Baru-baru ini aku telah menginap selama 3 hari 2 malam di Kea Garden Guesthouse Cameron Highland. Bagi saya guesthouse ini sangat memuaskan terutama dari segi rekaan dalamannya yang menggabungkan rekaan moden dan klasik. Konsep garden guesthouse ini juga nampak agak eksklusif.

1. Kos menginap untuk 3 hari 2 malam adalah RM230.00, perlu tempah di Agoda.com kalau nak murah. Kena cari hari yang bukan hari minggu, atau bukan cuti umum. Kalau tak, nanti kena 5-6 ratus untuk 3 hari. Hahaha!

2. Perjalanan pergi balik dari Shah Alam ke Cameron Highland lebih kurang RM150 termasuk minyak dan tol. Masa nak panjat bukit Cameron tu, korang akan lalu di Air Terjun Lata Iskandar, boleh singgah laa tengok. Memang cantik! Of course nak panjat bukit tu agak berpusing-pusing dan boleh pening. Jadi jangan drive laju-laju sebabnya jalannya agak sempit.

3. Dan jangan lupa beli PETAI! Sebab ramai orang asli kawasan tu yang jual petai. Tapi kena cek betul-betul sebelum beli tu. Takut ada yang dah tua sangat dan berulat bila buka.

4. Di area Lata Iskandar tu ada jual pelbagai kraf tangan halus dari penduduk orang asli rasanya, boleh la cuci-cuci mata kat situ. Tapi aku tak beli apa pun, beli buah-buahan untuk cuci mulut je.

5. Ni part yang best. Masa nak panjat bukit, sebelah kiri dah nampak ladang teh (CAMERON BHARAT PLANTATION TEA). Dari sini dah nampak view ladang teh kat sana. Nak rehat sekejap pun boleh, ada tea house di kawasan situ.

6. Sambung lagi perjalanan ke Tanah Rata, kat sini dah mula rasa sejuk suhu sekitar 23’C masa aku sampai sana.  Sejuk oww. Kawasan Tanah Rata ni kira pekan Cameron Highland lah ko”. Kat sini ada banyak kedai makan, kedai souviner, fast food, bank, pam minyak, pasaraya mini.

7. Biasa kalau nak makan malam aku singgah sini, untuk cari makan. Sejuk-sejuk lapar BANGET!

8. Teruskan perjalanan pula sampai ke Brincang. Sebabnya Kea Garden Guesthouse ini terletak di sini, kena lalu kawasan pasar. Sebab tu dia best sebab lokasinya di ceruk-ceruk bukit. Jadi bawalah resit tempahan bilik tu kemudian check in. Jangan lupa lihat view masa sampai, memang A+ lah!

9. Kebanyakkan hotel di Cameron Highland memang tak ada aircond, sebab memang dah sejuk. Pagi-pagi mandi tu memang kena buka water heater, kalau tak BEKU korang bila mandi nanti. Kalau water heater rosak minta tukar bilik, sebab memang SEJUK!

10. Hari pertama tu sampai petang di Brincang. Jadi malam tu jalan-jalan di sekitar Brincang. Di Brincang ni ada mall iaitu Nova Mall. Tapi yang menariknya WAJIB cuba jagung bakar ( apa nama abang tu aku dah lupa, ada dalam video). Jagung Cameron ni manis Gred AAA dia bagi rasa aritu.

11. Brother tu siap bagi rasa jagung mentah yang belum dikukus atau dibakar, dan makan macam tu je! Ingatkan tak boleh makan, sekali makan, Subhanallah sangat manis dan berlemak. Memang tak ada rasa pahit, keras atau rasa tak masak.

12. Rupanya abang tu cakap, jagung Cameron tu ada kacukan benih istimewa. Sebab tu dia manis dan besar juga jagungnya. Abang tu pesan kalau nak beli jagung kat Cameron hati-hati, sebanya mungkin ada jagung yang dibawa daripada bawah (mungkin dari perak kot, tak pasti).

Jagung cameron lebih besar berbanding jagung biasa, sebab tu harganya juga agak mahal. Turun dari Cameron cuba makan jagung biasa, memang tak sama rasanya, terus jatuh cinta dengan rasa jagung Cameron).

Baca: 15 Tip Mendaki Gunung Irau Buat ‘Newbie’ Yang Baru Berjinak Dengan Gunung

bercuti-di-cameron-highland-4

bercuti-di-cameron-highland-5

bercuti-di-cameron-highland-6

bercuti-di-cameron-highland-7

bercuti-di-cameron-highland-8

bercuti-di-cameron-highland-10

13. Ok, sambung part lain. Pagi esoknya, singgah ke “Tea House Cameron Valley”. Jadi kena turun bawah dari Tanah Rata. Kalau korang nak makan sarapan kat sini memang tak ada jual berat-berat. Antara makanan yang dijual ialah puff dan pie.

