Umum tahu saiz negara Singapura yang sangat kecil. Malah, saiz negara ini jauh lebih kecil berbanding kebanyakan negeri di Malaysia.

Walau bagaimanapun, data terbaru daripada Business Insider ini berjaya mengejutkan ramai apabila negara yang kecil ini berjaya mengumpulkan kumpulan 1% terkaya dunia dengan jumlah 226,000 rakyat manakala separuh daripada populasi Singapura terdiri daripada kumpulan 10% terkaya dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
civil-servant
Sumber: Mrmrsbudget

Berdasarkan data yang diperoleh, rakyat Singapura kini berada di tangga keenam dalam carta rakyat terkaya dunia. Lebih menarik, jurang pendapatan antara rakyat juga dilihat tidak begitu ekstrim berbanding beberapa negara lain.

Sebagai perbandingan, jumlah golongan pendapatan rendah dengan peroleh $10,000 (RM41,400) setahun hanyalah 14% sahaja manakala jumlah rakyat Singapura yang memperoleh pendapatan tahun $10,000 (RM41,400) sehingga $1 juta (RM4.14 juta) adalah 82%.

20191003_shopping_pexels
Sumber: Business Insider SG

Melihatkan kekayaan golongan elite Singapura, tidak hairanlah mereka ini digelar ‘Crazy Rich Asians’ sepertimana filem Hollywood yang popular tahun lalu.

Rakyat Malaysia difahamkan sanggup lakukan apa sahaja kerja di Singapura namun tidak di negara sendiri. Turut dikongsikan, Masjid Sultan Singapura berjaya menyediakan tempat khas buat gelandangan rehat dan tidur.

Rakyat Malaysia Sanggup Lakukan Apa Sahaja Kerja Di Singapura, Tetapi Tidak Di Negara Sendiri

Masjid Sultan Singapura Sediakan Tempat Khas Buat Gelandangan Rehat Dan Tidur

9 Bulan Kajian Dengan Kos RM5 Juta Bagi Mengkaji Jambatan Ketiga Malaysia – Singapura