Daripada apa yang kami perhatikan, ada 5 sebab utama kenapa anda tidak membeli barang secara online antaranya ialah tiada duit, tiada keperluan, harga tidak setimpal dengan nilai, membeli barangan lain yang lebih utama dan menunggu promosi dan diskaun. Sebagai pembeli bijak, tentu anda mahukan lebih nilai daripada setiap ringgit yang anda keluarkan, dan anda sanggup menunggu dan bersabar kehadiran diskaun untuk pembelian yang lebih berbaloi. Jadi, di bawah kami senaraikan 25 kedai online (e-commerce) tempatan yang menawarkan diskaun sehingga 90%.

1. Lazada

lazada

Siapa yang tidak kenal Lazada. Dengan 1001 barangan di bawah bumbungnya, laman web ini menjadi tempat utama rakyat Malaysia membuat pembelian online.

2. Zalora

zalora

Laman web fashion terkenal, Zalora ‪menawarkan diskaun sehingga 20% dan penghantaran percuma melalui #‎MYCYBERSALE‬, hanya gunakan kupon ZSALE.

3. SENHENG

senheng

Barangan elektrik menjadi lebih murah apabila SENGHENG menawarkan promosi melalui laman web mereka.

4. BookXcess

bookxcess

Peminat buku tegar pasti sukakan tawaran hebat ini. Jika anda kenal jualan buku gergasi Big Bad Wolf, ini adalah syarikat yang bertanggung jawab menawarkan koleksi buku-buku hebat kepada peminat.

5. Holiday Villa

holidayvilla-mycybersale

Bukan sekadar barangan, anda juga boleh membeli pakej percutian, penginapan dan pengangkutan melalui #MYCyberSale2015. Lihat tawaran penuh travel di laman web #MyCyberSale di sini atau laman Facebook mereka di sini.

6. The Baby Store

thebabystore

Tidak perlu melawati ekspo bayi, kini anda boleh lakukan pembelian barangan bayi melalui atas talian sahaja. Dalam tempoh terhad, anda boleh penuhi keperluan bayi anda pada harga lebih jimat.

7. Foodmarket

pekasam

Belacan, budu, tempoyak dan pekasam adalah sebahagian daripada makanan kampung yang ditawarkan dalam laman web ini. Selepas ini anda tidak perlu balik kampung untuk merasa makanan-makanan eksotik ini kerana banyaknya sudah ditawarkan di hujung jari anda.

8. ShaShinKi

shashinki

Gajet kamera boleh didapati dengan tawaran menarik di ShaShinKi melalui #MYCyberSale.

9. Sogo Online

sogo-online-2

Para wanita amat menggemari mengunjungi Sogo di Jalan Tun Abdul Rahman. Mereka terkenal disebabkan tawaran diskaun yang banyak ketika musim jualan murah. Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 70% ke atas barangan wanita, lelaki, kanak-kanak, barangan kulit dan barangan rumah ketika #MYCyberSale. Barangan Best Buy mereka juga menarik.

10. Groupon

groupon

Apabila laman web diskaun memberi lebih banyak diskaun, anda akan dapati barangan boleh didapati pada harga tidak masuk akal.

11. Poplook

poplook-mycybersale2015

Poplook terkenal sebagai kedai online yang menjual pakaian fesyen Muslimah. Poplook menawarkan barangan berkualiti pada harga patut dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Bersempena #MyCyberSale2015, Poplook menawarkan potongan harga sehingga 80%.

12. Reebonz

reebonz

Reebonz adalah platform online untuk jual beli barangan mewah berjenama. Barangan utama termasuklah beg tangan, jam, barang kemas dan kasut. Reebonz menawarkan tambahan diskaun sebanyak 12% terhadap barangan yang dijual bersempena #MYCyberSale2015.

13. Rakuten

rakuten

Rakuten melancarkan kempen Ultimate Sale bersempena MyCyberSale. Pelbagai insentif ditawarkan seperti Flash Sale, ganjaran mata bonus berlipat ganda dan penghantaran percuma di seluruh Semenanjung Malaysia. Diskaun yang ditawarkan pula adalah sehingga 90%.

14. Superbuy

superbuy

Superbuy adalah laman web membeli belah tempatan yang menjual pelbagai barangan berkualiti. Penghantaran pantas, dengan pembayaran selamat menjadikan Superbuy antara pilihan rakyat Malaysia. Potongan harga yang ditawarkan adalah sehingga 70%.

15. Qoo10

qoo10

Qoo10 Malaysia, sebuah laman web usahasama dengan eBay, adalah merupakan kedai online yang menyeronokkan, mudah, harga berpatutan dan selamat. Qoo10 beroperasi di beberapa buah negara lain seperti Singapura, Indonesia, dan Jepun.

16. Buzzaar

buzzaar

Buzzaar adalah kedai online dari kumpulan Celcom Axiata yang menawarkan produk tempatan dari setiap negeri termasuklah Kek Lapis Sarawak. Produk mampu milik ini datangnya daripada usahawan tempatan seluruh Malaysia. Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM150. Buzzaar menawarkan potongan harga 15% sempena jualan mega MyCyberSale.

17. FIXI

fixi

Penerbit buku indie kontemporari ini menawarkan pembelian 10 buah buku pada harga RM155 (termasuk pos) sahaja!

18. PTS Bookcafe

mycybersale_2015_bookcafe

Bookcafe.com.my adalah kedai buku online yang menawarkan ribuan tajuk buku terbaik dalam Bahasa Melayu. Bookcafe memberikan diskaun berganda, penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia serta servis yang cekap & mesra untuk membantu para pelanggan. Harga buku bermula serendah RM1!

19. Digi Telecommunications

digi

Kedai online rasmi Digi Telecommunications memberi pilihan terbaik dalam keperluan panggilan telefon dan internet anda.

20. The Body Shop

thebodyshop-mycybersale2015

The Body Shop memberi diskaun sehingga 50% menerusi pembelian melalui E-storenya dari 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Penghantaran percuma untuk jumlah pembelian RM100 ke atas untuk Semenanjung Malaysia atau RM150 ke atas untuk Sabah dan Sarawak.

21. L’OCCITANE

loccitane

Selama lebih 30 tahun, L’OCCITANE telah mengambil inspirasi daripada art de vivre dan teknik French & Provençal untuk mencipta produk penjagaan kulit dan badan yang alami. Nikmati penghantaran percuma untuk pembelian RM200 dan ke atas.

22. foodpanda

foodpanda

foodpanda.my adalah portal penghantaran makanan terbesar di Malaysia dengan pelbagai pilihan restoran dan makanan. foodpanda menawarkan potongan sehingga 50%.

23. Photobook

photobook_mycybersales2015

Teringin mencetak gambar keluarga sebagai buku foto, kad atau hiasan dinding di atas material yang berkualiti? Photobook menawarkan potongan harga sehingga 84% sempena MyCyberSale!

24. Malaysia Airlines

Print

Malaysia Airlines menawarkan 5 hari istimewa untuk anda membeli tiket ke lokasi percutian impian anda!

25. Aquaria

aquaria

Aquaria KLCC adalah akuarium bertaraf dunia yang menonjolkan kehidupan dan haiwan marin dari Malaysia dan serata dunia. Oceanarium ini mempamerkan lebih daripada 5,000 bahan pameran makhluk akuatik dalam ruang berkeluasan 60,000 kaki persegi ruang di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Tapi Tunggu…

Anda boleh shopping dan berpeluang menang Samsung A8 semasa #MYCYBERSALE2015 yang berlangsung dari 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Daftar di www.mycybersale.my

Untuk mendapatkan maklumat penuh tentang jualan mega ini, anda boleh melayari YouTube DigitalMalaysia, laman web #MYCYBERSALE2015 di sini dan laman Facebook mereka di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram