Di kala kebanyakkan rakyat Malaysia sedang tidur ketika ini, pihak polis dari bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman meneruskan siasatan di sebuah kondominium mewah milik bekas pemimpin negara.

Menurut laporan daripada Astro Awani, hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg tangan mewah, barangan kemas dan jam tangan mewah telah dirampas oleh pihak polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pemeriksaan di kondominium tersebut telah tamat dan nilai barangan yang telah digeledah masih belum dapat diisytiharkan. Rampasan barangan ini juga adalah untuk membantu siasatan berkenaan 1MDB.

Pihak polis sudah pun bersurai dari kondominium berkenaan ketika ini. Untuk maklumat terkini tentang kes ini, anda boleh terus ikuti Astro Awani di sini.