14. Dekat sini korang boleh turun ke ladang teh dengan bayaran masuk RM 2.00 saja. Kalau nak naik kereta pelancong (entah apa nama dia macam kereta golf tu) cuma RM 10.00 seorang. Dapatlah pegang daun teh dan juga dapat la bergambar banyak-banyak sampai muntah.

15. Next singgah pula ke Raju’s Hill Strawberry Farm di Brincang. Depan je dengan Kea Farm. Dekat sini strawberry dia agak besar dan selesa juga lah kalau nak petik.

16. Untuk petik strawberry sendiri, harga dari RM 30.00 (setengah kg), dan ramai juga pelancong yang datang ke sini nak petik strawberry. Jangan makan masa petik, nanti kena caj pula, hahaha.

Dapatlah rasa makan strawberry yang fresh, manis dan masam, nak sedap makan dengan coklat, mereka memang ada jual coklat kat situ. Kalau korang ambil lebih dari 1/2 kg kena caj lebih, kalau kurang nanti orang yang kerja kat situ akan tolong tambahkan bagi cukup berat.

17. Untuk hari kedua tu, singgah ke Lavender Garden dengan bayaran masuk RM 10.00 ( kalau tak salah ), kanak-kanak RM 7.00. Di sini memang cantik, sebab ada pelbagai jenis bunga yang pelik-pelik ada. Sesuai untuk korang yang nak selfie tu.

18. Sampai di sini, jangan lupa rasa ais krim lavender. Rasa seperti wangian lavender, memag sedap dan rasa tak puas cuba satu. Harga satu kon tu RM 7.00.

Lavender ni ada tiga tingkat so pandai-pandai la korang jalan-jalan area situ.

19. Hari ketiga pula singgah BOH Sungai Palas Tea Gardens. Nak pergi ke sini jalannya macam tersorok, jadi korang guna la WAZE, sebab takut tak jumpa. Masa nak masuk sini, kawasan dia macam ada tempat pembinaan. Tapi jangan tertipu, sebab ada jalan kecil didalamnya. Disin, memang jujur cakap tersangatlah CANTIK !

20.Jadi, wajib singgah ke Boh Sungai Palas untuk lihat pemandangan di sini. Dah sampai tu, kena jalan kaki pergi ke TEA HOUSE BOH SUNGAI PALAS yang sepanjang 200meter. Memang enjoy masa naik tangga sebab dapat lihat pemandangan ladang teh.

21. Di sini juga ada jual pelbagai jenis teh yang tidak dijual di luar. Bolehlah beli 1-2 kotak dengan harga yang berbaloi.

22. Akhir sekali sebelum balik singgah Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Bayaran masuk tak ingat berapa, mungkin dalam RM 7.00 kot seorang, ke RM 5.00 seorang. Hahaha.

Di sini korang akan jumpa pelbagai jenis tanaman bunga, kebun mini anggur, strawberry, teh dan tanaman herba. Kalau yang minat nak berkebun tu boleh beli tanaman di sini.

Oh lupa, ada juga singgah di taman rama-rama tapi macam tak best sebab tak banyak rama-rama yang pelik-pelik. Nampak satu spesis je hari tu, hahaha.

bercuti-di-cameron-highland-3

bercuti-di-cameron-highland-11

bercuti-di-cameron-highland-12

bercuti-di-cameron-highland-18

bercuti-di-cameron-highland-13

bercuti-di-cameron-highland-14

bercuti-di-cameron-highland-15

bercuti-di-cameron-highland-16

bercuti-di-cameron-highland-17

bercuti-di-cameron-highland-19

bercuti-di-cameron-highland-20

bercuti-di-cameron-highland-21

bercuti-di-cameron-highland-22

bercuti-di-cameron-highland-23

Rancang lah percutian supaya dapat pergi ke semua tempat yang best macam aku cerita ni. Ada je singgah tempat-tempat lain seperti taman kaktus. Tapi aku cuma kongsikan lokasi yang menarik untuk korang singgah nanti.

Anggaran percutian untuk dua orang dalam RM500 termasuk makan (tak campur souvenir macam magnet freezer, baju, teh, buah dll). Jadi kena pandai ikut bajet korang macam mana. Kira ok lah sebab dapat menginap di  hotel yang sangat cantik, dapat petik strawberry, tengok ladang teh. Panorama pun cantik, sejuk pula tu.

Semoga bermanfaat info yang tak seberapa ni. Dan ini pula video yang berjaya aku hasilkan. Layan.

 

Baca lagi: Mungkin Ramai Belum Tahu Kewujudan Kampung Melayu Di Cameron Highland Ini