Tak sampai sebulan sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2018 dan buat anda yang kaki travel, pasti masih banyak negara yang belum dijelajah dan terokai.

Rasanya anda mungkin sudah boleh berkira-kira mahu ke negara mana pula untuk tahun hadapan dan menurut laman Business Insider, ini adalah beberapa negara yang patut ada dalam checklist negara yang anda perlu lawati. Ianya berdasarkan saranan beberapa syarikat yang terkenal dalam sektor ini seperti Airbnb, Lonely Planet sehinggalah pengembara berpengaruh dalam bidang ini.

Lokasi pilihan mereka juga pelbagai dan tidak hanya tertumpu pada satu benua sahaja. Jadi mari kita lihat negara mana yang mungkin menjadi pilihan anda untuk tahun hadapan.

1. Laya, Bhutan

1 bhutan

Pada bulan October, Bhutan akan menyambut satu festival dikenali sebagai Royal Highlandar di Laya, antara salah satu perkampungan paling tinggi di dunia; berada 4,000 meter daripada paras laut.

Di sini, anda boleh merasai sendiri budaya masyarakat nomad dan mencuba sukan yang sangat sinonim dengan penduduk ini iaitu memanah dan menunggang kuda. Kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat bertemu dengan Raja Bhutan di festival ini.

2. ViƱales, Cuba

2 cuba

Kalau anda sudah tonton filem Fast & Furious yang terbaru, anda sudah nampak sedikit insight tentang negara Cuba ini. Bangunannya yang berwarna-warni serta himpunan kereta vintaj jenama Amerika Syarikat menghiasi bandar Vinales menambah lagi keunikan tempat ini.

3. Alentejo Coast, Portugal

3 altenjo coast

Alentejo Coast adalah kawasan pantai yang sangat cantik di Portugal. Pantainya tidak crowded dan ombaknya tidak besar menjadikan pantai ini popular di kalangan penduduk tempatan. Kalau ianya jadi pilihan penduduk tempatan, pastinya tempat ini menarik bukan?

4. Valletta, Malta

4 valleta

Sebuah negara yang penuh dengan sejarah. Negara di laut Mediterranean ini pernah diperintah oleh Roman, Knights of Saint John, Perancis and British. Jadi disebabkan pertukaran pemerintahan di negara kepulauan ini, memang banyak peninggalan sejarah dan tempat menarik yang boleh dilawati di negara ini.

5. Negara Caribbean Islands

5 caribbean

Negara-negara Caribbean sememangnya cantik-cantik belaka. Ianya masa yang terbaik untuk ke negara-negara ini selepas mereka dilanda ribut Maria dan Irma Oktober lalu. Negara-negara ini sangat bergantung dengan tourism. Jadi ianya masa yang terbaik untuk ke sana ketika ini. Disamping dapat membantu mereka, anda pasti anda akan dilayan dengan baik.

6. Tokyo, Japan

6 tokyo

Walaupun anda mungkin sudah berulang kali pergi ke Tokyo, tetapi pasti ada perkara baharu yang anda belum sempat cuba apabila berkunjung ke sana. Jadi cari ketenangan anda di Jepun tahun hadapan.

7. Nusa Lembongan, Indonesia

7 nusa lembongan

Kepulauan yang terletak di tenggara kepulauan Bali. Tempat ini masih belum crowded seperti Bali dan Lombok tetapi sedikt masa lagi pastinya akan jadi tumpuan pelancong. Dream Beach atau Pantai Mimpi di Nusa Lembongan adalah salah satu pantai yang menarik boleh anda kunjungi jika ke sini.

8. Northern Lights di Iceland

8 northern light

Iceland sememangnya semakin popular lagi-lagi selepas filem Dilwale. Untuk tahun hadapan, ianya masih menjadi pilihan para pakar. Selain melawat set lakonan filem ini, pastinya anda tidak mahu terlepas fenomena Northern Lights yang lebih mudah untuk dilihat tahun hadapan.

9. Gullfoss, Iceland

9 gullfoss

10. Mostar, Bosnia and Herzegovina

10 mostar bosnia

Bosnia kini sudah selamat untuk dikunjungi. Jambatan kurun ke-16, Stari Most adalah salah satu lokasi wajib pergi jika anda berada di Bosnia. Selain itu, mudah untuk mendapat makanan halal di sini kerana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

11. Antelope Canyon, Utah, USA

11

Kawasan ini mungkin kurang dikenali jika perlu dibandingkan dengan Grand Canyon. Ada hari yang mungkin anda sahaja berada di sini tanpa ada pelancong yang lain bersama anda. Pastinya sangat rare pengalaman berada di gurun ini di mana anda sahaja penghuninya.

12. Terra do Fogo, Chile

SONY DSC

SONY DSC

Khabarnya negara Amerika Latin ini paling digemari pelancong dari United Kingdom. Untuk melihat keindahan alam semulajadi yang tidak diganggu kemodenan, Patagonia dan Atacama adalah destinasi yang perlu anda lawati di Chile. Tidak lupa juga Tasik Sarmiento dan Alto Atacama.

13. Whitney Plantation, Louisiana

13 slavery

Mempelajari sejarah bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat. Di sini anda akan dapat melihat tempat di mana hamba didagangkan secara sah di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

14. Seville, Sepanyol

14 seville

Salah satu bandar perlu dilawati oleh Lonely Planet. Makanan yang sedap, rekaan bangunan yang unik serta cuaca yang menarik menjadikan Seville antara bandar menarik di wilayah Andalusia.

15. Teide National Park, Tenerife

15 tene

16. Trollfjord, Norway

16 traf

Anda perlu naik cruise untuk melalui terusan ini yang akan boleh mengubungkan Stockholm, Oslo, Helsinki, dan St. Petersburg. Ianya akan jadi satu pengalaman yang sangat awesome untuk dapat menaiki cruise di kawasan pergunungan ini.

17. Tunis, Tunisia

17 tunisia

Pelbagai peninggalan serta bangunan bersejarah ada di Tunisia. Jangan lupa jika ke Tunisia, kena cuba minum kopi traditional mereka.

18. Outer Hebrides, Scotland

18

19. Tasik Bled, Slovenia

19

Slovenia mungkin kurang dikenali berbanding negara Eropah yang lain tetapi Tasik Bled ini adalah salah satu keindahan dunia yang perlu anda lawati. Anda datang sahaja bila-bila masa sepanjang tahun, keindahan tasik ini tidak akan berubah.

20. Tallinn, Estonia

20 tallin

Negara yang semakin popular di kalangan pengembara. Dengan tahun hadapan adalah ulangtahun ke-100 Republik Estonia, pastinya akan banyak sambutan akan berlansung tahun hadapan untuk meraikan pencapaian ini.

21. Amsterdam, Netherlands

21 amsterdam

Tak perlu cakap banyak tentang Amsterdam. Memang salah satu negara yang anda perlu lawati sekali seumur hidup.

22. Dakar, Senegal

22 dakar

Kalau anda hanya pernah dengar nama Dakar Rally, apa kata anda datang melawat sendiri tempat ini. Negara yang mempunyai pantai menarik serta anda boleh layan surfing di sini.

23. Tasik Baikal, Russia

23 baikal

24. Sao Miguel Island, Portugal

24

Anda boleh menempah untuk tiggal di Airbnb jika sampai di sini. Keunikan kepulauan ini boleh dikatakan seperti ini; gandingan negara New Zealand, tasik bekas volcano dan Jurassic Park. Unik tetapi sangat cantik.

25. Lauterbrunnen, Switzerland

25

Terdapat 72 air terjun di sekitar Lauterbrunnen dan kalau anda tahan sejuk, bolehlah cuba mandi di sini. Bandar ini juga indah berlatar belakangkan air terjun dan pastinya menenangkan minda jika dapat ke sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