Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Maisarah Marzuki yang telah dikongsikan di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda yang bakal ke sana.

Disebabkan kawan-kawan banyak tanya “best tak pergi umrah”, “sebelum pergi kau prepare ape eh?”, “okay je ke pergi berdua dengan ayah” dan lain-lain, jadi saya nak share pengalaman dan tips untuk umrah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ni pun untuk rujukan saya di masa depan jika ada peluang nak sampai sana lagi in shaa Allah. Yela, Melayu kan mudah lupa. Hehe

Ada beberapa gambar ambik dari Google sebab tak sempat nak bergambar kat sana. Huhu.

umrah

1. Okay, biasanya orang yang first time pergi umrah, macam blur sikit dan tak tau nak sediakan apa. So macam saya, saya banyak Google dan tanya orang yang berpengalaman.

Secara asasnya sebelum nak pergi umrah kita kena betulkan dan ikhlaskan niat iaitu betul-betul nak serah kan diri kat Allah dan beribadat all out kat sana.

Dan macam biasa, kena banyak buat solat sunat (hajat , taubat n etc) dan doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan semuanya. Oh ya, kat sana solat sunat jenazah tu memang akan ada lepas solat fardhu.

So google lah cara nak buat solat jenazah kalau tak reti key. Dan study juga pasal solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib dan solat jamak.

Masa nak buat umrah, ilmu sangat penting. Jadi rajin-rajinkan diri pergi kursus umrah, tengok youtube / google pasal amali umrah dan kena tahu apa yang dilarang dalam ihram.

Haaa, paling penting, sebelum pergi kena banyak muhasabah diri dan kena belajar sabar, sabar dan sabar. Sebab kat sana kena banyak SABAR!

umrah-1

2. On departure day, pastikan dah siap packing beg awal-awal, gerak awal dan sampai awal. Pastikan kat beg kita ada letak TAG atau RIBEN ke jadi dari jauh dah boleh cam bag memasing (sebab biasanya travel agency akan bagi bag yang sama).

Dan paling penting, pastikan beg memasing dah di-checked in even travel agency suruh kumpul 1 tempat dan dorang akan uruskan. Tapi usha lah dari jauh sama ada bag kita dah check in ke belum. Sebabnya memang ada kes beg tak sampai ke makkah.

Jika korang pergi Makkah dulu (macam saya), nanti akan niat ihram atas flight. Pilot akan umumkan bila boleh niat ihram, biasanya sejam sebelum sampai Jeddah. Tapi mutawwif saya cakap, kalau takut terlajak tidur (takut tak sempat nak niat ihram), boleh niat sebelum tidur tu. Tapi lepas tu kena lah jaga pantang larang dalam ihram.

Bagi lelaki, kalau pergi mekah dulu, pakai lah ihram siap2 dr rumah sebab nanti tak yah menyusahkan diri nak tukar-tukar kat atas flight (sebab toilet memang selalu penuh). JANGAN niat tanpa pakai ihram, sebabnya nanti kena dam! (lelaki tak boleh pakai pakaian berjahit masa ihram).

Haa tu yang penting nya kena banyak study on larangan semasa ihram. Kang tak memasal kena bayar dam kan! hehe

umrah-22

3. Oh ya, nak tambah sikit pasal beg. For hand luggage, saya sarankan letak lah sepersalinan pakaian for precaution. Sebabnya memang ada jemaah yang tak dapat beg yang besar tu.

Dah bila sumbat semua dalam beg besar, dalam hand luggage kosong, jadi bila beg besar tak ada, melopong lah memasing. Tapi tak pe, ingat key word kita, SABAR. Yakin mesti ada hikmahnya kan

Sampai sana, kita kena redha dan terima apa yang Allah nak treat us. Tapi doa sentiasa semoga Allah terima kita dan mudahkan segalanya.

Then lagi 1, tak perlu bawak handbag, just bawak beg sling yg travel agency bagi (biasanya) je. Sebab nya beg tu senang kita nak hangkut memana.

bagi perempuan, tak perlu beratkan beg bawak make up ye. Just bawak lip balm, moisturizer (sebab takut kulit kering) dan lotion. Sapu lotion kat tumit kaki ye, sebab nya nak elak dari merekah.

umrah-3

4. Bagi perempuan, sangat-sangat disarankan niat ihram bersyarat.

Ketika di Makkah,jika sebelum sempat tawaf, atau sedang tawaf haid datang maka secara automatik dia dikira bertahallul maka kita terlepas daripada pantang larang ihram.

