Beberapa tip ke Aceh.

1. Airport agak jauh dari Banda Aceh, perjalanan lebih kurang 30 minit dengan kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Banda Aceh penuh dengan motosikal yang dipandu laju, dan pemandu tidak menghormati lampu trafik, hati-hati bila menyeberang jalan.

3. Aceh tidak sesuai untuk backpacker kerana pengangkutan awam tidak kemas dan jalan ke tempat tarikan sangat sempit dan hulu.

4. Sewaan kereta Avanza dan supir dalam lingkungan 500-650k Rp sehari.

5. Tempat kesan tsunami boleh di lawati didalam masa 2 hari dengan perjalanan santai.

6. Masjid yang tiada terkesan oleh tsunami yang perlu dilawati adalah Baiturrahman, Baiturrahim dan Rahmatullah.

7. Siap kan duit kecilan apabila melawat tempat tarikan untuk sedekah dan hadiah.

8. Makanan Aceh seperti makanan Sunda tidak seperti makanan di Malaysia. Makanan yang perlu dirasai adalah ayam tangkap dan mee Razali.

9. Hotel berdekatan dengan Masjid Baiturahman, Banda Aceh adalah Hotel Hip Hop dan Hotel Lading. Booking dengan Agoda adalah lebih murah dari walk-in. Rate bermula dari Rm100 semalam.

10. Anda perlu merasai Kopi Gayo dari Takengon dan Kopi Luwak yang tersangat murah (17,000 Rp). Anda boleh minum kopi di Cafe berhadapan Restoren mee Razali.

11. Pemandangan pergunungan dan pesisiran pantai di Geurutee sangat cantik, 1 jam perjalanan dari Banda Aceh.

12. Tiket feri ke Sabang Pulau Weh berharga 80,000 Rp one way.

13. Snorkeling hanya di Iboih. Freddies dan Casanemo hotel adalah di pantai Sumur 3 di Sabang. Jika anda tinggal di Sabang, anda perlu ke Iboih sejauh 45 km dengan kereta perjalanan 1 jam untuk snorkeling.

14. Tiada penghawa dingin di dalam hotel Freddies dan Casanemo. Kebanyakan pelawat rekomen Freddies. Kedua hotel ini jauhnya 2 km dari pekan Sabang melalui jalan yang berbukit.

15. Anda perlu menyewa kereta di Sabang kerana tempat tarikan sangat jauh dan jalan berbukit. Saya tidak rekomen sewa motor kapcai kerana merbahaya.

16. Sewaan kereta Sabang disebelah kanan selepas keluar dari terminal feri, berharga 400,000 Rp sehari. Tambah 200,000 Rp jika perlu khidmat supir.

17. Bawa surat nikah jika datang berkelamin ke hotel.

18. Baca sejarah Aceh dan sejarah tsunami terlebih dahulu sebelum melawat ke Aceh.

19. Di setiap tempat kesan tsunami mesti ada ‘unofficial guide’. Sediakan wang kecil untuk mereka.

20. Saya cadangkan 5 malam di Aceh iaitu 3 malam di Banda Aceh dan 2 malam di Pulau Weh.

21. Beli Simcard Telkomsel kerana signal 3G yang merata di Aceh. 2GB data hanya 48,000 Rp.

22. Sabang adalah pekan terbesar di Pulau Weh tetapi orang Aceh membahasakan Pulau Weh sebagai Sabang. Ramai yang keliru.

Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan kesejahteraan untuk saya dunia akhirat. Ameen.

Saya kongsikan juga gambar-gambar sewaktu di sana untuk tatapan anda.

bercuti-di-banda-acheh-1
Es teler minuman feveret di Aceh dan diperbuat dari susu, avocado, keledek dan lain lain.
bercuti-di-banda-acheh-2
Mesti cuba mee razali yang femes di Banda Aceh.
bercuti-di-banda-acheh-3
Kopi luwak tersangat murah hanya 17,000 Rp berbanding harga di Jakarta.
bercuti-di-banda-acheh-4
Restoren makanan Aceh.
bercuti-di-banda-acheh-5
Masjid Baiturrahim. Sampan Aceh mempunyai bentuk yang pelik.
bercuti-di-banda-acheh-6
Masjid Baiturrahim di pesisiran pantai.
bercuti-di-banda-acheh-7
Rojak aceh serupa sup.
bercuti-di-banda-acheh-8
Lemang Aceh sangat berbeza dengan lemang Malaysia. Enak rasa nya.
bercuti-di-banda-acheh-9
Pulau Weh dari atas bukit.
bercuti-di-banda-acheh-10
Masjid Babussalam Sabang yang indah.
bercuti-di-banda-acheh-11
Freedie Hotel Sabang tiada aircon dan dinding nya dari rotan. Tidak sesuai untuk mereka yang berbulan madu.
bercuti-di-banda-acheh-12
Pantai sumur 3.
bercuti-di-banda-acheh-13
Ramai gadis Jakarta melancung ke Sabang.
bercuti-di-banda-acheh-14
Durian Aceh saperti durian kampong di Malaysia. Harga sebiji 25k Rp. Rasa durian malaysia masih ‘numero uno’.
bercuti-di-banda-acheh-15
Air kelapa sirap minuman kegemaran di sini. Hanya 8k Rp.
bercuti-di-banda-acheh-16
Kopi Gayo dari Takengon. Kopi luwak hanya rm100 untuk 500 gram. Orang Putih kata ‘It’s a steal’.
bercuti-di-banda-acheh-17
Pegawai Penguatkuasa Aceh di dalam van tanpa pintu.
bercuti-di-banda-acheh-18
Pegawai Penguatkuasa wanita Aceh berpakaian syariah compliant.
bercuti-di-banda-acheh-19
Ikan masin banyak dijual sepanjang jalan ke Maeluboh. Saya batalkan niat untuk membeli kerana ikan kering digantung tanpa bungkusan dan penuh abok serta lalat.
bercuti-di-banda-acheh-21
Pantai berdekatan Geurutee.
bercuti-di-banda-acheh-22
Di Geurutee dan tidak dibenarkan coupling.
bercuti-di-banda-acheh-23
Mee razali sentiasa ramai pelanggan.
bercuti-di-banda-acheh-24
Sediakan wang kecilan di tempat tarikan kerana ramai yang menjual jajan.
bercuti-di-banda-acheh-25
Kubah 80 ton yang terapung sejauh 2.5 km di kampong Gurah. Mengikut logik, kubah konkrit ini sepatut nya bergolek dibawa arus tsunami dan hancur.
bercuti-di-banda-acheh-26
Lauk Ayam Tangkap feveret orang Aceh.
bercuti-di-banda-acheh-27
Quran yang masih utuh walaupun terbenam didalam air selama beberapa hari semasa kejadian tsunami.
bercuti-di-banda-acheh-28
Pantai Lampuuk di belakang masjid Rahmatullah.

Baca lagi: Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia