Tentera Thai berkata mereka akan melarang 245,000 anggotanya daripada menggunakan salah satu laman web e-dagang terbesar di Asia Tenggara selepas kumpulan diraja mengadu video promosi yang dikeluarkan oleh laman tersebut kelihatan seolah mengejek keluarga diraja.

Thailand mempunyai undang-undang yang ketat dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan memfitnah, menghina atau mengugut Raja Maha Vajiralongkorn, permaisuri, waris atau pemangku raja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Netizen di Thailand sebelum ini mengkritik video di laman Facebook Lazada yang memaparkan seorang wanita berpakaian tradisional Thai duduk di atas kerusi roda, di mana ia seolah-olah merujuk kepada salah seorang ahli keluarga diraja Thailand.

Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Chaiwut Thanakamanusorn memberitahu pemberita bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap lazada, pengamal media sosial dan agensi pengiklanan yang bertanggungjawab menghasilkan video terbabit.

Jurucakap tentera Kolonel Sirichan Ngathong berkata dalam satu kenyataan berkata bahawa video itu “menyinggung monarki” dan “menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Thai”.

“Tentera kini mempunyai dasar untuk melarang semua unit tentera dan aktiviti berkaitan tentera daripada memesan barangan dari platform Lazada atau menghantar barangan dari Lazada,” kata Sirichan.

Lazada, cabang Asia Tenggara Alibaba Group Holdings, tidak mengulas mengenai boikot itu. Ia sebelum ini memohon maaf dan berkata agensi itu sepatutnya lebih berhati-hati.

Sekurang-kurangnya setengah dozen perniagaan Thai, termasuk beberapa yang dikendalikan oleh istana, juga telah menggantung penggunaan platform itu disebabkan video terbabit.

Raja Thailand kuarantin diri di Jerman bersama 20 orang gundik. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Raja Thailand Kuarantin Diri Di Jerman Bersama 20 Orang Gundik

Laungan Reformasi Meledak, Raja Thailand ‘Lari’ Ke Jerman Bawa 30 Anjing Diraja

Kisah Anak Kepada Orang Ketiga Terkaya Di Malaysia Yang Memilih Untuk Menjadi Sami Buddha