Saya telah ke Cebu selama 4 hari 3 malam dan berikut sedikit tips dari saya buat anda yang merancang akan ke sana.

1. Boleh dapatkan tiket flight murah kalau penerbangan itu ditempah awal. Saya naik AirAsia dengan harga tambang RM165 pergi balik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Apabila tiba di Cebu International Airport, boleh naik jeepney or grabcar untuk ke bandar.

3. Perlu menempah penginapan terlebih dahulu, ini akan memudahkan urusan anda di immigration. Jika tidak tempah, anda akan disoal bertubi-tubi dengan immigration apabila tiba di sana.

4. Declaration form juga perlu diisi terlebih dahulu di dalam flight / airport dan perlu diserahkan kepada kastam sewaktu cop passport di immigration.

5. Untuk penginapan murah, anda boleh book melalui hostelworld bagi yang berhasrat untuk travel sendirian.

6. Makanan di sana untuk breakfast / lunch or dinner boleh makan di KFC. Sebab saya check itu saja fast food yang halal untuk dimakan oleh muslim.

7. Cara pendekatan lain, boleh bawak bekalan BRAHIM atau SHARIFAH seperti kebiasaan yang boleh dibeli di MYDIN Malaysia dengan harga sekitar RM8 sekotak.

8. Currency semasa di sana adalah RM1 = 12 peso.

9. Basilica Minore Del Santo Nino (30 per entry. Ini adalah tapak peninggalan kubu perang sewaktu penjajahan sepanyol di Cebu, Filipina

10. Anda juga boleh ke Bohol, Filipina dengan menaiki bas di South bus Terminal Cebu City. Tunggu di platform 10 dan beli tiket ke Oslob dengan harga 135 peso (one way). Perjalanan ke Oslob dari Cebu City adalah selama 5 jam dengan perjalanan sejauh 130 KM.

Baca: Itinerari Dan 20 Tip Travel Solo Selama 5 Hari Ke Cebu Dan Manila

tip-bercuti-di-cebu-filipina-1

tip-bercuti-di-cebu-filipina-2

tip-bercuti-di-cebu-filipina-3

tip-bercuti-di-cebu-filipina-4

tip-bercuti-di-cebu-filipina-6

11. Untuk penginapan di Oslob, bagi yang berhasrat untuk melihat whale shark, saya cadangkan untuk menginap di SHARKY HOSTEL. Ini kerana, jarak penginapan ke whale shark hanya 100 meter sahaja.

12. Bayaran untuk melihat whale shark adalah 1000 peso selama 30 minit sahaja. Operasi ini hanya berjalan pada waktu pagi sahaja dan berakhir pada 10 pagi. Anda perlu merancang jadual perjalanan anda dengan baik untuk melihat whale shark di Oslob.

13. Boleh pergi ke Kawasan Falls dengan menyewa motosikal 500 peso sehari.

14. Perlu diingatkan, minyak di Filipina adalah mahal, 1 liter bersamaan 33.31 Peso.

15. Apabila tiba di Kawasan Falls, adalah dinasihatkan agar tidak menaiki rakit yang disediakan. Harganya 10 kali ganda lebih mahal jika dibandingkan di Inambakan Falls. Harga rakit di kawasan adalah 300 peso (sama sekali tidak relevan).

16. Bayaran masuk ke kawasan falls adalah 40 peso per pax.

17. Sebagai langkah bijak, anda boleh menaiki rakit di Inambakan Falls yang terletak 50 KM dari kawasan Falls. Perjalanan ke Inambakan Falls mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menaiki motosikal dengan kelajuan 70KM/jam

18. Bayaran masuk ke Inambakan Waterfalls adalah 30 peso sahaja. Manakala rakit pula 30 peso. Berbaloi dan puas hati jika dibandingkan dengan kawasan Falls.

19. Untuk perjalanan pulang ke Cebu City, anda boleh menaiki bas yang sama (Ceres City) yang kekerapannya adalah 20mins sekali. Tambangnya 135 peso dengan perjalanan 5-6 jam dari Oslob.

tip-bercuti-di-cebu-filipina-7

tip-bercuti-di-cebu-filipina-9

tip-bercuti-di-cebu-filipina-10

tip-bercuti-di-cebu-filipina-11

tip-bercuti-di-cebu-filipina-13

tip-bercuti-di-cebu-filipina-14

20. Di Cebu, antara morning market yang terkenal dengan buah-buahan yang murah dan sedap adalah di Carbon Public Market.

21. Makanan yang terkenal di sana adalah mangga kering. Oleh kerana Filipina terkenal dengan mangga, saya cadangkan anda untuk merasai kelazatan mangga asli apabila berada di sana.

22. Pengangkutan mudah apabila berada di Cebu City adalah dengan menggunakan grabcar.

23. Bagi sesiapa yang minat shopping mall, boleh terus ke SM Cebu City Mall yang terkenal dan besar.

24. Untuk cederahati boleh beli di pekan Cebu.

25. Perlu diingatkan, anda perlu menyediakan 750 peso sewaktu berada di Airport sebelum penerbangan pulang ke Malaysia. Ini adalah bayaran Airport Tax. Kegagalan untuk membayar boleh menyebabkan anda disekat dan dihalang untuk melepasi immigration pulang ke Malaysia.

Baca lagi: Itinerari Bajet 5 Gadis Ke Macau, Manila Dan Cebu Selama 7 Hari