Siapa sangka menonton video tentang perkara yang tidak dapat diterangkan oleh sains pun menimbulkan seram sejuk. Alam yang dicipta tuhan ini menyimpan 1001 rahsia untuk kita mengkagumi kebesaran-Nya. Ini 5 fenomena yang kami pilih untuk dipaparkan dalam bentuk bergambar:

1. Hujan Haiwan

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Terdapat beberapa kes-kes pelik haiwan jatuh dari langit. Pada musim panas pada tahun 2000 di Ethiopia, sebagai contoh, hujan turun bersama dengan berjuta-juta ekor ikan di mana kebanyakannya mati dan ada yang bertarung nyawa. Kebanyakan “hujan haiwan” adalah disebabkan oleh puting beliung atau ribut teruk sehingga mampu mengangkat dan membawa sejumlah besar air dan kandungan di dalamnya, tetapi yang peliknya, “hujan haiwan” selalunya membawa sejenis binatang sahaja. Contohnya, “hujan haiwan” membawa hanya satu spesies ikan hering atau satu jenis katak sahaja pada satu masa.

2. Cahaya sebelum gempa bumi besar

Berabad-abad lamanya, ramai yang telah melaporkan ternampak cahaya pelik, selalunya berwarna putih atau biru berkelip-kelip sebelum gempa bumi yang besar berlaku. Cahaya itu, yang biasanya hanya berlangsung buat beberapa saat, telah dilaporkan berlaku beberapa kali tetapi tidak sehingga tahun 1960-an, gambar pertama fenomena ini berjaya diambil. Sejak itu, ahli-ahli sains mula mengambil serius dan telah mencipta banyak teori asal-usul cahaya ini, antaranya melibatkan piezoelektrik, pemanasan tenaga geseran dan elektrokinetik.

3. Cahaya sebelum letupan gunung berapi besar

Ahli-ahli sains telah mendapati bahawa cahaya sama seperti yang dilihat sebelum gempa bumi, juga berlaku di kawasan-kawasan di mana letupan gunung berapi yang besar akan berlaku. Kajian terkini menunjukkan bahawa cahaya ini mungkin disebabkan oleh unsur-unsur yang mengecas cas elektrik semula jadi batu batan, menyebabkan mereka berkilau dan bersinar.

4. Batu Layar

Juga dikenali sebagai batu bergerak, batu-batu layar merujuk kepada fenomena geologi yang menakjubkan di mana batu-batu bergerak dan menggores trek panjang di sepanjang lantai tanah dengan lancar tanpa sebarang campur tangan manusia atau haiwan. Terdapat juga kes-kes batu terpusing, mendedahkan bahagian tanah dan menukar arah. Asal-usul fenomena ini tidak jelas tetapi saintis mencadangkan pergerakan mungkin disebabkan oleh angin yang kuat menolak batu pada lapisan nipis tanah liat.

5. Paus bunuh diri

Setiap tahun, sehingga 2000 ekor ikan paus membunuh diri dengan mendamparkan diri mereka di pantai. Dipercayai bahawa ikan-ikan paus telah membunuh diri dengan cara “aneh” ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terdapat banyak teori tentang mengapa ikan-ikan paus melakukannya tetapi tiada satu pun daripada teori ini diterima sebagai muktamad.

Ini pula skop penuh 25 fenomena alam semulajadi yang tidak dapat diterangkan oleh sains:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka