Alhamdulillah akhirnya saya dapat ke Kashmir & Ladakh dengan bajet RM2190 selama 17 hari.  Trip ini berlangsung dari 14 – 30 September 2016.

Rumusan Perjalanan
1. Perjalanan kami bermula dari Pulau Pinang ke KLIA2 ke Delhi. Delhi ke Srinagar menggunakan Indigo Airline.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Saya travel dengan seorang kawan dari Malaysia dan seorang lagi kawan saya dari Canada turut sertai kami di Srinagar.

3. Kami terpaksa memendekkan perjalanan kami di Kashmir disebabkan konflik yang sedang berlaku di daerah tersebut.

4. Perjalanan kami di India meliputi Delhi – Srinagar – Kargil – Lamayuru – Leh- Manali – Delhi.

5. Bagi perjalanan kami di Kashmir, kami hanya membuat boat trip. Disebabkan keadaan yang tidak selamat, kami terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Pahalgram & Gulmag.

6. Perjalanan di Ladakh. Kami tinggal di Leh. Membuat road trip ke Khardung La (the highest motorable road in the world). Kami tidak di benarkan melawat Nubrah valley disebabkan salji tebal. Kami melawat kampung kecil seperti Stok  dan kawasan sekitarnya. Kami jugak melawat Pgong Lake melalui Changla Pass.

7. Semua perjalanan di Ladakh menggunakan motor yang disewa selama 5 hari.

Berikut itinerari sepanjang trip kami ini.

Hari 1 (Pulau Pinang & KL)
Airasia PEN-KL : RM120 Return
Airasia KL-DELHI: RM730 Return (tiada luggage ) tambah meal nasi lemak

Nota:
1. Bertolak dari KLIA2 pukul 7ptg dan sampai di New Delhi Aiport pukul 10mlm waktu tempatan
2. Ambil free shuttle pergi ke domestic terminal
3. Tidur di domestic airport

Hari 2 (Delhi & Srinagar)
Indigo Delhi – Srinagar : RM150 sehala
Penginapan & makanan : 895 rupee

Nota: Bilik untuk 3 orang. Hostel berdekatan dengan airport

Hari 3 (Srinagar)
Sarapan pagi: 20 rupee
Boat trip: 134 rupee
Makan malam : 210 rupee
Penginapan : 300 rupee

Nota: Penginapan dia rumah bot yang tak popular, bilik kongsi 3 orang.

Hari 4 (Kargil)
Jeap to Kargil : 900 rupee
Sarapan pagi : 50 rupee
Makan petang, briyani : 150 rupee
Cake : 20 rupee
Makan malam : 70 rupee
Penginapan : 267 rupee

Nota: Makan malam mutton bakar & air mineral. Penginapan 800 rupee untuk 1 bilik, kongsi 3 orang.

Hari 5 (Lamayuru)
Jeap ke Lamayuru : 300 rupee
Sarapan pagi : 30 rupee
Makan malam : 255 rupee
Penginapan : 267 rupee

Nota: Penginapan 800 rupee untuk 1 bilik. Kongsi 3 orang.  Jeap itu kami hitchhike tapi kena bayar duit kopi kat pemandu

Hari 6 (Leh)
Sarapan pagi : 140 rupee
Teksi ke Leh : 200 rupee
Makan malam : 245 rupee
Penginapan : 200 rupee

Nota:
1. Teksi tu kami hitchhike dan dia mintak 200 rupee seorang ke Leh.

2. Penginapan 600 sebilik, kongsi 3 orang. Ada taman dengan pokok epal dan aprikot depan bilik. Boleh petik sendiri.

tip-travel-ke-ladakh-1

tip-travel-ke-ladakh-2

tip-travel-ke-ladakh-3

tip-travel-ke-ladakh-4

tip-travel-ke-ladakh-5

tip-travel-ke-ladakh-6

tip-travel-ke-ladakh-7

tip-travel-ke-ladakh-8

Hari 7 (Leh)
Sarapan pagi : 25 rupee
Makan tengahari : 180 rupee
Makan malam : 120 rupee
Penginapan : 250 rupee

Nota: Penginapan 750 rupee, kongsi 3 orang di PEACE GUESTHOUSE.

Hari 8 (Leh)
Sarapan pagi : 65 rupee
Makan tengahari : 120 rupee (mutton briyani)
Cake & roti : 80 rupee
Internet : 20 rupee
Makan malam : 145 rupee
Penginapan : 250 rupee
Ubat : 350 rupee

Nota:
Penginapan, kami tinggal di hostel yang sama.
Beli ubat untuk altitude sickness

Hari 9 (Leh)
Sarapan pagi: 80 rupee
Inner line permit : 650 rupee
Sewa motor : 2667 rupee
Petrol : 677 rupee
Tea at Khardung La : 10 rupee
Dinner : 120 rupee, mutton briyani
Roti dan kek : 80 rupee
Internet : 40 rupee
Penginapan : 250 rupee

Nota:
1. Penginapan kami di tempat yang sama selepas kami tidak dibenarkan memasuki Nubrah valley
2. Hanya travel ejen saja yang boleh mengeluarkan inner line permit. DC office tidak lagi mengeluarkan permit di Ladakh. Tolong survey sebab harga permit tidak sama
3. Kami sewa 2 motor. 350cc royal einfield & 250 avenger. Jumlah 8000 rupee untuk 5 hari.

Hari 10 (Leh)
Sarapan pagi : 60 rupee
Muruku : 60 rupee
Makan tengahari : 130 rupee
Makan malam : 130 rupee
Penginapan : 250 rupee

Nota : Penginapan di tempat yang sama

Hari 11 (Pgong Lake)
Sarapan pagi : 60 rupee
Petrol : 427 rupee
Tea : 20 rupee
Repair motor : 50 rupee
Makan malam : 160 rupee
Penginapan : 267 rupee

Nota: Penginapan dia Pgong lake, 800 sebilik untuk 3 orang.

Hari 12 (Pgong Lake)
Sarapan pagi : 135 rupee
Makan tengahari : 90 rupee
Makan malam : 150 rupee
Air mineral : 40 rupee
Penginapan : 267 rupee

Nota: Penginapan di tempat yang sama di Pgong Lake.

Hari 13 (Leh)
Sarapan pagi + makan tengahari : 190 rupee
Chocolate : 65 rupee
Makan malam : 180 rupee
Penginapan : 250 rupee

Nota : Penginapan 800 rupee sebilik untuk 3 orang. Tinggal di Peace Guesthosue di Leh

Hari 14 (Leh)
Sarapan pagi : 125 rupee
Internet : 30 rupee
Makan tengahari : 120 rupee
Cake & roti : 170 rupee
Bus ke Manali : 1800 rupee

Nota: Ambil bas malam ke Manali.

Hari 15 (Manali)
Sarapan pagi : 60 rupee
Pisang & apple : 100 rupee
Simcard : 350 rupee
Makan tengahari : 180 rupee
Bus ke Delhi : 1100 rupee

Hari 16 (Delhi)
Makan tengahari : 100 rupee
Biskut & roti : 50 rupee
Mutton kebab : 50 rupee
Penginapan : 700 rupee

Nota: Penginapan di sebelah Jama’ masjid Delhi, 1400 rupee sebilik untuk 2 orang.

Hari 17 (Delhi)
Makan tengahari : 70 rupee
Tea & kebab : 140 rupee
Teksi ke airport : 150 rupee

Ringkasan perbelanjaan
Perbelanjaan di India : 19108 ruppe @ RM1190
Jumlah tiket kapal terbang : RM1000
Jumlah keseluruhan : RM2190

Review Perjalanan
1. Saya mengesyorkan setiap orang melawat Ladakh. Keadaan yang sama sekali tidak sama dengan bahagian lain India. Secara jujur di Ladakh anda tidak akan merasa yang anda berada di India.

2. Anda juga perlu lakukan persediaan yang rapi terutamanya dari segi kesihatan. Keadaan di Ladakh yan tinggi kadang-kadang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Ketinggian di Leh adalah 3500 meter dari aras laut. Anda juga perlu rehat yang secukupnya.

Baca: Mahu Travel Ke Kashmir? Baca 11 Tip Penting Ini Dahulu

tip-travel-ke-ladakh-9

tip-travel-ke-ladakh-10

tip-travel-ke-ladakh-12

tip-travel-ke-ladakh-11

tip-travel-ke-ladakh-13

tip-travel-ke-ladakh-14

tip-travel-ke-ladakh-15

tip-travel-ke-ladakh-16

Tips travel di Ladakh

1. Hanya beberapa hostel sahaja yang menerima kad kredit

Hampir semua hostel murah dan guesthouse hanya menerima tunai. Hotel 5 bintang semestinya menerima kad kredit.

Tidak menjadi masalah ketika di Leh, terdapat banyak bank seperti State Bank of India, Jammu and Kashmir Bank, Punjab National Bank and Axis Bank membenarkan kita untuk mengeluarkan wang tunai

2. Beri masa kepada badan untuk sesuaikan diri dengan perubahan altitud

Seeloknya selepas sampai di Leh, kita perlu rehat 2 hari untuk menyesuaikan badan kita dengan keadaan tinggi. 2 hari makan, rehat, tidur secukupnya. Sebaiknya tidak membuat aktiviti yang berat.

Ketinggian Leh adalah 3500 meter dari paras laut. Kita akan rasa cepat penat, susah bernafas, denyutan jantung yang kuat dan cepat letih walaupun baru naik 3 anak tangga. Jangan fikir orang selalu hiking, jogging dan pergi gym di Malaysia boleh survive di sana. Jangan underestimate Ladakh.

3. Hitchhiking sangat senang di Ladakh

Kebanyakan warga Ladakh memang sudi membantu. Tahan saja kereta, lori or van, pasti mereka akan berhenti. Jika travel seorang diri lagi mudah. Kawan saya hitchhike dari Leh to Delhi seorang diri.

Kami tidak ikut serta kerana tidak mahu mengambil risiko disebabkan flight kami 30hb balik ke Malaysia. Dia pulak orang Canada yang ada lagi 2 bulan di India.

4. Perlu mohon permit

Kita perlu memohon permit bagi melawat tempat-tempat seperti Nubrah valley, Khardung La, Changla Pass, Pgong Lake, Tso Moriri. Permit hanya sah untuk 7 hari.

Pihak berkuasa tempatan berhak mengambil permit kita semasa sekatan di check point. Permit kami diambil semasa melalui check point ke Nubrah Valley. Pihak berkuasa tidak membenarkan kami ke BunrahVvalley disebabkan salji yang tebal. Kami hanya dibenarkan pergi sehinga Khardung La.

5. DC (Deputy Commisioner) di Leh tidak lagi mengeluarkan ‘inner line permit’.

Hanya ejen travel sahaja yang mengeluarkan permit. Setiap ejen travel memberi harga yang tidak sama. Jadi anda harus melakukan survey untuk dapatkan harga terbaik.

Kalau pada hari itu, anda seorang saja yang mahukan permit, ejen travel itu tidak akan terima kerana tidak membawa keuntungan kepada mereka. Pada hari itu, kami travel 3 orang, jadi tidak menjadi masalah.

Majority ejen travel menerima sekurang-kurangnya 2 orang. Saya membayar 650 rupee untuk 7 hari permit.

6. Pastikan membawa passport ke mana saja anda pergi

Hampir semua check point akan meminta passport anda untuk pengesahan. Walaupun muka saya dan kawan saya serupa penduduk tempatan, tapi mereka boleh tahu yang kita bukan orang India.

Cuma yang sering terjadi kepada kami yang mana orang tempatan dan pemandu bas fikir kami orang tempatan. Semasa dalam perjalanan ke Manali, ada banyak check point.

Pemandu tidak meminta passport kami, sebab dia fikir kami orang tempatan yang datang dari bandar lain di India. Setiap check point pemandu akan meminta passport untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berapa ramai warga asing dalam bas/van tersebut.

Jadi apabila terjadi apa-apa, jadi pihak berkuasa tempatan tahu berapa ramai orang dan berapa ramai pula warga asing. Jangan pulak letak passport dalam beg besar ya. Susah nak ambil nanti sebab beg besar akan diletakan di atas bumbung.

7. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa motor

Paling popular adalah ‘Royal Einfield’. Kami sewa 2 biji motorsikal Royal Einfield 350CC & avenger 250CC. Pastikan anda membuat survey di beberapa kedai sebelum membuat keputusan untuk menyewa.

Kami membayar 8000 rupee untuk 2 biji motor untuk tempoh 5 hari. 3 orang untuk 2 biji motor. Majorit kedai memberikan harga 1100 -1300 rupee untuk sehari bagi Royal Einfield 350CC dan 800 rupee untuk Avenger 250CC.

Pastikan anda semak keadaan motor sebelum terima daripada pihak kedai. Digalakkan mengambil gambar setiap sudut motor. Kami tertipu oleh pihak kedai hari itu.

