Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata kluster institusi pendidikan meningkat 83.3 peratus menjadikan jumlah keseluruhan bertambah kepada 22 kluster berbanding hanya 12 kluster pada minggu sebelumnya. Untuk rekod, kluster pendidikan menjadi kluster kedua paling tinggi selepas kluster agama yang merekodkan peningkatkan 200 peratus.

Beliau memberitahu media bahawa jumlah keseluruhan murid berusia 12 tahun dan ke bawah yang dijangkiti wabak adalah 23,779 orang. Angka ini membimbangkan kerana sepanjang tahun lalu, hanya 8,369 murid disahkan mengidap wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Katanya, bilangan kes yang direkodkan sejak bulan Januari 2021 sehingga kini itu agak besar. Namun kes mudah berjangkit dalam kalangan murid mungkin disebabkan mereka leka mengabaikan prosedur operasi standard (SOP), lapor Utusan Malaysia.

Selain itu, Dr. Adham yang ditemubual media pada majlis sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 menambah bahawa pertambahan turut direkodkan dalam kluster komuniti sebanyak 11.1 peratus manakala dua kategori iaitu tempat kerja dan pusat tahanan makin berkurangan.

Secara keseluruhan, Malaysia mempunyai 68 kluster baharu yang direkodkan sejak seminggu lalu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,583 kluster telah direkodkan di negara ini.

“Bagi mengekang penularan di institusi pendidikan, saya memohon ibu bapa selain murid yang ada gejala tidak hadir ke sekolah,” kata Adham.

Rakyat AS dilarang ke Malaysia, sifatkan kes COVID-19 di negara ini pada tahap bahaya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat AS Dilarang Ke Malaysia, Sifatkan Kes COVID-19 Di Negara Ini Berada Di Tahap Bahaya

Tragedi Wabak COVID-19 Di India Semakin Parah, Media Sosial Kini Dipenuhi Jeritan Minta Tolong