Sejak bermulanya Kluster Sivagangga, dapat dilihat negeri Kedah seakan tidak pernah sunyi dengan kes melibatkan wabak COVID-19. Penyebaran wabak ini nampaknya semakin serius menerusi kehadiran beberapa kluster yang lain melibatkan Kluster Sala, Telaga dan Sungai.

Dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 di Kedah, pihak kerajaan pada hari ini telah mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran dilaksanakan di 28 mukim Kota Setar, Kedah. Perlaksanaan ini bakal dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah turut dihentikan sehingga tamat PKPD pentabiran ini.

Selain itu, masjid dan kesemua institusi pendidikan juga diarah tutup manakala aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang dan feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran berkuat kuasa.

Sementara itu, PKPD di Aman Jaya juga telah dilanjutkan selama 3 hari sehingga 13 September 2020 berikutan ujian saringan yang masih selesai dijalankan.

Sementara itu, dilaporkan sebanyak 14 lokasi di Langkawi disahkan telah dilawati individu positif COVID-19.

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Kerajaan Memutuskan PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020