Sebelum mengambil motor, saya ada bertanya jika terjadi apa-apa di pertengahan jalan, apa yang kami harus lakukan. Pihak kedai memberikan kami nombor telefon dan meminta kami menelefon mereka jika terjadi apa-apa.

Motor kami mengalami kerosakan semasa perjalanab ke Pgong Lake. Kami meminjam telefon seorang warga tempatan dan menelefon pihak kedai.

Ternyata mereka tidak menghiraukan kami dan hanya menyuruh kami cari sendiri bengkel untuk baiki motor dan simpan resit. 2 kali kami hantar ke bengkel motorsikal dan kami mempunyai resit.

Bila kami memulangkan motorsikal dan memberitahu kepada pihak kedai apa yang terjadi, mereka cakap itu bukan salah mereka dan kami tidak dibenarkan claim balik wang kami.

Mereka memberi alasan, hanya kerosakn enjin saja dibenarkan. Kerosakn lain atas tanggungjawab kita dan semasa memberikan motorsikal itu kepada kami semuanya Ok dan boleh bergerak dengan baik.

Anda mesti sangat perlu berhati-hati ya. Jangan termakan dengan kata-kata seperti “hi brother”, “I know Malaysia”, “I love Malaysia”, “I have friend in Malaysia”.

Ini semua tipu dan muslihat. Tidak guna jika anda bertekak dan bergaduh, anda tidak akan menang. Kerana Ladakh itu India. Biar saja.

8. 1 tanki minyak boleh membawa anda sampai ke Khardung La dan balik ke Leh. Minyak yang sama juga boleh membawa anda mengelilingi kawasan kampung di sekitar Ladakh. Selepas mengambil motor dari kedai motor, pastikan anda ke stesen minyak di Leh dan mengisi sehingga penuh setangki.

9. Altitude sickness adalah salah satu penyakit yang perlu anda perhatikan dan berjaga-jaga bila di Ladakh. Semasa saya sampai di Ladakh, saya rasa pening, sakit kepala, tidak dapat tidur, tidur yang tidak nyenyak dan rasa nak muntah.

Jadi saya pergi ke farmasi di Leh. Di Leh, farmasi tidak boleh memberikan ubat sewenang-wenangnya, setiap farmasi ada doktor di tingkat atas. Jadi perlu jumpa doktor dulu baru boleh mengambil ubat.

Kos untuk berjumpa doktor 100 rupee, tidak termasuk ubat yang akan dibeli. Mujur lah saya mempunya insuran. Kos ubat saya hari itu 350 rupee.

tip-travel-ke-ladakh-18

tip-travel-ke-ladakh-19

tip-travel-ke-ladakh-20

tip-travel-ke-ladakh-21

tip-travel-ke-ladakh-22

tip-travel-ke-ladakh-23

tip-travel-ke-ladakh-24

tip-travel-ke-ladakh-26

tip-travel-ke-ladakh-25

tip-travel-ke-ladakh-27

tip-travel-ke-ladakh-28

tip-travel-ke-ladakh-29

10. Khardung La adalah ‘highest motorable road in the world’. Saya sangat menggalakkan anda melawat tempat ini. Ia terletak di pertengahan di antara Leh & Nubrah Valley.

Ketinggiannya adalah lebih kurang 5300 meter dari paras laut. Di atas sana terdapat kedai minuman & makanan. Anda boleh meminum teh untuk memanaskan badan.

Bagi yang tidak sihat, mereka juga ada menyediakan klinik untuk rawatan. Kawan saya tidak sihat hari itu. Sampai saja di Khardung La, dia seperti ingin pengsan dan kabur pandangan.

Jadi kami merujuk kepada klinik yang disediakan. Mereka membenarkan kami berehat sebentar dan hanya akan diberi ubat jika perlu.

11. Pgong Lake tempat yang harus dilawati. Sangat cantik. Pemandangan yang sangat menarik dengan latar belakang tasik dan tasik yang berwarna biru. Banyak guesthouse dan hostel murah di Pgong Lake.

Terdapat juga penginapan berbentuk khemah dari Pandau sampai ke hujung tasik. Di sana terdapat banyak guesthouse dan hostel. Tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat di Pgong lake.

Di waktu malam pula cuba makan malam dan rehat saja. Ditambah dengan suasana tempat yang tenang dan tenteram. Perjalanan dari Leh to Pgong Lake sangat mencabar walaupun anda menaiki bas mini, jeep apatah lagi motorsikal.

12. Jangan ‘underestimate’ jalan hendak ke Nubrah valley. Sangat bengkang bengkok, berbatu dan tidak rata. 10mm sebelum kami sampai ke Khardung La, sajli turun dengan lebat.

Kami merasakan seperti tidak mampu untuk naik ke atas. Pandangan mata yang makin kabur, terdapat banyak kenderaan di hadapan, jalan yang curam, selekoh yang tajam. Jadi anda tidak boleh membawa motor dengan laju.

Truck yang dihadapan akan memperlahankan kelajuan disebabkan jalan yang tidak rata. Jadi anda perlu berhati-hati.

13. Di Ladakh amatlah banyak kedai roti German. Janganlah tertipu, tuan punya kedai itu bukanlah orang German dan rasanya juga tidak la sesedap roti German.

Anda mungkin terpengaruh dengan bentuk rupa dan bau tapi bagi saya tidaklah sedap. Roti dan kek Malaysia jauh lebih sedap. Tapi disebabkan tertarik, saya pun beli jugalah.

14. Kalau anda memerlukan wifi atau internet, di Leh banyak kedai internet yang menawarkan perkhidmatan internet dan wifi dan servis mencetak dokumen. Di pejabat ejen travel juga ada menawarkan perkhidmatan internet dan wifi. Harga 10 rupee bagi 1 minit.

15. Kalau yang travel dengan bajet yang rendah, jangan la berlagak hendak menjamu selera di café-café. Banyak kedai makan murah di Leh yang boleh anda jamu selera dengan harga jimat.

Pergi saja di lorong-lorong kecil berdekatan dengan masjid. Beriani kambing hanya dengan harga 120 rupee. Kebab-kebab tepi jalan majoritinya dijual dengan harga yang sama, 30 rupee.

16. Cuaca di Ladakh tidak menentu, pastikan membawa baju yang tebal, sekurang-kurangnya 1 baju sejuk dan sepasang long john. Kalau boleh elakkan jeans.

Sebab lepas kita pakai dua atau tiga hari, kita perlu basuh dan di Ladakh cuaca tidak menentu dan susah nak keringkan pakaian. Saya beli baju dan seluar heattect di Uniqlo. Begitu juga dengan sokin yang boleh tahan sejuk dan kasut yang sesuai.

Jangan buat hebat pakai selipar. Pastikan anda mempunyai sarung tangan yang tahan sejuk bagi yang ingin membawa motor di Leh.

17. Tiket bas ke Manali boleh dibeli sendiri di stesen bas di Ladakh berdekatan dengan stesen minyak di Leh. Kami beli tiket mini bas TRAVELER, harga 1800 rupee.

Kalau beli engan ejen travel ia dijual dengan harga 2000 rupee. Bas harian juga ada tapi jika hari yang kami hendak bertolak itu tidak mempunyai cukup penumpang maka bas akan membatalkan perjalanan ke Manali.

Jeep juga ada tetapi lebih mahal dari traveler bas. Bawa la beg plastik yang kecik ya, sebab jalan memang mencabar dan mungkin anda akan muntah. Saya pun ada sediakn beg plastic yang kecil dalam poket.

18. Terdapat banyak kedai jenama HIMALAYA. Barang-barang dijual sangat la murah. Bermacam-macam produk Himalaya anda boleh dapatkan di sini. Boleh beli lip bam, sunscream atau losyen.

19. Di Leh terdapat kedai runcit yang menjual coklat tenaga. Saya cadangkan anda beli setiap 2 hari. Bukan mahal pun. 1 bar dalam 200 rupee saja. Terdapat banyak jenis dan rasa.

20. Nak berjimat, bawa bekas makanan kecil dan beli Maggie. Sarapan boleh makan Maggie. Di sini hampir semua kedai makan sediakan sarapan pagi Maggie sup. Harga dalam 40 rupee jika termasuk dengan sikit sayuran. Anda boleh buat sendiri Maggie sup anda di guesthouse dan beli sayur. Jimat.

21. Di restoran atau café di Ladakh, jika anda menjamu selera dan meminta air suam atau panas, kali pertama diberi percuma. Kali kedua anda perlu bayar 20 rupee.

22. Jangan lupa makan makanan tempatan, boleh cuba Momo, Thukpa dan minuman butter tea.

Baca lagi: 10 Tips Khas Buat Anda Yang Mahu Travel Ke Jammu Dan Kashmir