Penularan wabak COVID-19 telah dilihat memberi kesan yang serius terhadap ekonomi yang bukan sahaja telah melanda negara Malaysia bahkan di seluruh dunia. Malah ramai pengusaha yang terlibat di dalam perniagaan makan dilihat terpaksa gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Seperti yang berlaku pada salah satu cawangan Hard Rock Cafe Jepun yang difahamkan terpaksa ditutup cawangan yang terletak di Osaka kerana pihak tersebut tidak dapat menanggung kos operasi serta telah mengalami kekurangan pelanggan ekoran pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut sumber, cawangan tersebut difahamkan telah beroperasi buat kali terakhir pada 31 Januari yang lepas setelah hampir 29 tahun beroperasi.

“Hari ini bertarikh 1 Februari di Osaka, Jepun. Pada 31 Januari 2021 semalam, Hard Rock Cafe Osaka telah beroperasi buat kali terakhir. Berikut merupakan video menunjukkan lampu telah dimalapkan buat kali terakhir di Hard Rock Cafe Osaka,” kongsi HRC Worldwide Community di laman Facebook.

Walaupun begitu, penutupan cawangan Hard Rock Cafe di Osaka bermakna Jepun mempunyai beberapa cawangan Hard Rock Cafe yang masih lagi beroperasi termasuklah yang terletak di Universal Citywalk Osaka.

Baca juga perkongsian yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Gara-Gara COVID-19, 128 Cawangan Jenama Coklat Mewah Godiva Bakal Ditutup

Pernah Menjadi Lokasi Filem Bruce Lee, Restoran Ini Kini Ditutup Angkara Pandemik

5 Tahun Beroperasi, Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Telah Ditutup Secara Rasmi

Sumber