So yang perempuan, niat ihram bersyarat sebab kita tak tau mana tau tiba-tiba period datang kan.

umrah-4

5. Saya sampai Makkah petang, masuk bilik, bersihkan diri kemudian siap-siap pergi Masjidil Haram.

First time nak tengok Kaabah, tak tau nak cakap macam mana. Sebak, takut, happy dan kekadang betul ke ni dah sampai Makkah. Tapi sampai sini tenangnya masya Allah.

Kita orang mula buat tawaf saie semua lepas isyak sebab tak nak kelam kabut. Jadi lepas isyak lebih tenang dan boleh buat slow-slow.

Okay biasanya, nak buat umrah yg pertama mutawwif akan guide. So jangan risau, tanya lah mutawwif tu kalau xreti or tak paham pape k.

Masa tawaf kena focus (tak boleh niat nak kejar ayah kat depan lah, takut kena tinggal lah). So that kena pesan awal -awal nak tunggu mana.

Lepas tawaf selit lah memana nak buat solat sunat tawaf (pilih lah tempat yang paling mustajab doa ye). Haa doa lah nangis lah puas-puas ngadu lah ssemua.

umrah-5

6. Ni view dari tempat tawaf tingkat 3.

Okay, tempat tawaf ada 3. Tingkat bawah sekali, tingkat 2 then tingkat 3. Saya dah cuba tawaf kat 3-3 tempat ni. So far paling best tawaf kat bawah sekali sebab rase dekat sangat dengan Kaabah.

Jika tak nak bersesak sangat, tingkat 2 dan 3 tenang sikit. Tapi kena hati-hati sebabnya ni tempat untuk orang tolak kerusi roda. Biasanya dorang ni main tolak je. Uish kalau terkena kaki orang depan tu, sakit nya masya Allah. Ayah cerita ada mamat ni kaki dia kena wheelchair, berdarah habiss. SO CAREFUL K!

Kat Makkah, perbanyakkan kan buat TAWAF SUNAT. Sebab ada ustaz cakap, amalan ape yang paling terbaik masa kat Makkah is tawaf. Ye lah, tempat lain kita tak da pulak buat tawaf, kat Makkah je yg boleh.

Btw, tengok Kaabah pun dah kira ibadah tau. So kalau penat tak larat nak tawaf or buat pape, tgk Kaabah pun dapat pahala, best kaaann!

Oh ya, lagi 1, kalau nak buat saie, kena tawaf dulu. Tak boleh saie tanpa tawaf.

umrah-6

7. Kat Masjidil Haram ada je tempat berwudhu untuk perempuan. Tapi kekadang ada je laki yang tak paham main masuk je masa kita tengah sibuk amik wudhu. Tapi tak boleh nak buat ape, just SABAR je lah kan.

Tapi kena cek juga tempat tu bersih ke tak, sebab masa saya ambik wudhu ada orang “buang air” plak kat situ. Tu pun kena sabar lagi. Huhu. Mungkin dia tak jumpe toilet (husnuzon).

Ingat, kat sana kena banyak bersangka baik okay.

umrah-7

8. Ok ni contoh kasut/ stokin tawaf dan saie. Boleh je nak pakai stokin tebal, tapi kekadang stokin ni licin dan nanti senang terjatuh.

Macam kasut/ stokin ni, dia ada ‘bintik-bintik’ kat tapak yg membuat tak licin masa nak buat tawaf dan saie.

Macam saya, saya pakai stokin tebal dan pakai kasut/ stokin mcm dalam gambar ni. Biar tebal, sebabnya nak ngelakkan tumit kaki merekah dan rasa sakit.

Sebabnya kat Makkah mmg banyak jalan dan tumit mmg akan rasa sakit. Huhu.

umrah-9

8. Bila malas nak pergi tempat ambik wudhu sebab jauh sangat, boleh le ambik wuduk guna spray ni. Isi lah air zam-zam or air biasa then ambik je lah wuduk kat bucu-bucu masjid or kat memana yang selesa.

Ada akak ni pesan kat saya, isi lah spray tu dengan air zam-zam sebab nya kat Makkah je boleh ambik wuduk dengan air zam-zam. Yelaa kat tempat lain tak ada kan.

umrah-23

9. Kat Makkah ni memang kena pandai menyelit. Dan biasa nya kalau bukan solat fardu, memang campur je laki perempuan.

Ni tempat saya solat sunat tawaf. Memang dah niat nak duduk depan multazam. Masa ni before solat subuh. Tapi nanti nak dekat subuh mmg kena halau lah sebab ni tempat solat lelaki.

umrah-10

10. Okay nampak tak pintu gerbang belakang tu? Itu lah King Fahd Gate.

Saya dan ayah memang guna pintu tu je. Senang. Terus je terus nampak Kaabah.

Oh, saya kan datang dengan ayah, jadi selalu saya gerak sorang atau tak pun janji dengan ayah nak jumpa memana.

Jangan risau nak gerak sorang, just cakap dalam hati in shaa Allah, Allah jaga.

Dan dekat sana kena banyak cakap “In shaa Allah”.
Jangan cakap besar, contohnya “haa mesti jumpa kat sini punya (tanpa sebut in shaa Allah). Nanti Allah murka, habis laa. Hehe.

umrah-11

11. Wakaf Al Quran

Boleh beli Al quran untuk wakaf kat kedai-kedai tepi masjid. TApi pastikan Al Quran tu sama dengan apa yang ada dalam masjid. Sebab kalau lain, memang tak kan dibenarkan letak dalam masjid.

umrah-24

12. Untuk shopping kacang, inai, perfume saya prefer kat Makkah lagi.

Inai serbuk boleh beli masa pergi melawat jabal rahmah. Ada orang jual kat tepi-tepi. Lagi murah. Kalau nak beli inai tube, beli kat kedai tepi-tepi jalan kat area MAsjidil Haram. 1 kotak boleh dapat 20 riyal, kat Madinah 30 riyal.

Praktikkan amalam tawar menawar ye kalau beli banyak. Tapi jangan lah tawar sampai tak ada untung pak arab tu. Hehe.

umrah-12

13. Ice cream!

Mesti try ice cream kat Makkah. Sedappp! hehe. Boleh beli dekat kedai-kedai tepi masjid. 3 riyal. Bila nak balik akan ajak ayah makan ice cream dulu. Hehe.

umrah-25

14. Jika rasa nak makan makanan arab yang sedap, boleh cuba kat food court dalam Safwa Tower. Harga agak mahal, tapi makanan tu portion banyak. Boleh makan 2 ke 3 orang. Mesti cuba nasi beriani atau nasi mandy. Sedaaappp

Tapi kalau kebab, saya rasa kat Malaysia lagi sedap. Tapi lain orang lain citarasa kan?

Baca:
Simulasi Haji Cilik Bagai Pergi Ke Mekah Betul-Betul

umrah-13

15. Ni pokok kurma. Memula ingat ni pokok kelapa sawit. Haha

Okay biasanya memang jemaah akan dibawa pergi ladang kurma. Kat sini ada jual macam-macam jenis kurma. Tapi paling terkenal KURMA AJWA. Boleh je cuba semua kurma tu, paling penting ambik sebijik then tanya kat dia “halal’? Maksud halal kat depa tu freee. Hehe.

umrah-26

16. Ni contoh kurma ajwa. Gambar kecik sebab ambik dari google.

Sabda Nabi S.A.W, “Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu”.

umrah-14

17. Jabal Rahmah

Tempat yang sangat terkenal untuk berdoa supaya dipermudahkan urusan jodoh dan mendapat jodoh yang terbaik. Hehe.

umrah-15

18. Ziarah Ladang Unta

Bau kat ladang ni memang semerbak. Haha. Masa turun tu, tengok bawah masa jalan takut terpijak najis. Sebab biasanya lepas pergi ladang unta, kita akan pergi bermiqat untuk niat umrah. Nanti tak sah plak umrah kalau ada terkena najis kan?

Sesapa nak cuba minum susu unta segar, boleh cuba kat sini.

umrah-16

19. Masjid Nabawi, Madinah

Sebelum gerak pi Madinah, wajib buat TAWAF WIDA/ WADA iaitu tawaf selamat tinggal. Kalau tak, kena dam. Lepas tawaf wida’ kena banyak jaga tau, tak boleh tengok fon, tak boleh ambik gambar. Selepas tawaf wida jemaah hanya boleh buat solat sunat, kucup Hajar Aswad dan berdoa.

Sampai je Madinah, memang suasana lain sikit dari Makkah (tu korang boleh rasa sendiri nanti) Tapi Masjid Nabawi cantik subhanallah tak tau nak cakap macam manaaaa. Cantik gila!

umrah-17

20. Untuk perempuan, masuk pintu 25 senang. Tapi sebelum masuk, akan ada orang cek bag. Cek je buat muka tak bersalah so tak da lah dorang nak cek lebih-lebih.  Hehe.

Pintu ni senang sebab dekat dengan raudhah semua. Pergh nak masuk raudhah tu mmg kena kental. Tapi doa dan pasang niat nak sampai carpet hijau, dan in shaa Allah, Allah akan permudahkan.

Setiap kali masuk dalam masjid, bagi lah salam kat Rasulullah.

umrah-18

21. Masjid Quba antara masjid paling suci dalam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).

Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Sabda Nabi S.A,W.,” Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

umrah-20

22. Jabal Uhud

Tak da sapa nak teman naik sampai atas, jadi kita bergambar dari bawah je lah ye hehe.

umrah-21

23. Haaa, lepas solat fardu mmg depan pintu 25 banyak sangat orang menjual. Tudung memang selambak gitu. Jubah lagi lah 20 riyal je. Tapi jangan terperdaya, murah tapi quality tak ada pun tak best kan.

Sepanjang jalan tu banyak je kedai jubah. Pasal shopping saya tak expert sangat, sebab kurang membeli. Tapi orang kata shopping kat Madinah lagi heaven.

Kalau rasa shopping kat Madinah lagi mahal dari Makkah, jangan merungut. Anggap je kita shopping kat Madinah sebagai tanda menolong orang-orang kat sana yang menghidupkan dan menjaga Masjid Rasulullah. In shaa Allah pahala banyak kat situ amiinn.

24. Tips tambahan – prepaid sim kad

tip-umrah-1

Okay sampai sana mesti semua orang akan sibuk nak carik sim card atau wifi untuk hubungi keluarga bagitau dah smapai kan. Ye la, perjalanan jauh, kalau keluarga tak dapat khabar berita dari kte, mesti risau kan?

Jadi sekarang saya nak cerita pasal sim card pula. Nak beli sim card pun kena hati-hati sebab takut kena tipu atau salah faham pasal sim card tu. Ye la kat sana nak comminucate macam payah sikit.

Macam saya, saya beli sim card yang boleh call je sebab saya ni susah nak lekang dengan phone kalau ada internet. Jadi guna wifi hotel je. Kalau sesiapa yang sejenis macam saya, digalakkan beli sim card yang boleh call je. Kalau anda boleh kawal diri silalah beli yang ada internet sekali hehe.

Sy beli sim card ZAIN kat Makkah. 30 riyal untuk call sahaja. Then ayah beli sim kad yang ada internet 70 riyal. Okay yang ni yang kena hati-hati, sebab si penjual tu mula-mula cakap sim card ni boleh call and ada internet.

Kita orang tanya berulang kali, dan dia cakap ‘ya ya ini simkad boleh call dan internet’. Oh penjual tu Bangla/ Pakistan yang dah kerja lama kat Malaysia.

Jadi lepas dah beli sim card saya pun try call ayah. Tapi tak dapat. Then, pergi lah jumpe dia balik ‘ooo ini tara boleh call, boleh internet saja, haha.

Masa tu kena sabar je lah kan. Then ayah terpaksa lah beli lagi 1 sim card yang boleh call jadi that kami boleh communicate.

Haa nak cakap kat sini, orang yang boleh cakap Melayu pun kita boleh salah faham/ putar belit. Apatah lagi orang Arab yang memang kita susah sikit nak paham apa dorang cakap? hehe. Tapi rasanya ada je boleh communicate in English.

25. Tips tambahan – sedekah

tip-umrah-2

On the way nak ke Masjidil Haram, memang akan ada orang beratur minta sedekah. Dekat sana, amalam sedekah memang amat-amat digalakkan.

Tapi yang kalau depa dok beratuq macam ni, bahaya sikit. Sebab kalau bagi sorang, korang kena bagi semua sebabnya dorang akan kejar. Saya kena kejar sampai ke dalam mall okay haha. Nasib my dad my hero tolong selamat kan saya. Hehe.

Okay nak bagitau tips nak sedekah kat depa ni. Kalau kita niat nak sedekah untuk 3 orang, korang boleh sedekah kat 3 orang yang terakhir.

Jadi yang depan-depan tu tak nampak pun korang sedekah sebab depa dok membelakangkan kita kan. Haa jadi tak adalah lah adegan kejar mengejar kat situ. Heh. Boleh beribadat dengan tenang lepas tuu.

Then sedekah lah kat pekerja dalam masjid. Walaupun dorang kerja teruk, tapi gaji dorang sikit. Jadi boleh lah bagi duit sikit untuk depa lapik perut. Bagi 1 riyal pun dorang dah rasa happy dah. Seronok kan bila dapat buat orang happy weee. Haaa, lepas minum air zam zam, sedekah lah sikit kat orang yang angkut tong air zam zam tu okay?

Akhir sekali nak balik ke Malaysia tu, jangan lupa buat Ziarah Wida’ ye. Ucapkan selamat tinggal kat Rasulullah. Wuuu sedeynyaaaaa.

Tapi memang best! Bagi saya best pergi Makkah dulu sebab kat Makkah kena all out then sampai Madinah boleh relax-relax sikit.

Baca lagi: 13 Perkara Menarik Tentang Sikap Orang Arab Saudi Yang Ramai Belum Tahu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram