Menjadi tradisi filem Marvel untuk meletakkan easter eggs atau rujukan karya Marvel sebelum ini dalam filem terbaru mereka. Spider-Man: Far From Home juga tidak mahu ketinggalan dan sebanyak lebih 25 perkara menarik disorok sepanjang filem ini.

Screen Rant menerusi video 17 ini menerangkan segala rujukan karya Marvel yang ada dalam Far From Home. Ada sesetengahnya rujukan ini yang anda langsung tidak jangka dan hanya peminat tegar Spider-Man yang akan faham.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Antaranya adalah poster perlawanan gusti Bonesaw McGraw dan Crusher Hogan. Crusher Hogan merupakan orang pertama yang menjadi ‘mangsa eksperimen’ Peter Parker ketika beliau mula-mula mendapat kuasa Spider-Man. Begitu juga dengan nama salah seorang konco Nick Fury, Dimitri. Dimitri adalah nama kepada watak Dimitri Smerdyakov a.k.a Chameleon, musuh Spider-Man yang boleh bertukar rupa.

Itu baru dua dan ada 23 rujukan lain yan terdapat dalam video ini. Buat yang belum menonton, silalah ke pawagam untuk menonton filem terakhir Phase 3 MCU ini.

Anda Mungkin Suka