Bermula hanya sebagai ura-ura pada awalnya, nampaknya Nazir Razak telahpun memberi kata putus dimana beliau bakal meninggalkan CIMB Bank sebagai Pengerusi CIMB selepas 29 tahun berkhidmat pada akhir tahun ini.

Kenyataan ini diumumkan oleh beliau sendiri pada laman Instagram beliau dimana kontrak beliau sebagai Pengerusi CIMB tamat. Berdasarkan perkongsian, Nazir Razak nampaknya positif untuk meneruskan karier beliau di peringkat yang lebih tinggi bersama syarikat atau bank ternama dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, beliau yang merupakan adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keenam sudahpun berkhidmat bersama CIMB selama 29 tahun termasuk 15 tahun sebagai CEO kumpulan CIMB sebelum dilantik menjadi pengerusi bank kedua terbesar Malaysia ini.

Menyoal bagi kekosongan tempat Pengerusi CIMB terbaru, pihak bank ini mengumumkan bakal menamakan individu terbaru sejurus selepas tamatnya kontrak Nazir Razak iaitu pada 31 Disember 2018.

Sumber