Siapa sangka tindakan Guo Gangtang, 51 tahun, membonceng motosikalnya selama 24 tahun dan meredah perjalanan sejauh 500,000 kilometer ke seluruh China demi mencari anak lelakinya yang diculik sekitar tahun 1997 yang lalu bertukar menjadi detik manis buat dirinya.

Kepiluan hati Guo terubat apabila beliau berjaya bertemu semula dengan anak lelakinya (ketika itu berusia 2 tahun) yang dikatakan hilang di hadapan rumahnya yang terletak di wilayah Shandong dipercayai diculik oleh dua orang suspek yang menjalankan sindiket pemerdagangan manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
guo-gangtang-13721
Sumber: Tribun News

Difahamkan, pihak polis tempatan berjaya menjejak identiti anaknya menerusi sampel ujian DNA pada Jun yang lalu. Malah, identiti dua suspek yang terlibat dalam kes penculikan anak lelaki Guo juga berjaya dikesan dan telah diberkas.

Global Times melaporkan, seorang wanita bernama Tang telah menculik anak Guo ketika kanak-kanak tersebut leka bermain dan bersendirian di luar rumah pada 21 September 1997 lalu. Susulan itu, Tang bersama teman lelakinya, Hu segera menjual anak Guo kepada salah sebuah keluarga yang tinggal di wilayah Henan.

Menyedari anaknya telah hilang, Guo hampir bunuh diri tetapi beliau mengubah fikiran dan tidak berputus asa lantas segera mencetak seberapa banyak poster gambar bersertakan maklumat asas mengenai anaknya lalu menyebarkan ia kepada orang ramai.

0978a975-ad16-4a63-bbfc-cbe2d215d95c
Sumber: Global Times

Guo juga menghasilkan kibaran sepanduk yang memaparkan maklumat dan gambar anaknya lalu diletakkan pada motosikalnya sepanjang beliau merantau ke seluruh wilayah di China kecuali wilayah Tibet dan Xinjiang untuk mencari anaknya.

Sepanjang menempuh misi ini, Guo dikatakan pernah mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan beberapa tulangnya patah. Tambah derita, beliau juga pernah dirompak di tepi jalan dan hampir sepuluh motosikal miliknya dilaporkan telah rosak.

guo_gantang_procura_filho_02
Sumber: The Sun
2c45dd7c-47e3-4dcb-a9fa-28f961c13635_169
Sumber: SCMP

Misi berkenaan tidak akan berjaya jika Guo tidak berjimat cermat menguruskan sumber kewangannya. Difahamkan, Guo terpaksa tidur di bawah jambatan dan meminta sedekah daripada orang awam jika beliau kehabisan wang.

Kisah Guo Gangtang yang mengembara mencari anaknya sangat popular sehingga ia diabadikan dan menjadi inspirasi bagi filem Lost and Love (2015) lakonan aktor terkenal Hong Kong, Andy Lau.

60ed51fca3101e7c920e4175
Sumber: Tribun News

Pengorbanan Guo selama 24 tahun akhirnya menemui penamat yang bahagia dan berbaloi apabila beliau akhirnya bertemu dengan anak lelakinya, Guo Xinshen yang masih hidup bersama keluarga angkatnya di wilayah Henan. Dalam satu video, kelihatan Guo bersama isteri menangis dan memeluk erat anak lelaki mereka setelah keluarganya berjaya disatukan semula pada Ahad minggu lalu.

Begitulah kisah pengorbanan Guo Gangtang, seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja demi bertemu semula dengan anak tercinta. Hargailah dan sayangilah ibu bapa ketika mereka masih ada di dunia ini.

Twitter satukan kembali gadis ini dengan bapanya selepas 10 tahun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Twitter Satukan Kembali Gadis Ini Dengan Bapanya Yang Terpisah Selepas 10 Tahun

Gadis Indonesia Jumpa Bapa Terpisah 19 Tahun Dengan Bantuan Netizen Malaysia

Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun