Sesi upacara keagamaan telah berlangsung di Bangladesh melibatkan jumlah yang besar pada Rabu (18 Mac) bertujuan untuk berdoa minta dunia dijauhkan dari wabak COVID-19.

Ketua Polis Tempatan, Tota Miah menyatakan sekitar 10,000 muslim berkumpul di lapangan terbuka di bandar Raipur di selatan Bangladesh untuk berdoa bagi minta disembuhkan dari wabak yang telah menyerang hampir 100,000 orang di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mereka mengadakan solat selepas subuh untuk membebaskan negara daripada coronavirus,” kata Miah seperti yang dipetik di The Star.

Dilaporkan pengunjung yang hadir mencapai 25,000 orang dan acara ini tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Bangladesh telah menutup sekolah dan meminta penduduk tempatan untuk mengelakkan perhimpunan besar dalam usaha untuk menghentikan penyebaran wabak penyakit.

Beberapa foto telah dikongsikan di media sosial. Terdapat juga komen yang mengkritik himpunan secara besar-besaran tersebut.

“Tidak boleh dipercayai bagaimana mereka melakukannya tanpa memberitahu polis? Mereka akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang berlaku kepada rakyat di rantau ini,” tulis Abdur Rahman di Facebook.

Semalam kita dikejutkan dengan himpunan tabligh di Indonesia dengan jumlah yang sama besar, namun dilaporkan bahawa himpunan tersebut telah dibatalkan.

Terdahulu situasi sama terjadi di Malaysia dengan kira-kira 16,000 jemaah tabligh berhimpun di antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Akibat daripada itu, lebih 500 mangsa COVID-19 di Malaysia datang daripada himpunan yang berlaku di Masjid Sri Petaling tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Sumber