas goreng diorang akan curah atau rendam dalam air GULA. Memang manis kerat kaki la tapi kami memang suka benda manis. Semanis pavlova CAKEXOXO. Huhuhu.

11. Waffle

Waffle kat Turki ni lain sikit. Buah-buah memang penuh atas waffle sampai tak nampak yang tu waffle. Yang ni kat dekat Malaysia pun ada kan? Hehe.

12. Kedai roti / kilang roti kecil-kecilan

Banyak kedai roti yang boleh korang pergi. Kalau stay kat guesthouse memang lagi senang nak jumpa kedai roti underground. Harga sudah pasti murah. Rasa pulak memang lagi sedap sebab kebanyakan mereka masih guna ketuhar tanah liat dan api dari kayu.

13. Midye Dolma

Kepah yang di isi dengan nasi dan herba-herba yang tak dapat dikenal pasti. Sedap dan murah.

14. Dessert shop

Kedai dessert kat Istanbul ni punya la bersepah. Dari yang murah sampai la yang mahal. Yang dalam gambar ni kitorang pun tak tau nama apa. Order je lepas tu terus ngap sambil mengopi. Sangat la layan tambah lagi kalau tengah sejuk.

Baca: 6 Jenis Hotel Di Turki Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Tempahan Bilik

15. Dondurma

Aiskrim liat chewy likat pekat melekat. Cuma yang mengecewakan masa musim sejuk susah nak jumpa. Kami jumpa kat airport ja. Layan je la. Hahaha.

16. Kahve

Kahve atau kopi atau coffee. Kopi turki ni sememangnya lain dari kopi malaysia dan juga kopi yang dibrew menggunakan coffee machine apatah lagi Dolce Gusto yang kat pejabat korang. Cara nak buat kopi ni diorang akan campurkan serbuk kopi dengan gula dalam bekas timah lepastu didihkan perlahan-lahan. Pekat likat intense.

17. Kebab

18. Adana kebap yang menyelerakan.

19. Manis tapi sedap! Ini lokma tepi jalan.

20. Ayam grill bersama tangan si kecil.

21. Jagung Istanbul tak manis macam jagung kita, tapi ok je kalau nak cuba.

Baca lagi: 100 Tip ‚ÄėSurvival‚Äô Sewaktu Travel Sendiri Di Turki Berdasarkan Pengalaman Saya

Artikel di atas disumbangkan oleh CAKE XOXO. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka