Berdasarkan kajian ilmiah kontemporari yang dipaparkan dalam majalah perubatan Britain, perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat akan mengalami pelbagai penyakit kanser termasuklah kanser milanoma yang boleh merebak sehingga di kaki.

Selain itu, seorang pakar otak bernama V. G. Rocine menyatakan, fosforus otak menjadi cair pada suhu 42°C pada cuaca panas terik tanpa menutup kepala & memberi impak negatif pada otak di mana fungsi otak akan menurun. Ini kerana kesihatan otak terjejas akibat fosforus otak menjadi cair pada suhu badan pada tahap bahaya yang mencecah lebih daripada 40.5°C, berdasarkan artikel ‘Highest Phosphorus Foods’ di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online.

Menutup aurat kewajipan diperintahkan,
Penyeri kecantikan muslimah sopan,
Terserlah keayuan dan nilai kewanitaan,
Manisnya senyuman, indah menawan.

Penghijrahan lebih ramai artis yang bertudung dapat memberi inspirasi kepada para muslimah di luar sana agar menutup aurat berubah ke arah yang lebih baik. Malah, mereka tetap berjaya walaupun setelah bertudung.

Ini 23 artis dan selebriti Malaysia yang telah bertudung walaupun mereka sedang popular di bidang hiburan masa kini. Saya lampirkan sekali sebab-sebab penghijrahan mereka ini.

2008

1. Nora Ariffin

nora ariffin

“Perubahan ini biarlah dilakukan secara perlahan-lahan dan saya mahu lakukannya 1 demi 1. Apa yang penting bagi saya adalah sokongan dan restu daripada suami dan anak-anak yang ternyata gembira dengan perubahan diri saya sekarang.” Anizyn

“Saya harus akui untuk berubah, ia bukan sesuatu yang mudah dan cabarannya sangat besar. Saya dapat merasainya sendiri dan apa yang lebih bermakna apabila penghijrahan itu dilakukan kerana Allah.” Whitect30-Tentang Artis

2. Siti Nurhaliza

siti nurhaliza

“Siti faham, orang akan memandang lalu menyelidik tentang kita, tetapi Siti tak marah. Isu tudung ini sering orang perkatakan dan Siti pun dah lali. Biar orang melihat sendiri perubahan Siti. Janji Siti tahu apa yang Siti buat dan Tuhan tahu niat Siti.” Kosmo

2011

3. Diana Amir

diana amir

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya.” MStar

“Selepas menjalani penggambaran filem 7 Petala Cinta, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah. Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada pengarah dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya.” Beautifulnara

“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut.” Irmy Juliza

4. Irma Hasmie

irma hasmie

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, ramai yang menerima baik niat saya ini.” Irmy Juliza

5. Raja Farah

raja farah

“Saya beralih arah memakai tudung atas kehendak sendiri dan sudah tiba masanya untuk saya berubah demi kebaikan. Selepas melakukan penghijrahan tersebut, saya rasa kelainan yang sangat ketara.” MStar

“Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini.” MStar

“Alhamdulillah, ramai dalam industri menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu Cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu. Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya.” MStar

2012

6. Ayu Raudhah

ayu raudhah

“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini.” Oh Bulan

Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir masalah bad hair day seperti yang dilalui sebelum bertudung.” MStar

7. Nurul Syuhada Nurul Ain

nurul syuhada

“Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mertua bersama keluarga, hati saya terus bergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.” Beautifulnara

“Pada hari pertama, saya berasa seperti di awing-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama-kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu.” Beautifulnara

8. Shila Amzah

Shila Amzah

“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.” Beautifulnara

2013

9. Lisdawati

“Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah.”…“Pada mulanya, saya ubah dari segi bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.” Purple Pockett

10. Puteri Sarah

puteri sarah

“Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan. Namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri, bukan paksaan. Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga.” MyAdha

“Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tetapi sejak 3 hari lalu (tahun 2013) saya telah mengenakan tudung sepenuhnya.” Azizulhakim91

11. Wawa Zainal

wawa zainal

“Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah kea rah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya.” Ammboi

“Selepas bertudung, banyak batas harus dijaga dan saya harus meneliti watak sebelum menerima sebarang tawaran. Setakat ini, rezeki lakonan saya tidak pernah putus.” Kosmo

2014

12. Emma Maembong

emma maembong

“Saya baru sahaja berhijab dan biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan serta semula jadi. Saya bukanlah berhijab kerana ikut trend. Apa yang penting, saya kenal diri saya.” Sinar Harian

“Saya tidak mahu terburu-buru dalam hal ini. Biar ia terjadi tanpa paksaan atau dorongan sesiapa. Malah ramai yang suka perubahan ini.” Beautifulnara

13. Fara Fauzana

fara fauzana

“Saya melihatnya sebagai 1 proses secara berperingkat selain langkah permulaan untuk ke arah bertudung sepenuhnya. Saya sebenarnya kurang selesa apabila perkataan ‘berhijrah’ digunakan kerana saya sendiri tidak pasti apakah perkataan sesuai untuk menggambarkan perubahan kecil ini. Ia belum sempurna lagi sebenarnya.” Beautifulnara

“Sepanjang berada di Hot FM saya sudah memberikan yang terbaik dan sudah masanya saya lakukan sesuatu untuk diri sendiri termasuk mendekatkan diri kepada Allah dan ilmu keagamaan.” MStar

14. Hanis Zalikha

hanis zalikha

“Alhamdulillah, sekarang memang saya sudah nekad bertudung penuh. Semuanya atas doa mama dan daddy ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.”…“Hairul (suami) sangat menyokong perubahan saya. Jika saya keluar memakai tudung dengannya, dia akan tunjuk reaksi selesa.” Kosmo

15. Mila Jirin AF

mila jirin

“Alhamdulillah, akhirnya saya dibukakan hati untuk bertudung. Sukar untuk saya tafsirkan, hanya mampu mengucapkan syukur buat Ilahi.” Kosmo

“Bertubi-tubi soalan diajukan peminat tentang penampilan baharu saya. Alhamdulillah, saya juga seperti manusia lain yang inginkan perubahan yang baik dalam kehidupan.” Kosmo

“Ada yang tanya, adakah bertudung disebabkan ingin berkahwin? Saya hanya mampu tersenyum kerana itu bukanlah alasannya. Saya bertudung bukan kerana mahu kahwin. Saya juga bertudung bukan disebabkan sesiapa.” Kosmo

16. Neelofa

neelofa

“Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.” Astro Awani

“Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tetapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini. Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati.” Astro Awani

17. Umie Aida

umie aida

“Penyertaan saya dalam kelas agama banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan sahaja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.” Beautifulnara

“Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.” Beautifulnara

“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya-Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.” Beautifulnara

18. Uqasha Senrose

uqasha senrose

“Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar.” MStar

“Tiada paksaan daripada sesiapa pun. Bertudung adalah kerana kemahuan sendiri kerana saya mahukan yang terbaik untuk diri saya. Kalau boleh, saya mahu perkara ini berterusan kerana saya rasa lebih bahagia dan tenang dengan cara saya sekarang. Doakanlah yang baik-baik buat saya.” Murai

19. Ziana Zain

Ziana Zain

“Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.” Utusan Malaysia

“Ini adalah hadiah yang Allah berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.” Astro Awani

2015

20. Izreen Azminda

izreen azminda

“Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula, kini saya sedang menggalas watak Damia Farisha menerusi drama bersiri, Eksperimen Cinta, yang memerlukan saya bertudung.”…“Buat masa ini, saya selesa penampilan ini. Malah bukan di set sahaja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.” Gosip Malaysia

21. Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

“Bagi saya bertudung bukan 1 trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain (suami) minta saya bertudung.” Kosmo

“Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain (suami) dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.” Kosmo

22. Syatilla Melvin

Syatilla Melvin

“Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung 2 minggu lalu (November 2015).” MyArtis

“Saya melihat diri saya di hadapan cermin dan ketika itu saya fikir seperti ada kekurangannya dan bila adik-adik saya masuk ke dalam bilik, saya lihat penampilan mereka sempurna dengan bertudung. Sejak itu saya mengambil tudung dan terus memakainya hingga hari ini, memang ketika itu ahli keluarga lain terperanjat dengan perbuatan saya secara tiba-tiba itu.” MyArtis

“Apabila sudah bertudung, adab kesopanan sebagai wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki.” MyArtis

23. Yana Samsuddin

yana samsudin

“Semenjak saya bertudung, ramai betul yang bertanya saya pakai tudung jenama apa, beli di mana, berapa harga dan macam-macam soalan lagi yang berkaitan dengan tudung yang saya pakai. Daripada situ, hati saya mula tergerak mengapa tidak kalau saya sendiri yang hasilkan 1 jenama tudung mengikut stail saya sendiri.” Beautifulnara

Solehahnya cantik, menarik jua tertarik,
Labuh pakaian muslimah islamik,
Perubahan perhatian amat drastik,
Masyarakat sekalian, janganlah pelik.