Anda teringin main skateboard, basketball, baseball, trampoline dan banyak lagi aktiviti best di bawah satu bumbung? Anda tuju sahaja ke SuperPark Malaysia di tingkat 4 Avenue K.

Kami sudah test sendiri tempat ni dan jika anda tonton video ini, enjoy betul Bella mencuba aktiviti yang ada di sini. Siap ada tempat untuk anda skate lagi. Manalah tahu, anda ada simpan impian mahu jadi sehebat Pa’din Musa tetapi tak pernah ada skateboard. Jadi, di sini anda boleh cuba sampailah puas!

The more the merrier! Selepas menonton video ini, sebenarnya setiap aktiviti akan jadi lebih menarik jika lebih ramai yang have fun bersama di SuperPark. Bukan sahaja dapat bergelak ketawa, peluh pun keluar. Sambil gelak sambil bersenam kita katakan.

Bukan itu sahaja, SuperPark Malaysia juga merupakan tempat yang sesuai untuk anak-anak mencuba aktiviti yang anda. Siap boleh latih mereka jadi ninja di ‘Ninja Track’.

Promosi Cuti Sekolah ‘Return For SuperDeal’

Dapatkan ganjaran awesome dengan melawat SuperPark cuti sekolah ini! Khas dari tarikh 10 hingga 19 Ogos 2019, SuperPark akan lancar kempen Return For SuperDeal. Untuk setiap pembelian secara atas talian atau di kaunter, anda terus akan dapat ganjaran potongan harga 50% untuk kunjungan anda di masa akan datang.

Cool kan? Jadi, set masa dengan BFF anda, dan jom terjah SuperPark Malaysia cuti sekolah ini. Mari!